Semua peserta campign sedang sibuk untuk mendirikan khemah masing-masing untuk tempat berlindung. Semua fokus membuat kerja masing-masing manakala peserta perempuan sedang sibuk untuk menyediakan makan petang mereka. Begitu juga Hanisah, dia sedang sibuk membantu pelajar-pelajarnya. Fahrin datang dekat Hanisah dengan membawa sebotol air. Hanisah terkejut melihat Fahrin yang caring akan dirinya.
"Nah, minumlah. Saya tahu awak penat." Fahrin menghulurkan sebotol air mineral kepada Hanisah.
"Terima kasih." tanpa menolak, Hanisah terus mengambil air di tangan Fahrin. Tersenyum Fahrin melihatnya.
Fahrin tersenyum apabila melihat Hanisah yang sudah rakus meneguk air mineral pemberiannya tadi. Rakus juga perempuan ni minum ya! Desis hatinya. Matanya daripada tadi tidak henti-henti memandang wajah cantik Hanisah sehingga menimbulkan rasa kurang senang dengan pandangan Fahrin. Fahrin yang perasan Hanisah sudah tidak selesa apabila dekat dengannya, dia terus pergi meninggalkan Hanisah untuk meneruskan kerjanya.
"Kau tengoklah sir tu, dari dalam bas lagi dia dekat-dekat dengan Miss Hanisah tu." Riyana sudah mula gosipnya bersama Alya.
"Habis tu apa masalahnya? Biarlah dia. Tak payah campur la. Tu bukan urusan kita." jawab Alya kerana malas nak bergosip lagi dengan rakannya. Tadi pun hampir-hampir terkantoi mereka dengan Fahrin.
"Bukan apa, tapi aku rasa Miss Hanisah tu dah kahwin la."
"Mana kau tahu?" Alya sudah berminat untuk tahu.
"Eh, tadi kau beria suruh aku tak campur hal orang bagai. Sekarang dia yang tak sabar nak bergosip!" Riyana sudah memerli Alya.
"Ala, cerita je lah!" Alya sudah mencuit lutut Riyana. Riyana sudah menjeling tanda tidak puas hati.
"Pagi tadi, aku nampak ada seorang lelaki yang hantar Miss Hanisah tu pergi kolej. Aku tengok Miss dengan lelaki tu mesra sangat. Siap salam cium tangan dengan dahi lagi bagai." ujar Riyana sambil berbisik kerana tidak mahu orang lain mendengar percakapan mereka.
"Oh, maybe abang dia ke apa kan." Alya menepis apa yang diceritakan oleh Riyana sebentar tadi. Riyana menghampiri Alya lagi.
"Cer kau fikir logik sikit. Takkanlah abang boleh cium dahi bagai. Dah macam suami isteri lagaknya! Tak manislah." Riyana sudah memberikan pendapatnya.
"Kau yakin tu suami dia?" tanya Alya.
"Ya, aku yakin." Riyana sudah tersenyum hambar.
Hanisah datang menghampiri mereka berdua apabila tidak nampak Alya dan Riyana membuat kerja mereka. Riyana yang perasan akan kehadiran Hanisah, terus mengunci mulutnya daripada gosip tadi agar tidak menimbulkan syak wasangka pada Hanisah. Kalau tidak mahu kena marah mereka sebab cuba mencampuri urusan orang lain.
"Kenapa duduk sini? Takde kerja dah?" serius suara Hanisah.
"Ada, Miss." Alya dan Riyana terus berlari menyambung kerja mereka semula.
Hanisah tidak perasan ada satu mata yang sedang memandangnya dari jauh. Fahrin mengukir senyuman saat melihat gadis itu. Rasa suka tanpa cinta terhadap gadis itu sudah mula terbit dihatinya. Rasanya tak lama lagi mahu dia terjatuh cinta dengan Hanisah. Fahrin terus berlalu pergi dengan hati yang berbunga-bunga.
******************************
Busyairi dan anak-anaknya sudah sampai di kampung ibu mentuanya. Sememangnya dia sudah merancang mahu pulang ke kampung ketika Hanisah menyertai campign anjuran kolejnya. Nak duduk di rumah pun bosan kerana ketiadaan isterinya. Lebih baik pulang ke kampung sekurang-kurangnya bolehlah membantu ibu mentua dan abang iparnya. Lagipun dah beberapa bulan tidak menjejakkan kaki ke kampung. Rasa rindu dengan suasana tenang di kampung makin membuak-buak dalam hatinya. Suasana di kampung jauh berbeza dengan kehidupan di bandar. Di kampung inilah tempat yang paling sesuai untuk melepaskan tekanan yang melanda diri.
YOU ARE READING
SUAMIKU GURU DISIPLIN 2
General FictionBusyairi dan Hanisah melayari bahtera rumahtangga yang sangat bahagia dengan kehadiran Zafir, Zafirah dan juga Zafri. Kehadiran tiga orang zuriatnya ini berjaya menambahkan lagi rasa cinta, kasih dan sayang pasangan suami isteri ini. Sepuluh tahun u...