Prolog

14 3 2
                                    

" CEPAT! BUNUH DIA! "

Xavier melirik tajam ke arah bangsawan di hadapannya, seketika senyuman sinisnya terukir. Ramai pengawal berlari ke arahnya dengan pistol di tangan mereka. Xavier menarik dan menghela nafas beratnya, sebelum mengurut dahinya dengan ketawa sinisnya." Sungguh, kau lebih bodoh kalau nak dibandingkan dengan semua ahli keluarga kau, Tengku Imran. " Xavier menarik pisau belati daripada sarungnya yang berada di peha lantas membalingnya ke arah Tengku Imran. Tanpa teragak-agak sekalipun. " Sebab kau tau kau akan mati jugak walaupun kau arah pengawal-pengawal kau untuk bunuh aku. "

" ARGH! " Tepat mengenai bahu kanan Tengku Imran, Xavier mula menyerang seluruh pengawal dengan keberanian yang dimiliki. Bunyi bilah yang menusuk ke dalam kulit dan isi manusia, erang demi erangan yang bergema. Darah mulai membasahi lantai dewan. Bau hanyir darah membuatkan Xavier berasa lebih bersemangat. " Lindungi Tengku! AKH─ " Nadi yang berada di leher pengawal tersebut dipotong kasar oleh Xavier. Tengku Imran terus jatuh terduduk ke lantai hanya menggeletar ketakutan. Bahu kanannya makin mengeluarkan darah setiap kali dia bergerak.

" A─ apa yang kau nakkan, Xavier? Isteri aku pun kaubunuh. Terangkan dekat aku, APA YANG KAU NAK?!" Tengku Imran hanya mampu meraung. Melihat semua pengawalnya terbaring kaku di atas lantai yang dipenuhi dengan bercak-bercak darah. Diri mereka dipenuhi dengan tikaman Xavier. Mereka mati kerana dirinya! Kedengaran ketawa Xavier bergema. " Aku? Aku nak keturunan kau hilang daripada muka bumi ni. " Xavier mula melutut. Dia memegang muka Tengku Imran kasar. Darah yang ada di tangannya mula mengotori wajah bersih sang Tengku. " I'm not breaking my last promise when I said I want to devour everything, from you. " Xavier senyum. " Ada kata-kata terakhir, yang mulia Tengku? " Tengku Imran hanya memejamkan kelopak matanya. Nafasnya seakan tersekat di tenggorokannya. Air mata ketakutan mula membasahi pipi. " Bunuhlah aku, Xavier. Bunuhlah aku demi kebaikan kau.. " Xavier hanya melirik tajam di wajah reda milik Tengku Imran. Senyumannya makin melebar. " Kau buat aku terharu, Tengku. " Dia membenamkan pisau belati ke dalam leher Tengku Imran sebelum melepaskan Tengku Imran jatuh ke lantai. Darahnya mengalir di atas lantai, Xavier hanya melihat ke arah tubuh Tengku Imran yang menggelupur di atas lantai sebelum berjalan keluar dari bilik tersebut.

Seketika kakinya melangkah ke ruang tamu, Xavier terdengar tangisan bayi di tingkat atas rumah agam tersebut. Xavier hanya diam lantas meluru ke arah suara tangisan tadi.

" Oh.. Aku ingatkan aku dah bunuh semua yang bernyawa. Rupa-rupanya ada lagi. " Xavier hanya menatap lama ke arah bayi perempuan yang sedang menangis di dalam katil bayi tersebut. Xavier menghela nafas beratnya. " Perlukah aku bunuh yang ni jugak? " Dia mengeluarkan pisau belatinya dan menghalakan hujung bilah pisau tersebut ke arah dada kiri bayi perempuan tersebut.

" Hmm.. Aku rasa tak perlu kot. " Xavier menyimpan kembali pisau belatinya dan mengangkat tubuh bayi tersebut ke dalam dukungannya. Xavier terus beredar dari tempat tersebut. Derapan kasutnya terhenti saat dia melirik ke dalam anak mata sang bayi sebelum dia menggenggam erat pisau belatinya yang disimpan tadi dan menusuk ke dalam dada kiri bayi tersebut. Tangisan kesakitan bergema sebelum akhirnya, segalanya sepi bak tidak berpenghuni.

𝕱𝖆𝖞𝖞𝖆𝖉𝖍 𝕬𝖉𝖗𝖎𝖆𝖓𝖓𝖊 (Fayyadh Adrianne)Where stories live. Discover now