Bab 68

2K 96 5
                                    

"Pul. Lepasni kita try budak course lain pulak lah. Aku tobat lah dengan geng geng Warda. Dulu arwah Yasir kena bantai, sekarang Wildan pulak. Uishh meremang bulu roma aku. Takut oii." adu Wan penuh semangat kepada Saiful semasa mereka sedang makan bersama di meja hasil dari Saiful beli nasi bungkus tadi.

"Garang lah bagus."

"Tapi dorang level menakutkan. Uihh tak mau weh."

"Tengok, kalau Yasir ada sini, dia setuju dengan aku tau. Kalau tak, takkan mungkin dia dengan Ain yang lagi singa dari antara singa tu."

*****

Kaklong parkir kereta di luar rumah, pabila dia masuk melalui pagar, langkahnya terhenti sebaik terlihat motor Hariz parkir di dalam rumah. "Alamak bila pulak dia balik ni. Habis lah aku." Kaklong mengundurkan kakinya perlahan untuk keluar dari pagar tanpa memberi bunyi yang kuat,

"Eh kak. Baru sampai dah nak balik?" tegur Hariz baru tiba dari belakang rumah barusan siram pokok bunga Puan Mariam. Nanti kena pekik kalau tak siram. Kaklong tak dapat berlari lagi.

"B selamatkan sayang b." masa ni baru nak minta tolong laki. Selama ni suka pergunakan laki dia. Hahahaha.

Kaklong toleh dan pandang Hariz dengan senyuman terpaksa. "Eh Riz bila balik."

"Eh aku memang balik setiap 2 minggu kau kenapa?"

"Ohh ye eh."

Dia ni macam takde apa je. Takde kot. Alya tak bagitahu kot. Gila nak bagitahu nanti kantoi juga lah dia tu curang. Ahh layan jelah.

"Aku nak masuk jumpa ummi." Kaklong berjalan pantas terus masuk ke dalam rumah untuk menemui Puan Mariam sekali gus melarikan diri dari bertemu Hariz atau bersemuka lagi. Takowd!

"Ummi!"

"Mommy!!" jerit Adam seronok terus peluk kaki kaklong. Kaklong tersenyum dan terus mencium Adam dan Idris yang memeluk dirinya. "Tunggu kejap tau. Mommy nak jumpa nenek."

"Haaa kenapa?" Puan Mariam di ruang tamu sedang melayan drama pun menoleh memandang kaklong yang seperti lari dari penjenayah je.

"Ummi. Riz ada cakap apa apa tak?"

Puan Mariam pulak takut tengok kaklong ni. Dia menggelengkan kepalanya, "kenapa?" Bila Puan Mariam menggeleng baru lah lega sedikit hatinya. Mungkin lah Alya tak mengadu apa-apa. Kalau mengadu pastinya sudah seperti hantu menyerangnya. Kaklong menekan dadanya untuk bernafas biasa.

"Kau kenapa? Eh aku sepak japgi." geram Puan Mariam kaklong masih tidak memberi jawapan kepadanya. Kaklong pandang ke arah pintu dahulu, Hariz ada masuk tak baru dia bagitahu,

"Kaklong serang Alya. Kaklong tampar dia sampai terduduk ummi."

"Hah?" terkejut suara Puan Mariam kuat dengan penjelasan Kaklong. "Eh kau dah gila? Aku suruh kau pergi tengok Alya, bukan tampar atau serang dia."

"Tapi ummi..."

"Kenapa mi? Asal jerit jerit." Hariz masuk ke dalam rumah terdengar pulak Puan Mariam jerit. Nasib tak dengar details lagi. Dia meletakkan penyiram air di tepi rak dah menghampiri mereka.

"Takde, kaklong cerita pasal nak beli karpet turkey." Tipu Puan Mariam tidak mahu Hariz terbau sebarang rancangan dia dan kaklong. Kaklong cuma diam tunduk takut.

"Mana ada turukey, mommy cakap dia tampar orang." Adam tiba-tiba menyampuk membuatkan situasi hening seketika. Hariz pandang Adam lalu pada Puan Mariam dan Kaklong. "Kau tampar siapa kak?"

Mati lah nak

******

Nombor telefon Puan Mariam berkali-kali didail. Alya nak call rindu anak-anak. Tapi dia tidak cukup kuat untuk bertemu anaknya apatah lagi jika Adam dan Idris tahu hakikat bahawa Ibunya pernah menduakan ayahnya di dalam hati. Segala gambar dan video puas dia tengok mengubat rindu.

"Ibu rindu Adam. Ibu rindu nak dengar Adam borak dengan ibu. Ibu nak dengar Adam report dekat ibu pasal adik. Baby ibu."

"Adik, ibu rindu bau masam susu adik. Adik dengar cakap abang tau. Jangan nakal. Jangan rosakkan tv nenek lagi."

Alya berhenti sebaik airmata mula menitis membasahi pipi. Meski ada kawan dia tidak terasa sepi, tetapi sebaik malam tiba? Masa itu lah dia kesepian dan terasa rindu.

"Aku rasa kita kena buat sesuatu lah. Kesian dia. Hari hari nangis rindu anak." cerita Warda sewaktu dia, Ain dan Alina melakukan meeting senyap senyap tergempar di lewat malam begini.

*****

"Kau balik sampai bila?" Soal Kaklong berdiri di sebelah Hariz yang sedang membuat susu untuk Idris petang itu.

"Aku cuti seminggu kak. Cuti midsem." balas Hariz biasa dengan reaksi yang biasa biasa saja. "kalau macam tu tengahari aku suruh Faiz hantar Nisha sini lah eh? Lusa aku kena pergi Kedah."

"Hantar aku kak. Aku ada friendly bola dekat Sintok."

"Tengok lah macam mana. Habistu balik?"

"Naik bas, tahu lah aku nanti."

Kaklong mengangguk-angguk saja.

*****

"Bila kau friendly?" tanya kaklong selepas drop Hariz di sebuah sekolah di Universiti di Sintok."

"Esok kot. Nanti pandai lah aku balik. Kau jangan risau lah."

"Okayy. Byee." Kaklong cuba berlaga pipi dengan Hariz, pantas ditolak kakaknya ke tepi. "Geli lah. Kalau Alya takpe lagi."

"Ohh kau, dengan aku tak nak. Dia kalau suruh kau makan taik pun kau makan kan."

"Dah balik balik."

*****

Kaklong berdiri di hadapan Saiful, Warda, Alina dan Ain dengan muka yang seperti tidak minat berbicara dengan mereka. Tapi katanya ada meeting tergempar. Jangan lah tanya di mana dapat nombor sesungguhnya Warda sangat arif mencari nombor kaklong di dalam telefon Alya.

"Haa korang nak apa?"

"Okay macam ni kak." Serentak Saiful dan Warda nak mulakan bicara. Saiful dan Warda langsung pandang sesama dan ketawa kecil. Ain dan Alina di tepi pandang menyampah, "ada kena siku kang." Bengang Ain berbisik ke Alina. Muka masing irritated dengan drama Saiful dan Warda.

"Okay lah awak dulu lah." Warda malu tersenyum tersipu malu. Saiful juga turut begitu sampai ke sudah tak siap. "Dah korang diam. biar aku cakap."

Ain yang terkenal dengan sifat baran terus menyuruh mereka berdua untuk berhenti jadi sweet. Biar dia saja explain, "macam ni kak."

"Saya Ain kawan kepada Alya merangkap housemate Alya." Ain mula memperkenalkan diri. Dia tunjuk pula pada Alina, "ni Alina juga housemate."

"Ni Warda juga housemate."

"Haaa ni bukan housemate, ni mintakakimate." sempat pula Ain bergurau kasar. Saiful dan Warda tampak terkejut, sementara Alina pulak ketawa kecil bersama Ain. Lawak Ain hanya laku pada Alina saja.

"Okayy next." Kaklong tampak tidak berminat dengan gurauan hambar mereka. Hambar saja semuanya. Kaklang memeluk tubuh dengan wajah yang serious.

"okayy macam ni kak. Sebenarnya..."

*bersambung....

Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita Where stories live. Discover now