16 (repub)

142 14 0
                                    

Sakura's POV

"Lah, dia dah tidur ke. Baru je nak cerita," kataku sendiri selepas membaca mesej yang dihantar oleh Ichika.

"Biar lah, esok je aku cerita."

"Wait, esok? Maksudnya aku akan jumpa Keita lagi esok? Pastu kalau dia tanya lagi macam mana?"

"Em, aku nak keluar awal lah esok"

"Tak payah tunggu dia"

"Dia tak terasa kan?"

"Kan?"

"Buat apa dia nak terasa pulak?"

"Pelik pelik je lah"

Aku berkata sendirian.

Sejujurnya aku nak mengelak dari Keita. Aku sendiri tak tau kenapa aku nak mengelak daripada dia. Tak ada alasan yang masuk akal.

-

Ichika's POV

"Aik, awal kau bangun harini," kataku apabila melihat Sakura sedang bersiap di hadapan cermin.

"Saja je. By the way ,nanti aku ade benda nak cerita dekat kau."

"Ok.. cerita je lah sekarang."

"Nanti dekat kelas aku cerita"

Aku memandang Sakura dengan pandangan pelik.

"Oh, aku nak turun dengan kau harini," ajak Sakura.

"Boleh boleh! Dah lama kita tak turun sekali," aku senyum.

Setelah selesai bersiap aku dan Sakura turun ke kafeteria bersama.

'Agak-agak awal pagi macam ni dia dah turun ke?' 

'Ada la kot..'

'Alah, tak payah nak harap dia belanja sangat lah, kau ada duit kan'

'Pelik-pelik la kau ni Ichika,' aku menggeleng sendiri.

"Oi, kenapa kau tak jalan ni?" Sakura menepuk bahuku.

"Oh, tak jalan eh?"

"Eh tak lah, kau terbang."

"Dah la jom jom," aku menarik tangan Sakura.

"Pelik la kau ni"

Aku tidak menghiraukan kata-kata Sakura tadi dan terus turun ke bawah.

-

"Ichika! Sakura! Sini lah!" panggil Haruto.

"Morning," aku menegurnya.

"Morning to, Ichika," dia mengenyitkan matanya kepadaku. Terus sahaja aku palingkan wajahku.

"Haruto, Keita mana?" Sakura bertanya.

"Mana lah aku nak tahu. Aku mana satu dorm dengan dia."

"Kau tak terserempak dengan dia?"

Aku hanya memerhati perbualan Haruto dan Sakura. Macam borak pasal masalah dunia pulak. Serius betul. 

"Tak pun, dia selalu turun lambat"

Sakura mengangguk. "Aku nak cerita ni."

Kami hanya memandangnya dengan wajah yang tertanya-tanya.

"Kemarin.. Keita confess dekat aku."

"HAH?!"



My Crush Is My Husband | Watanabe HarutoWhere stories live. Discover now