BAB 18

122 5 0
                                    

"Good morning my favourite person! This for you!"

Fahrin menghulurkan sejambak bunga ros. Dia tahu Hanisah memang sukakan bunga itu. Bunga yang cantik dan juga mempunyai bau yang sangat wangi. Bunga yang boleh membuatkan orang-orang yang memandangnya jatuh cinta! Hanisah yang sedang ralit memandang komputer ribanya terus berpaling. Terkejut!

"Maaf, saya tak boleh terima bunga ni. Awak ambillah balik." helah Hanisah.

"Kenapa? Kan awak suka sangat bunga ros ni." Fahrin cuba untuk tidak mengalah.

"Kalau awak taknak terima, saya letak dekat sini je eh. Jangan lupa bawa balik bunga tu. Bunga fresh tu. Jangan sampai dia layu." pesan Fahrin.

"Kalau awak takut bunga ni layu, awak ambil balik. Bagi je dekat siapa-siapa. Mungkin mereka lebih menghargainya." matanya masih memandang laptop. Hanisah menyandar di kerusi empuknya.

"Ni saya ada bawakan mi goreng special untuk awak. Awak kena terima pemberian saya ni dan awak kena makan mi goreng ni. Orang kata rezeki jangan ditolak, untung jangan dicari." Fahrin meletakkan mi goreng yang dimasaknya pagi tadi di hadapan Hanisah.

Hanisah hanya memandang bunga dan mi goreng itu dengan pandangan yang kosong. Baginya, Fahrin tidak perlu berusaha memikat hatinya. Sebab sampai bila-bila, orang lain tidak dapat memilik hatinya selain Busyairi. Hati dan cintanya hanya untuk suami. Selagi Fahrin tidak mengetahui perkara sebenar, dia akan terus menyimpan perasaan padanya. Perasaan yang tidak mungkin berbalas. Hanisah buntu.

"You look so beautiful today Hanisah. Malam ni awak free tak? Boleh kita pergi dinner sama-sama kan?" Fahrin mengenyitkan matanya.

"For your information Mr Fahrin, I don't have free time in my life. Everytime, I busy. Sorry." lembut Hanisah menolak pelawaan Fahrin.

"Sorry, saya nak jawab call." Hanisah keluar dari biliknya meninggalkan Fahrin keseorangan.

Sementara menunggu Hanisah menjawab panggilan telefon, dia sempat melihat satu persatu apa yang ada dal bilik wanita itu. Fahrin berasa kagum dengan Hanisah kerana dia pandai menghias biliknya sendiri. Satu habuk pun tidak berani singgah ke bilik Hanisah ini. Fahrin berfikir pasti Hanisah ni seorang yang rajin dan pembersih. Nak bandingkan dengan biliknya? Jauh langit dengan bumi!

"Hello sayang, nampak tak mana abang letak segala dokumen untuk dibawa SSM bagai tu? Abang ingat nak pergi uruskan semuanya hari ini juga." tanya Busyairi melalui panggilan telefon.

"Oh yang tu. Hanis ada letak dalam almari. Abang bukak je almari tu kan ada laci atas tu kan? Abang bukak je. Ada fail dengan sampul surat. Pergi tengok dulu." jawab Hanisah semula.

"Oh ya ada ada. Puas abang cari tak jumpa. Kalau hilang jenuh juga nak mula dari awal."

"Abang pun suka letak merata. Karang Zafri main ke apa dah koyak bagai. Okaylah Hanis ada kelas sekarang. Balik karang kita jumpa ya."

"Okay sayang. Assalamualaikum." Busyairi terus meletakkan semula telefonnya.

Hanisah masuk kembali di dalam biliknya dan bersiap-siap untuk masuk ke kelas. Masuk je dia melihat Fahrin sedap tidur sampai ternganga mulut. Hanisah berasa geli hati dan terus mencapai telefonnya untuk mengambil gambar. Hanisah sudah mendapat idea, kalau Fahrin mengacau dia lepas ni, dia akan ugut untuk sebarkan gambar tu. Padan muka! Biar dia malu!

"Bangunlah! Kalau rasa nak tidur pergi balik rumah. Jangan nak tidur dekat tempat saya buat kerja!" Hanisah menghempuk Fahrin dengan beg tangannya.

"Aduh! Sakitnya!" Fahrin sudah terjaga dari tidurnya.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now