DIAN duduk di depan piano milik arwah Harith yang tersimpan elok di ruang tamu rumah mereka. Dulu arwah selalu memainkan piano itu untuknya namun sekarang piano itu tidak akan berbunyi lagi kerana tuannya telah pergi jauh.
Masih jelas di ingatannya betapa hancurnya dia apabila dia mendengar khabar berita kematian suaminya itu, dia rasa dunianya seakan hancur. Syurganya telah pergi tanpa kembali.
Dian membuka telefon pintarnya lalu dia mendengar pesanan suara whatsapp terakhir dari arwah suaminya itu.
"Dear, nanti saya ambil awak tau. Tapi kalau saya tak dapat nak jemput, awak be careful balik nanti." Lembut saja kedengaran suara Harith di dalam rakaman itu.
"Bidadari Ayith, Ayith cuma nak dear tahu betapa sayangnya Ayith dekat dear." Tubir mata Dian mula berair namun ditahan.
"Cinta Harith Amsyar hanya untuk Dian Afreena sampai ke syurga nanti."
"Jangan lupa semua pesanan Ayith. Dear kena kuat walaupun Ayith takda di sisi dear. Ingatlah, Allah sentiasa ada menemani dear." Dian hanya mengangguk lemah.
"The sky is beautiful, isn't it? Cuaca hari ni cerah sangat, best kan kalau berehat sekarang."
"Don't forget me, if you miss me just look at the sky. Walau sejauh manapun kita berpisah, saya tetap ada di hati awak dan masih bergelar suami awak."
"Jaga diri baik-baik tau. Abang sayang dear sampai akhirat. Until we meet again, bidadariku Dian Afreena."
Rakaman pun tamat. Rakaman suara itu dibuat sewaktu Harith dalam perjalanan menuju ke tempat kematiannya seakan-akan dia tahu itulah hari terakhirnya di dunia.
Air mata yang ditahan mengalir juga ketika mendengar suara terakhir suaminya itu. Jujur, dia rindu namun tiada yang mampu membuatnya melepaskan rindu. Rindu tanpa penghujung,rasanya sungguh sakit.
"Ya Allah.. Aku rindu Ayith." Dian mengusap dadanya seketika.
"Ayith.. Kenapa cepat sangat awak tinggalkan saya?" Piano milik Harith itu disentuh dengan perasaan sayu.
"Ehh takpa, awak jangan risau. Saya okay je dekat sini," kata Dian dengan nada dibuat-buat riang. Dia harus berlagak kuat.
"Saya kuat. Isteri Ayith ni kuat tau, saya tak nangis sebab Ayith dah pesan kan." Lekas air matanya dikesat.
"Saya nak awak pergi dengan tenang.Jangan risaukan saya.Saya dah terbiasa hidup sendiri.Setakat hidup tanpa keluarga,saya dah terbiasa dari kecil lagi heheh." Dian tersenyum namun hatinya sungguh terluka ketika itu.
"Tapi saya tetap rindu awak. I miss you so much, my sky."
"Saya tak sabar nak jumpa awak.Saya dapat rasakan masa saya dah dekat." kata Dian dengan senyuman nipisnya.
"Kisah cinta kita sederhana
tapi bermakna bagi saya. Walaupun tak berakhir dengan bahagia, saya tetap bahagia kerana telah dipinjamkan suami sebaik awak. Until we meet again, imamku.""Please wait for me, syurgaku."
Kini,Dian telah pun berhijab sepenuhnya.Dia juga turut memakai pakaian yang labuh dan menutupi aurat.Hidupnya juga dipenuhi dengan ilmu agama.Sekurang-kurangnya kehadiran sementara arwah Harith telah mengubah hidup Dian menjadi lebih baik.Betapa besarnya pahala arwah kerana telah membawa ramai orang ke jalan yang baik.
Ketukan di pintu utama rumahnya itu membuatkan dia tersentak dari lamunan. Nasib baik dia sudah lengkap bertudung. Sejak pemergian arwah Harith, Dian tetap menjaga auratnya walaupun berada di dalam rumah.
YOU ARE READING
C | Love, Aish Rayhan
Romansa1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...