"Scars of love"
⚠️ [ blood ]
Kira-kira pada pukul 3 pagi, Irena tersedar daripada lenanya. Dia bangun menyandarkan badannya di kepala katil dan terkebil-kebil.
Tiba-tiba pandangannya beralih ke arah tingkap yang terbuka. Angin malam yang sejuk menyapa dirinya.
Irena bangun untuk menutup tingkap tersebut. Lain pula jadinya apabila terdapat seekor burung seperti burung gagak yang singgah di hadapannya.
Tubuhnya terus kaku disitu. Rasa takut menyelubungi diri. Burung gagak tersebut mempunyai mata yang berwarna merah.
Irena masih lagi berdiri tegak disitu tanpa berbuat apa-apa. Burung tersebut merenungnya secara berterusan.
"Tinggalkan dia," terenjut bahu gadis itu tatkala terdengar suara garau yang entah daripada mana. Irena melilau sekeliling mencari gerangan tersebut namun kosong.
Hanya ada dia dan seekor burung ini di dalam biliknya.
Eh? Irena terus memandang ke arah burung tersebut. Dia terkebil-kebil melihat burung tersebut.
'Mungkin perasaan aku saja kot..' Getusnya dalam hati.
"Tinggalkan dia atau kau hanya menempah maut saja disini,"
Gulp. Irena terkaku. Ini bukan perasaannya! Ini benar-benar realiti dan siapa yang sedang bercakap?
Irena merenung lagi burung tersebut. "Ya, aku la yang sedang bercakap ini."
Irena terus menekup mulutnya dengan tangan. Dia ternganga terkejut. Burung ini boleh bercakap?
"Ma-macam mana.." Irena tergagap-gagap disitu. "Pulang saja la, ini bukan tempat kau. Pulang sebelum fajar menjelma, atau kau akan menjadi mangsa serigala itu."
Sebaik sahaja burung gagak tersebut berkata, dia terus terbang meninggalkan Irena yang terpinga-pinga di situ.
"Pulang sebelum fajar menjelma? Serigala?" Otaknya ligat berfungsi mencari jawapan yang logik.
Oh tuhan! Apa yang sedang berlaku sekarang ini?
Serigala...
Serigala..
Serigala jadian?
Seperti di dalam mimpi buruknya?
"Ezekiel.." Irena pantas menutup tingkap. Ya, Ezekiel. Lelaki itu benar-benar misteri, dia perlu lari daripada lelaki itu!
Jam yang tergantung di dinding dikerlingnya, sudah pukul 3.25 pagi.
Irena duduk di birai katil. Dia sedang berfikir jalan untuk keluar daripada rumah ini sebelum fajar tiba.
Ah! Pedulikan semua itu. Aku hanya perlu keluar dan lari sejauh yang mungkin.
Dia mula bangkit dan memulaskan tombol pintu biliknya.
Klak
Secara berhati-hati dan perlahan, Irena berjalan keluar daripada biliknya.
Disebabkan dia tidak ingat di mana pintu utama, Irena hanya berjalan mengikut firasat hatinya sahaja.
Namun, dia berasa tak sedap hati. Ini sudah terlalu jauh! Irena mengomel di dalam hatinya. Di manakah pintu utama? Kenapa rumah ini terlalu besar?!
Tiba-tiba terdapat satu cahaya daripada arah kanan, Irena perlahan-lahan menuju ke sana. Sesampai sahaja di tempat yang mengeluarkan cahaya tersebut, baru la dia perasan yang ini sebenarnya ruang dapur.
YOU ARE READING
Mrs. Ezekiel : The Werewolf Love
Hombres Lobo[ON-GOING] [UNEDITED] #2 Fantasy Series "Scars of love" Click read for blurb. ⚠️PLAGIAT DILARANG KERAS⚠️ Published:8 November 2021/23 January 2022/24April2022/11December. Start:24April2022. End: ©Thelesyeuxdelily 2021, 2022.