"Cabin crew, please be seated for landing."
Suara Ashraf bergema di seluruh ceruk pesawat.
Najmi segera memandang Lara dengan senyum lebar dan selepas itu memandang Zuraidah pula. Kelihatan ibunya juga tersenyum.
Sewaktu pesawat gergasi itu hendak berlepas di landasan Changi Airport tujuh jam yang lalu, mereka sungguh teruja. Malah, tatkala tayar pesawat terpisah dengan bumi, Najmi dan Zuraidah rasa bangga kerana Ashraf yang menerbangkan mereka semua pada hari itu.
Kata Lara sebentar tadi, Ashraf mempunyai 'landing skill' yang hebat dan lancar, Najmi dan Zuraidah rasa penasaran. Dengan pengumuman yang dibuat oleh Ashraf sebentar tadi, mereka tahu bahawa mereka akan mendarat pada bila-bila masa sahaja sekarang.
Najmi melontarkan pandangan ke luar tingkap. Kelihatan keadaan muka bumi di luar sana kering kontang, hanya terlihat padang pasir.
Semakin lama pesawat terbang semakin rendah memasuki kawasan lapangan terbang. Saat ini barulah bayang pokok dan padang rumput kelihatan di bawah sana. Mata Najmi terus memerhatikan pemandangan di luar sementelah suasana di dalam kabin menjadi sunyi sepi.
ZUUSSSSS........!!
Bunyi pesawat meredah angin diikuti dengan bunyi tayar bergeser di jalan tar namun tiada sebarang hentakan berlaku dan tidak terasa pun peralihan pergerakan pesawat daripada ruang udara ke tanah yang legap.
Najmi segera memandang ke arah kakak dan ibunya dalam senyuman lebar dan tiba-tiba sahaja, kedengaran tepukan daripada para penumpang sambil kebanyakan mereka bercakap dalam bahasa Arab.
Kedua-dua beranak itu terpinga-pinga menjenguk kepala, memandang kumpulan pak Arab tersebut.
"Kenapa tu??" Najmi dan Zuraidah tercengang tetapi Lara hanya tertawa.
"Ashraf kata sesetengah penumpang memang seronok kalau pilot buat smooth landing. Kadang-kadang tu macam ni lah, teruja sampai diorang tepuk tangan..." Lara rasa hatinya kembang semangkuk!
"Oh..." Zuraidah dan Najmi berkata serentak, mengangguk kepala.
Saat ini juga kedengaran suara kru kabin sedang membuat pengumuman ketibaan pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sharjah...
Cuaca diluar sungguh cerah ketika Zuraidah, Najmi, Lara dan Ashraf menjejakkan kaki ke dalam lapangan terbang tersebut.
Sambil berjalan, Najmi bercerita dengan penuh semangat dan rasa kagum terhadap skil pendaratan Ashraf. Dia juga bercerita tentang reaksi orang-orang Arab di dalam kabin tadi. Ashraf yang mendengar hanya tersenyum bangga.
"Alah, kalau flight abang, orang tepuk tangan tu memang dah biasa dah..." Ashraf sengaja buat ayat 'poyo' tetapi perkara itu memang tidak dapat disangkal lagi.
"Ha, tengok Mi. Sebab tu lah kru-kru semua panggil abang Ash ni 'FO Poyo'. Memang poyo pun kan?" Ujar Lara lalu disambut dengan tawa mereka semua.
Mereka terus berjalan menuju ke tempat tuntutan bagasi...
Sudah hampir sepuluh minit mereka semua tercegat di 'conveyor belt' tersebut. Ashraf, Lara dan Najmi sudah menerima beg bagasi masing-masing tetapi bagasi Zuraidah masih tidak kelihatan.
"Eh... Kenapa beg aunty takde, Ash? Hilang ke?" Wajahnya mula cuak. Dia lihat Ashraf ketap bibir.
"Erm... Takpe aunty, jom kita check dekat unclaimed baggage area dulu. Manalah tahu kot-kot ground staff salah letak conveyor belt." Ujar Ashraf.
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...