the best version of you is being kind to yourself .
Mulut Arian ternganga. Dadanya turun naik cuba mencari nafas. Ruangan ini terasa sempit buatkan dadanya rasa sesak. Matanya membulat tak percaya. Wajah Umi di pandang. Mencari kejujuran dalam mata kuyu itu.
"Syarat? Umi pinangkan Puteri Gunung Ledang ke?" Akhirnya Arian muntahkan soalan itu. Dia masih terkebil tak percaya. Surat di hadapannya sekali lagi dipandang. Namun, kali ini dia buka dan baca isi di dalam surat itu.
Ke hadapan bakal suami ku,
Assalamualaikum, jujurnya saya terkejut dengan pinangan keluarga awak. Tapi, tak mengapalah, saya anggap ini suratan takdir. Saya tahu pernikahan ini bukan kehendak awak. Lebih lebih lagi, saya sebagai bakal makmum awak. Banyak yang saya nak kata kan tapi lebih baik semuanya saya simpan sendiri saja. Bila waktunya tiba saya akan kongsi kan semuanya pada awak. Tak kurang dan tak lebih. Surat ini saya kirimkan agar awak tahu serba sedikit tentang apa yang saya kehendaki dalam perkahwinan kita. Saya tahu dan saya faham, suami itu ketua keluarga. Tapi saya sebagai isteri berhak untuk suarakan apa saja. Saya dah banyak terluka dan saya harap awak tak mengharapkan kesempurnaan dari saya. Sebaliknya, cuba untuk melengkapi antara kita. Mungkin akan ada serpihan lalu di hati ini, jangan takut jika awak berhati hati mendekati saya pasti awak tak akan terluka dengan serpihan itu. Jikalau, segala syarat yang saya tetapkan ini awak cuab tepatimaka saya letakkan sepenuhnya kepercayaan pada awak. Dan jika sebaliknya, maaf sebaiknya kita sama sama buat haluan masing masing.
1. Tunang, nikah sederhana. Saya tahu awak nak majlis yang meriah tapi saya tak setuju kalau kita membazir. Tak perlu mewah, saya hanya perlukan ketulusan awak dan bukan kemewahan. Tapi, jikalau syarat ini tak disetujui oleh orang tua kita, apakan daya. Saya akan batalkan syarat ini jikalau ianya terjadi.
2. Tak akan ada pertemuan mahupun perkenalan. Bahkan pada majlis pertunangan. Hanya pada hari akad nikah. Saya tahu eloknya jika kita mengenal hati budi masing masing sebelum melangkah lebih jauh. Saya harap awak faham, hati ini pernah luka dan pastinya belum membaik sepenuhnya. Saya takut andai kata saya bertemu empat mata dengan awak dan kita tak sehaluan buatkan 'move on' saya bertambah sukar. Tak mengapa, awak boleh ambil tahu. Kenali saya dalam diam. Tapi pada saya, biar saya mengenali awak dalam hubungan yang direstui.
3. Tinggal serumah dengan ayah. Ya, saya tahu ini agak berat memandangkan kita tak sepatutnya duduk serumah dengan orang tua selepas pernikahan. Tapi saya harap awak faham bahawa sebelum awak, saya hanya ada ayah. Jangan risau, kita akan kembali ke rumah Umi. Mungkin secara bergilir. Saya letakkan keputusan penuh pada awak.
4. Dalam tempoh 2 tahun jikalau tak ada cinta yang menyapa hati, kembalikan puteri ini sebaik baiknya ke orang tuanya. Ayah saya dah jaga dan lindungi saya dari tangan tangan jahat, saya harap awak lakukan hal yang sama.
5. Ketahui lah bahawa hati yang ingin dimiliki ini sudah pernah hancur. Jangan berharap kesempurnaan kerana ianya bakal membunuh mu. Jikalau setiap cacat cela ini tak diterima, bakal suami berhak dikenakan denda.
Saya tak mengharapkan kesempurnaan dan saya harap awak juga sama. Saya akui, saya banyak kurangnya. Semoga awak menerima gadis ini dengan setulus hati. Yang ikhlas, bakal isterimu.
Tak sedar bibir Arian menguntum senyum. Awalnya dia rasa terbeban dengan semua syarat itu. Yalah, dia nak kahwin saja kenapa perlu ada syarat bagai? Namun, bila dihadam segala aksara yang tertulis pada sepucuk surat itu buatkan Arian berlapang dada. Dia yakin, gadis ini istimewa. Sangat istimewa sehingga mampu menjentik tangkai hatinya untuk jatuh suka.
Jika sebelum ini orang sering khabarkan pada dunia bahawa cinta itu dari mata turun ke hati. Tapi sekarang Arian percaya boleh jadi cinta itu dari surat terus ke tangkai hati.
"Arian?"
Arian palingkan wajah. Dia senyum sedikit. Yakin, ini lah masanya untuk dia dapatkan bahagianya. Lupakan masa silam. Dia tak mahu terus terperangkap dalam memori silam. Cukup derita itu.
"Macam mana? Arian setuju? Kalau tak... Umi boleh carikan calon lain-"
"Arian setuju."
Umi terus raup wajahnya. Alhamdulillah.
Arian hulur senyum. Bahagia Umi adalah bahagianya juga. Kemudian dia capai tangan Umi. Dikucup syahdu. "Tapi... Arian nak tahu siapa yang Umi pinangkan tu."
Umi senyum. Kepala anak tunggalnya di usap kasih. Aduhai, anak.
"Boleh... Dia tu anak kawan baik Umi."
"Kawan Umi? Kawan yang mana?" Arian kerutkan kening. Bukan apa. Umi ni banyak sangat kawan. Mudah bergaul. Jangan buat main ibu ni antara ahli jawatankuasa masjid tau. Tak tahu lah macam mana Umi boleh dapat jawatan dalam organisasi itu. Arian tahu Umi cuba sibukkan diri bila bapanya meninggal dan dia lega untuk itu.
"Dulu dia orang tu jiran kita. Tapi masa Arian balik Malaysia mereka dah pindah ke tempat lain. Parents dia bercerai. Jadinya si ayah dengan si anak ni pindah ke rumah lain. Tapi rumah tu tak kena jual pun. Sama macam kita. Kita pun pindah juga bila abah meninggal sebab tak nak terbawa dek perasaan sedih. Bezanya, kita jual rumah tu."
Arian angguk mengerti. Patut lah dia tak pernah tahu. Yalah duduk terperap dekat luar negara buatkan dia banyak ketinggalan semua perkara yang jadi. Tak lama kemudian Arian Kembali berkerut. Memorinya di sapa sesuatu.
"Tak silap Arian nama anak kawan Umi tu..."
"Ayra..."
Dang!
Bagai di panah petir hatinya saat ini. Jangan kata ini Ayra yang dia kenal!
"Tak silap Umi... Nama penuh dia Ayra Qistina Binti Ahmad Khalid..."
Sepantas kilat Arian bangkit dari duduk. Mata Umi ditatap dalam dalam mencari kejujuran dalam kornea itu. Umi tak tipu!
"Umi biar... Biar betul?" Gagap Arian jadinya. Ya Allah, ini kah takdir buat ku?
"Huh? Betul lah tu nama dia. Dah yang kamu ni macam dengar nama artis kenapa?" Berkerut wajah Umi.pelik dengan sikap anaknya ini.
"Ta-tak ada apa. Umi Arian nak keluar sekejap. Assalamualaikum. Bye, Umi." Tak sempat Umi nak membalas, tangannya sudah dicapai lalu dikucup. Pipinya juga sama. Kemudian kelibat Arian menghilang di balik pintu. Setelah deruman kereta kedengaran menjauh, Umi garu kepala yang tak gatal. Dah kenapa? Dia kena tanya pada Taufik! Segera telefon bimbit di capai. Di dail nombor milik Taufik. Dengar saja suara anak buahnya itu menyapa terus dia bertanya.
"Waalaikumsalam Taufik, Umi nak tanya benda penting ni."
Dan saat itu Taufik rasa nak lenyap dari pandangan siapa pun.
YOU ARE READING
Kerana Cinta
RomanceCinta? Usah disebut tentang perasaan itu. Hakikatnya rasa itu sudah lama mati dalam dua hati. Ada dua hati yang pernah ditikam dengan aksara itu. Bah kan ada dua hati yang hancur hanya kerana cinta. Ayra Qistina. Dia syukuri nikmat tuhan. Kehidupan...