Bab 67

2K 115 6
                                    

Mereka mendengar penjelasan Alya pada waktu petang setelah pulang dari kelas. Alya menjelaskan satu persatu dan setiap terperinci kepada mereka. "Ohh patutlah haritu time aku hantar kau tu, Hariz keluar tak pakai baju korang tahu tak. Takut kita tengok. Goncang iman dengan seluar pendek pegang budak." Ain baru teringat akan kes haritu, hari dia hantar Alya pulang sampai ke depan rumah.

"Eh kau takkan tak musykil time tu?"

"Maybe Hariz rapat dengan family Alya? Mungkin?"

"Aku takde family lah. Family Hariz lah family aku. Mak aku meninggal masa aku kecil lagi. Ayah aku.." Alya terdiam sebentar susah nak beritahu situasi complicated yang dimiliki ayahnya, "just complicated." sambungnya.

Masing-masing diam dan mengangguk-angguk. Taknak bertanya terperinci tentang hal yang mungkin peribadi. "Tapi aku nak tanya satu je." Warda bersuara. Mereka semua pandang Warda.

"Kau suka Wildan ke?"

Alya diam mukanya menjadi sayu seketika, dan mengangkat bahu seperti tidak tahu. Warda memegang tangan Alya erat, "aku tak tahu. Tapi kalau nak jumpa dia, ada sesuatu perasaan lain."

"Suami kau? I mean Hariz?"

"Dia mesti sedih kalau dia tahu aku ada perasaan macam ni dekat orang lain." Alya tunduk sayu bila teringatkan suaminya. Dah lah rindu dekat baby busuk tu.

"Sayang suami kau tak?"

Alya mengangguk memuncungkan bibirnya, "rindu dia."

"Kalau diberi pilihan nak Wildan ke nak Hariz?" Alina datang dengan soalan agak bebal, Alya pandang Alina berkerut, "mesti lah Hariz. Rindu busyuk masam kita. Kalau bangun tidur seronok bau dia masyam je. Eyyy rindu" alamak Alya orang tanya sikit je. Melebih dia cerita ni. Mereka bertiga pandang Alya atas bawah, "dah sikit sikit je. Lebih tu geli lah" seloroh Ain membuat ekspresi nak muntah.

"Okay its fix! So basically Wildan is just using you to be his transportation nak pergi mana-mana." Alina memberi ulasan yang munasabah. Lalu Ain pun menambah, "tengok muka kau pun innocent. Dia pun guna lah ayat raih simpati nak gunakan kau. Mana tahu." Ain pun menambah setuju dengan ulasan Alina.

Semasa Alya ke bilik air untuk mandi, mereka bertiga berbincang sesuatu, "bila nak serang?"

"Malam ni?"

"Setuju!"

*****

"Mana dorang ni. Keluar tak ajak aku." Alya memandang keluar rumah memerhati kalau kalau ada mereka, tapi mereka bertiga lesap bersama kereta tanpa memberitahu Alya.

Pintu rumah diketuk berkali-kali. Tak lama kemudian, Wan membuka pintu dan alangkah terkejutnya bila tiga orang wanita sedang berdiri di hadapannya. "Astagfirullah." Hampir melompat mamat tu terkejut. Dah lah muka 3 wanita itu masing masing serious seperti nak makan orang.

"Haa nak apa?"

"Wildan ada?"

"Wildan?" Wan terfikir sesuatu yang buruk akan jadi. Dia tiba-tiba teringat akan peristiwa dahulu, waktu Ain serang Yasir dirumah mereka. Salah satu ahli bekas penyerang rumah orang ada berdiri di antara 3 wanita itu. Jadi takut lah dia.

"Eh Warda. Kenapa ni?" suara Wildan muncul dari belakang menyapa mereka bertiga dalam tanda tanya. Dia tersenyum melihat Warda disitu di depan rumahnya. Masih tak boleh tangkap akan kehadiran Warda dan konco-konconya.

"Sini kitorang nak cakap sikit." panggil Ain garang saja bunyinya kepada Wildan. Wildan berkerut memandang kepada Wan dan selepas itu kepada mereka, "kenapa ni?"

"Ikut jelahh." tegas Ain lagi. Wildan mengikuti saja arahan mereka bergerak jauh sikit dari Wan yang memerhati mereka. "Kitorang nak tanya kau, apa hubungan kau dengan Alya eh?"

Wildan terus pandang pada Warda, wajah Warda tampak biasa saja. + masih serious dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda cemburu. "Takde apa. Kawan je kenapa?"

"Kalau kawan je. Kau ikut kitorang jom. Balik KL, jumpa family mertua Alya. Bagitahu kau dengan Alya kawan je. Okay?"  Cadang Ain berkeras seperti nak angkut Wildan tu sekarang.

"Eh jap jap. Kenapa pulak?"

"Sebab kau kena explain salah faham tu."

"Kan aku kata, aku dengan dia kawan je. Apahal aku nak kena pergi jumpa family dia." Wildan sekali lagi menolak dan berkeras untuk tidak mahu pergi. "Asal? Kau takut? Kau dah pergunakan dia, lepastu dah jadi macam ni..."

"Eh asal ni?" Saiful yang baru pulang dari pergi membeli nasi terkejut lantas berlari ke arah mereka. Saiful memandang 3 orang wanita di hadapannya, pada mulanya dia seperti nak pertahankan Wildan.

"kitorang nak minta tolong dia explain semuanya dekat family Alya yang dia dengan Alya cuma kawan. Tutup cerita."

Saiful pandang Wildan, Wildan mengangkat bahu menyorok di belakang badan sasa Saiful berkata, "apa kena mengena dengan aku."

Saiful toleh pandang Wildan, "serious kau rasa macam tu?"

"Apa betul lah. Alya pun tahu kitorang cuma kawan."
Saiful dan genggam penumbuk, kang bersepai gigi mamat ni. Silap silap masuk ward balik sentuh hidung dia yang sensitif tu. Warda sudah bengang dengan ayat Wildan, belum sempat Saiful naik tangan, dia terlebih dahulu mengamuk.

"Eh diam. Kau ni rupanya macam ni kan, suka selamatkan diri sendiri je. Dasar selfish." Warda terus menghalakan penumbuk tepat mengena hidung Wildan, lalu dia berhenti.

Penumbuk bertukar arah menghala ke perut Wildan sekali. Wildan tertunduk sakit, Mereka semua tercengang melihat kekuatan luar biasa Warda. "Tak guna. Jom weh." Warda mengajak mereka semua pergi dari situ selepas puas memberi hadiah pada Wildan.

"Ehh lagi satu." Warda patah balik, Warda membuka kasut di kaki lantas tepat terkena muka Wildan yang tidak sedar. Wildan terkejut sakit memegang kepalanya. "Warda."

"Penumbuk tu untuk Alya, selipar ni dari aku." jerit Warda diluar rumah. Mereka semua tercengang dengan tenaga luar biasa Warda. "Saiful, nanti awak bagi balik selipar saya tau." suara garang tadi bertukar lembut sedikit bila berkata nama Saiful. Maka berjalanlah dia dengan sebelah kasut sahaja! Hahaha

Saiful yang tadi diam tercengang tiba-tiba tersenyum tersipu malu dan meninggalkan Wildan sendirian di luar rumah yang sudah pasrah. "Sial." Wildan menendang dinding yang akhirnya kaki dia yang sakit.

*****

Dari dalam lagi bunyi deruan enjin motor Hariz kedengaran masuk ke perkarangan rumah. Adam dan Idris yang dikurniakan ilmu peka yang tinggi terus berlari membuka kan pintu untuk babanya.

"Baba!!" Jerit mereka berdua berlari ke arah Hariz di parkir motor. Hariz terlihat anaknya dan melontarkan senyuman. "Rindunya anak baba." Hariz mencium satu persatu setiap inci ruang yang boleh dicium. Rindu betul pada pahlawan dua orang ni.

Hariz terus mengendong Idris bersamanya sementara Adam memegang tangannya erat memimpin baba mereka masuk. "Ibu ane?" Idris tiba-tiba bertanya begitu.

Hariz terdiam seketika, wajahnya yang tadi ceria bertukar drastik. Dia pun tak tahu nak bagi jawapan apa kepada persoalan itu. "Ibu tak rindu abang dengan adik ke?" Adam pula bertanya. Hariz menurunkan Idris, dia melutut memandang kedua-dua anaknya.

"Kenapa cakap macam tu pulak."

"Abang tunggu ibu tipon. Nenek kata nanti ibu tipon, tapi tak tipon." Muka mereka berdua jelas terlihat polos, tidak mengerti apa yang terjadi sebenarnya ini. Hariz dihuni rasa serba salah, dia pun tak tahu hendak berkata apa.

"ibu sibuk lah tu. Nanti kalau ibu dah tak sibuk, kita pergi zoo tengok panda, kita tengok tiger, lion okay?" wajah Adam yang mulanya sayu bertukar gembira bersinar-sinar hendaknya. Dia tersenyum mengangguk mahu.

Ya, tak rindu abang dengan anak-anak ke?

*bersambungg

Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita Where stories live. Discover now