PEJABAT mengadakan hari keluarga atau lebih tepat lagi hari sukan hari ini di stadium yang disewa oleh Daryan. Semua pekerja diwajibkan menyertai mana-mana acara. Dan aku terpaksa menyertai walaupun aku tak mahu.
Dari kecil lagi aku memang tak suka hari sukan. Setiap kali sekolah mengadakan hari sukan memang aku mengelak supaya tak masuk apa-apa acara. Tiba-tiba hari ni aku tak terlepas, biasanya aku terlepas.
Dah puas aku mencari pasangan untuk acara lari berkaki tiga, namun semua dah ada pasangan. Bagus juga tak ada pasangan, jadi tak perlulah aku sertai acara ni. Aku simpan senyum dalam hati.
"Bos! Lana tak ada pasangan lagi. Bos dengan dia aje lah, kan senang macam tu." Jelas suara Liza berkata menyebabkan aku pandang belakang.
Liza sedang elok makan nasi ayam. Orang tak makan lagi, dia dah rasmi dulu. Mentang-mentanglah dia baru keluar hospital, terlepas lah dari acara ni.
Aku pandang Liza dengan muka nak marah bercampur cemberut. Mulut becok betullah Liza ni.
Kenapalah dengan lelaki? Perempuan tak ada ke? Dahlah aku ni kekok sikit bila dengan lelaki.
"Okey. Thanks Liza!" tutur Daryan sambil kenyit mata ke arah Liza. Dia memang ada masalah mata ke? Kenyit-kenyit macam tu, stress pula aku yang tengok ni.
Tak lama kemudian, Daryan sudah terpacak di hadapanku. Terkedip-kedip mataku pandang dia. Aku naikkan sebelah kening dan semestinya ekspresi muka aku tersangatlah jengkel sekarang ini sebab aku tak berminat nak masuk acara dengan lelaki.
"Awak main soranglah. Saya tak nak main. Haram kalau lelaki dengan perempuan duduk dekat-dekat," kataku selamba.
"Bukannya kita buat apa-apa pun. It's just a game. Come on, my Lana."
"Mainlah sendiri. Ajak saya buat apa."
"Nama pun larian kaki tiga. Mana boleh main sorang. Tak adil untuk orang lain kalau macam tu. Lagipun ada hadiah menarik. Awak tahu ke hadiah dia apa?"
Dia cuba pancing aku dengan perkataan hadiah menarik. Ingat aku termakan ke dengan kata-kata dia tu.
"Apa hadiah dia?"
"Handbag Marc Jacobs."
Membulat mataku apabila mendengar kata-katanya itu. Okey, aku rasa aku perlu tarik balik kata-kata aku yang aku takkan termakan dengan perkataan hadiah menarik tu.
Tak kira, aku kena menang juga. Aku memang peminat handbag jenama Marc Jacobs. Mama pun sama. Kalau aku tak suka design handbag tu, boleh aku bagi mama.
"Okay, I'm in. It's my time to shine..."
"Eh tadi kata..."
Tak sempat dia habiskan ayat, aku dah potong dulu, "Shhh. Manusia boleh berubah. Don't play with me right now. This is my chance."
Terus aku tinggalkan Daryan yang masih terkebil-kebil bersendirian di situ. Aku bergerak ke tempat yang tak ramai orang dan mulakan senaman yang ringan supaya tak terseliuh semasa bermain nanti.
Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas. Ada lebih kurang lima belas minit sebelum acara lari berkaki tiga bermula. Aku bersorak di dalam hati untuk diri sendiri.
You can do this Aylana. Fighting girl!
✾ ✾ ✾
IKATAN yang dibuat oleh Daryan sememangnya kemas, bagai tak mahu kaki aku terlepas. Kepala ditundukkan sedikit untuk melihat kaki aku yang hampir berlaga dengan kakinya.
Bunyi wisel mengejutkan aku dari lamunan. Permainan dah nak mula. Pusingan pertama ada lapan pasangan termasuk aku dan Daryan. Pusingan kedua juga ada lapan pasangan. Semua peserta pusingan pertama diarahkan supaya bersedia di garisan mula.
YOU ARE READING
The Prodigy
RomanceThe German Twins Series Vol II (slow update) Known as Love Conquers All Atas sebab bersalah kerana telah mencederakan seorang perempuan tanpa sengaja di sebuah restoran, Allen Daryan telah membuat keputusan drastik untuk mengahwininya. Mahu dipendek...