TIBA-TIBA sahaja aku mendapat mesej dari Daryan semalam sewaktu aku membuat kerja. Dia meminta aku supaya menjadi partner dalam majlis makan malam syarikat. Penat aku membantah tetapi ada sahaja benda yang menggoncangkan iman aku.
Daryan hadiahkan aku beg tangan Marc Jacobs. Sebagai gantinya, aku perlu teman dia. Macam tak logik kan? Tapi nak buat macam mana, aku dah pun setuju nak temankan dia.
Sepatutnya aku tak payah terima hadiah dia. Rasanya itu dah dikira sebagai rasuah, bukannya hadiah! Tapi salah aku juga, cepat aje tergoda bila tengok beg tangan yang cantik terus bersinar mata.
Tak semena-mena aku perlu ke pusat beli-belah dalam keadaan yang malas. Katanya dia nak pendapat aku untuk suit yang bakal dibelinya nanti. Sepatutnya waktu begini memang waktu khas untuk aku tidur sekejap. Terpaksa berkorban sikit. Heh!
Daryan menungguku di sebuah butik mewah yang menjual pakaian untuk lelaki dan perempuan. Mahu ternganga juga mulut aku tatkala melihat butik ini. Mahal woo, bukan taraf aku. Kalau shopping kat sini, mahu tak makan aku sebulan.
Susuk tubuh Daryan dan seorang lelaki asing itu aku hampiri. Kami bertiga masuk ke dalam dan mereka terus ke bahagian yang menempatkan suit. Aku terkebil-kebil sendirian.
Apa ni?
Dia cakap nak minta pendapat aku tapi lain pula yang dibuatnya. Dah ada kawan tu buat apa ajak aku lagi. Ini kalau aku lempang satu habuk pun tak dapat.
Mata aku memerhati di ruang butik ini. Sememangnya baju-baju yang dijual cantik-cantik belaka. Boleh rambang mata! Tapi sudah tentulah harga pun boleh tahan mahal.
Tak berkelip mata aku melihat susuk tubuh yang aku kenali. Dia juga melihat aku. Kami sama-sama terkejut. Boleh pula terserempak dekat sini. Perlahan-lahan aku mengatur langkah mendekati Danyra.
"Hai Lana. Lawfirm kau ada event ke?" Danyra menyoalku sambil mengangkat kedua-dua belah keningnya.
"Eh tak. Bukan lawfirm tapi aku kena jadi partner tak berbayar seorang mamat ni." Perlahan aku membalas. Takut Daryan dengar walaupun dia jauh dariku sekarang ini.
"Siapa?"
Aku halakan jari telunjuk ke arah Daryan yang sedang memilih suit bersama lelaki asing itu tadi. Tanpa tanda, Danyra ketawa kuat. Aku pandang dia pelik. Kenapa dia ketawa? Rasanya tak ada benda lawak pun.
"Kenapa kau gelak?"
"Tak adalah, abang aku tu jarang approach perempuan. Kau perempuan yang pertama. Siap ajak jadi partner dia lagi."
"Dia tu abang kau?"
Terkejut. Sumpah terkejut dengan kenyataan yang aku baru dengar. Patut pun rasa pernah nampak muka Daryan. Abang Danyra rupanya.
"Abang kembar, hehe. Jom pilih. Kau nak yang mana, abang aku belanja hari ini." Aku mengangguk kepala walaupun otak masih tak dapat proses kenyataan itu. Kemudian aku terus memilih dress yang tergantung.
✾ ✾ ✾
DISEBABKAN ada pencuri yang telah membuat kecoh dalam pusat beli-belah semalam, aku jatuh terlentang di atas lantai. Bukan seorang tetapi berdua dengan Daryan pula tu.
Ish, malu aku!
Ini salah pencuri itu lah, tolak semua orang sampai aku jadi mangsanya. Cap ayam punya manusia.
Daryan telah membawa aku ke klinik. Doktor mengesahkan bahwa kaki aku terseliuh dan akan memakan masa selama seminggu untuk pulih. Terperaplah aku dalam rumah seminggu, nak keluar pun tak boleh sebab kaki sakit.
Tahun ni dah masuk dua kali aku dapat MC rasanya. Haraplah orang tak cakap yang bukan-bukan. Aku bukannya buat-buat sakit tapi memang sakit.
Sedang aku menghalakan tumpuan penuh ke arah skrin televisyen, bunyi loceng mengalihkan perhatianku. Aku capai tudung lalu menyarungkan di kepala dan membuka pintu. Manalah tahu ada orang nak melawat ke kan?
Kelihatan seorang rider GrabFood yang memegang satu plastik lut sinar berdiri di hadapan pintu. Aku tak tahulah makanan apa yang dalam bekas itu. Entah-entah racun, orang jahat menyamar jadi GrabFood.
Sekejap... macam mana pula dia boleh naik ke atas? Biasanya kalau penduduk kondo ini membeli, pasti makanan akan ditinggalkan di pondok guard. Dan aku juga tak ada order apa-apa.
"Salah rumah ni. Saya tak order apa-apa pun," kataku apabila aku nampak dia dah hulurkan makanan itu untukku.
"Eh ini order atas nama Lana Arilyn."
"Tak apalah. Saya ambil. Ada kena bayar tak?"
Dia menggeleng dan lambat-lambat aku sambut hulurannya itu. Kesian dia dah pegang lama plastik yang berisi bekas makanan itu.
"Semoga cepat sembuh," ujarnya dan terus dia berlalu pergi.
Pintu rumah aku tutup dan aku kembali ke ruang menonton tv. Plastik itu diletakkan di atas meja sebelum aku merenungnya lama.
Akhirnya, aku ambil keputusan untuk makan memandangkan aku malas nak masak hari ni. Pegang sahaja bekas makanan itu, satu kertas kecil terjatuh ke lantai. Isi kertas itu aku baca.
Maaf sebab saya order makanan ni tanpa kebenaran awak. Alamat saya curi semalam waktu hantar awak balik.
Sorry again and get well soon.
Enjoy your meal :)
-DaryanPatut ke aku rasa marah sekarang ini kerana sikapnya yang macam terlebih ramah? Atau aku patut rasa terharu sekarang ni?
Okey, mungkin terharu sikit tapi rasa terharu itu mungkin lebih nipis daripada kulit bawang.
Kadang-kadang aku rasa seram sejuk dengan Daryan. Seperti adiknya, dia juga sedikit merbahaya. Firasat aku mengatakan bahawa Daryan tahu semua benda yang aku tak tahu.
Merbahaya?
Betul ke perkataan itu yang aku ingin sampaikan? Entahlah, aku tak boleh nak tafsir apa yang dalam kepala aku. Lain kali aku akan pastikan aku berhati-hati waktu berjumpa dengannya.
✾ ✾ ✾
SUDAH seminggu aku berehat di rumah. Hari ini merupakan hari terakhir bercuti sebab esok dah masuk kerja balik. Dan seminggu jugalah ada makanan yang dihantar di depan pintu rumahku empat kali sehari. Semuanya daripada Daryan.
Yang paling aku pelik, dia ni dah tak ada kerja lain ke? Asyik order makanan untuk aku aje. Kalau boleh setiap masa loceng rumah berbunyi.
Bukan aku mahu merungut tapi aku rasa bersalah. Makanan yang dia beli tu bukannya murah, semua yang paling mahal. Itu belum masuk kos penghantaran lagi.
Mesti dia ingat aku ni perempuan gold digger sebab aku tak pernah menolak pemberiannya. Dia pun tak ada nak mesej aku apa-apa. Aku nak mesej dia dahulu? Kirim salamlah sebabnya ia memang tak akan pernah terjadi sama sekali.
Argh! Serabut pula fikir pasal lelaki. Kalaulah aku mengelak sebelum sup panas tumpah, mesti kami tak akan terikat macam ni.
Tapi itu semua aturan Tuhan. Siapalah sangat aku ini untuk mempersoalkan aturan yang telah ditetapkan oleh Sang Pencipta.
Akhirnya aku duduk di sofa dan merenung ke arah balkoni. Memikirkan masalah hidup yang tak akan akan habis malah makin bertambah adalah!
༶•┈┈┈┈┈┈୨♡୧┈┈┈┈┈•༶
10022023
YOU ARE READING
The Prodigy
RomanceThe German Twins Series Vol II (slow update) Known as Love Conquers All Atas sebab bersalah kerana telah mencederakan seorang perempuan tanpa sengaja di sebuah restoran, Allen Daryan telah membuat keputusan drastik untuk mengahwininya. Mahu dipendek...