Bab 105

235 34 13
                                    

"Bu... Mi dah tahu dah kenapa abang Ash pukul abang Fahd."

Zuraidah yang sedang melipat kain pada petang Ahad itu terhenti. Segera dia menjenguk ke pintu bilik Lara.

"Syhh, jangan cakap kuat-kuat...! Akak kau sekarang ni, nama orang tu pun dia dah tak nak sebut dah. Jangan cakap apa-apa pasal abang Fahd bila depan akak tau!" Bisik Zuraidah. Jauh sekali tidak menyangka bahawa Syed Al-Fahd telah meragut kesucian anak gadisnya!

"Hah, sebab apa abang Ash pukul abang Fahd?" Sambung Zuraidah lagi.

"Hurm... Mi rasa, mula-mula abang Ash sound je kot pada abang Fahd. Tapi sebab mulut abang Fahd tu suka maki hamun orang, dia maki abang Ash. Jadi abang Ash bengang, diorang pun bergaduhlah sampai bertumbuk semua tu."

Zuraidah terus mengherotkan mulut.

"Hmmph, ini kau punya andaian sendiri je lah? Bukan abang Ash yang bagi tahu kau?"

Najmi mengangguk.

'Ceh!' Getus hati Zuraidah. Ingatkan tadi si Ashraf yang bercerita.

"Bila abang Ash nak datang lagi, bu?"

"Manalah ibu tau! Kau tanyalah akak, boyfriend dia, dia tahulah bila boyfriend dia nak datang." Mata menjeling si Najmi yang tersengih macam kerang busuk.

"Suka sangat dengan abang Ash tu... Ibu tengok dia tu macam sombong je dengan orang. Masa dekat hospital hari tu, tak menegur orang keliling langsung...!"

"Abang Ash tu pendiamlah, bu."

"Hmm, ye ke?"

"Iyelah. Tengok style pun dah tahu."

Zuraidah mencebik. Tengok style konon! Macamlah dah banyak sangat 'makan garam'!

"Ibu ni, semua benda tak kena. Ibu nak lelaki yang macam mana lagi untuk akak?"

Berdesing telinga Zuraidah mendengarkan bait kata itu daripada mulut anak bongsunya. Tetapi si Najmi ini memang terkenal dengan 'mulut lepas' antara ketiga-tiga anaknya.

"Ibu sebenarnya sukakan abang Huzaimi kau dulu. Matang, berbudi bahasa..."

"Bukan sebab dia kaya?"

"Hish, takde maknanya!" Bulat mata Zuraidah menjegil ke Najmi. "Si Ashraf tu tak cukup kaya ke? Dengan kerja dia yang gah dekat atas awan tu, kereta sport merah dia tu! Kayalah tu!"

Najmi hanya tersengih.

"Kalau Mi... Mi tak suka abang Huzaimi tu."

"Kenapa pulak? Sebab dia suami orang?"

"Bukan... Ada sekali masa dia tolong bawak balik barang-barang akak masa cuti semester, akak terkial-kial angkat komputer sorang-sorang daripada kereta masuk ke dalam rumah. Abang Huzaimi tengok je, tak tolong akak. Tak gentleman langsung."

Saat ini perasaan Zuraidah bagaikan disentap. Dia tidak menyangka dalam usia yang masih muda, pengamatan Najmi terhadap tingkah laku orang sekeliling sangat tajam. Mungkin sebab itulah juga mulutnya pun celupar! Zuraidah hanya mendiamkan diri.

"Ala, akak tu pun... Kalau Mi, Mi tak pilih perempuan macam akak-"

"Kenapa pulak?!" Jegil mata lagi sekali.

"Akak tu tak reti masak."

Zuraidah ketawa besar diikuti dengan Najmi.

"Akak kau tu pemalaslah, bukan tak reti masak!"

"Sebab pemalaslah Mi tak nak... Mentang-mentanglah dia model!"

Sekali lagi Zuraidah ketawa sambil mengibas perlahan sehelai baju ke arah Najmi. Kalau dengar dek Lara, pasti bertekak dua beradik itu.

MWB - Mr Wing BadgeWhere stories live. Discover now