"Nak tak kalau nanti bila kita dah besar, kita kahwin?"
Itulah pertanyaan yang selalu wanita itu bertanyakan kepada ku. Namun, tengoklah sekarang, kami sudah besar dan cukup umur untuk kahwin tapi dia...
"Tahniah atas perkahwinan awak, Mia." Semua orang mengucapkan tahniah kepadanya. Dia lah wanita yang sepatutnya aku kahwini. Dia telah mungkir janji nya sendiri untuk berkahwin denganku.
Dia meninggalkan aku yang tidak punya apa-apa dan lebih memilih yang berharta. Aku adalah lelaki yang bodoh sebab sentiasa mengatakan 'ya' kepadanya suatu ketika dahulu.
Kini barulah aku sedar bahawa cinta dia terhadap ku cuma sekadar main-main. Dia tidak cinta kepadaku sesungguhnya.
Biasalah, orang seperti aku ni, mana lah layak untuk hidup dengan wanita secantik dia. Aku berdiri di kawasan kerumunan orang, melihatnya dalam pakaian yang sangat mewah dan cantik.
Aku gembira untuknya. Tak perlu lagi dia bersusah payah hidup dengan lelaki yang kuat main game seperti ku, tidak kaya, tidak tahu memberi kasih sayang.
Matanya mencari-cari ku, sebelum dia sempat nampak diriku di kawasan kerumunan orang, aku pergi. Aku berjalan pergi dan aku tidak akan berpaling belakang. Aku janji, aku takkan jumpa dia lagi.
Aku tak boleh maafkan dia setelah dia tipu aku dan kikis harta aku. Aku masih tidak boleh maafkan untuk saat ini. Namun, apa yang aku harapkan, dia bahagia selamanya.
Itu saja.
Kalau tuhan mahu kembalikan dia kepadaku, aku takkan terima semula. Untuk apa dia dikembalikan ke hidupku? Dia sudah tinggalkan aku, aku juga tidak perlu terhegeh-hegeh menunggu dia kembali.
• • •
bersambung
YOU ARE READING
shy boy - [제이크] •Sim Jaeyun•
Fanfiction|| completed || "𝐉𝐚𝐤𝐞... 𝐂𝐚𝐧 𝐲𝐨𝐮 𝐣𝐮𝐬𝐭 𝐭𝐚𝐤𝐞 𝐢𝐭? 𝐈𝐟 𝐲𝐨𝐮 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐥𝐢𝐤𝐞 𝐢𝐭, 𝐭𝐡𝐚𝐭'𝐬 𝐨𝐤𝐚𝐲. 𝐉𝐮𝐬𝐭 𝐤𝐞𝐞𝐩 𝐢𝐭, 𝐝𝐨𝐧'𝐭 𝐠𝐢𝐯𝐞 𝐦𝐞 𝐛𝐚𝐜𝐤. 𝐏𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞..." Helen, wanita yang agak workaholic, optimistik...