Bab 64

1.8K 108 19
                                    

Pulang saja ke rumah, Warda sudah tunggu Alya untuk next battle antara mereka berdua. Ni semua angkara Wildan si tak guna. Pasal dia habis semua bergaduh. "Kalau kau nak cakap lagi pasal. Cakap lain kali lah. Aku penat weh." Alya menolak terus hendak mendaki anak tangga.

Warda pantas membuka langkah menarik Alya membuatkan Alya hampir terjatuh. "Kau kenapa?"

"Takkan ada esok atau lusa. Kita selesaikan sekarang."

"Nak selesaikan apa?"

"Kenapa dalam banyak banyak lelaki harus Wildan?"

"Eh aku dengan dia cuma kawan. Aku tolong dia."

"Tolong apa?" Suara Warda sudah semakin kuat dan keras. Ain dan Alina pantas berlari turun menemui mereka berdua. "Eh korang kenapa?"

Alya pandang pada Warda lama dan menjelingnya langsung naik ke bilik meninggalkan Warda dalam tanda tanya. "Asal ni?"

*****

"Aduh mana nak cari dia ni. Mujur saja tak kena halau dengan pak guard. Nasib kau cantik boleh menyamar pegawai pendidikan." sebut kaklong sendiri sebaik keluar dari kereta. Dia memandang sekeliling university disitu.

"Puan nak cari siapa puan?" tegur Pembantu kaklong yang turut baru keluar dari kereta. Kaklong memandangnya terasa rimas, "kau ni ikut jelaa. Banyak bunyi pulak." bengangnya terus bercakap lepas je. Yelaa sejak tadi dia poyo bertanya nak pergi mana nak pergi mana. Orang dah bagi ikut tu ikut jelaa. Banyak bunyi pulak.

"Assalammualaikum Dik." Entah siapa budak baru lalu kaklong langsung bertanya, budak itu memandang kaklong dan menjawab, "ye kak?"

"Kenal tak Alya?"

"Puan ingat dia kenal ke? Berapa ribu orang nama Alya dekat sini." sampuk pembantu kaklong di tepi. Budak itu memandang kaklong lalu pada pembantunya pulak. "Haa ye tak ye juga. Eh jap." Kaklong mengeluarkan handphone-nya dan menunjukkan pada budak itu.

"Ini. Kenal tak?"

Macam biasa, pembantu kaklong yang beriya sibuk membetulkan otak kaklong yang berfikiran singkat. Ada logiknya disitu. "Puan rasa dia kenal ke siapa orang ni? Alya tu bukan artis macam Neelofa."

"Takpelah dik. Adik boleh pergi." kaklong dah start annoying dengan pembantunya. Dia menyuruh budak budak U tu segera bla jadi dia boleh bantai si pembantu tak boleh pakai ni.

"Eh Senah kau sini." Kaklong menarik lengan pembantnya ke tepi kereta. "Kau kalau nak malukan aku cuba jangan depan budak tu. Malu lah aku."

"Tapi kan puan terang terang nampak tak logik. Saya tegur lah. Bukan puan kata kalau puan ada salah, saya kena betulkan ke?"

Kaklong terdiam, tak nak bergaduh lagi dengan pembantunya yang banyak mulut, dia cuma cakap, "kau cakap apa apa lagi. Aku halau kau balik naik bas."

Pembantu kaklong terus menutup mulutnya sendiri mungkin takut. Tak nak balik naik bas nanti tiket kena bayar sendiri. Naik dengan kaklong minyak free. Tak payah bayar. Lebih baik ambik yang paling murah, hihi. "Janji puan. Saya tak cakap lagi."

"Dah cepat ikut aku." Kaklong berjalan pantas mendahului dan meninggalkan pembantunya yang terkejar-kejarkan dia.

*****

Bila terasa agak panas, kaklong terlihat seperti cafe kantin Universiti yang dia boleh masuk. Dapat minum air pun jadi lah. Haus ni dengan panas lagi. "Senah, itu tempat student makan kan?" Kaklong perlukan kepastian. Almaklum dia bukan lulusan universiti tempatan jadi otak dia yang blur akan bertambah blur. Alah macam lah sekolah dulu tak pernah ada kantin. "Yela kot. Jom lah kita beli air. Panas lah puan."

Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita Where stories live. Discover now