Faiz di dalam kereta baru saja mengambil Nisha di rumah Puan Mariam. "Singgah dulu makan." pelawa Puan Mariam menyuruh Faiz untuk mengisi perut sebelum pulang tetapi sebaliknya, "takpelah ummi. Lauk semalam Hani dah masakkan."
Semalam? Kenapa lauk semalam nak makan harini?
"Daddy!" panggil Adam tercongok di pintu rumah dengan wajah yang suram. "Ye sayang kenapa?" Faiz menjawab setelah dipanggil Adam. Dia melontarkan senyuman hendak melangkah ke hadapan mendekati Adam.
" daddy cikgu ibu kan?"
Faiz terdiam dan terhenti langkah kakinya seketika seperti menghidu akan lanjutan soalan yang akan ditanya Adam. Dia masih melontarkan senyuman walau senyuman itu makin kelat. "Ye Adam kenapa?"
"Daddy bagitahu ibu, Adam rindu ibu boleh?"
Luluh hati nurani Faiz sebaik mendengar lanjutan ayat itu. Sebak di hati terasa seorang anak kecil meluahkan isi hati merindukan ibunya. Dia tidak mengerti apa-apa. Apatah lagi masalah yang dilalui Alya dan Hariz, yang dia tahu dia mahu ibu dan babanya lekas pulang mengubat kerinduan.
Faiz mendekati Adam terus memeluknya erat. Dia mencium ubun kepala Adam berkali-kali. Kasihan dengan nasib Adam. Dia anak kecil, tak seharusnya dia harus berfikiran begini. Matang saja cara percakapannya. Kalau anak lain pasti sudah nangis atau tantrum.
"Shhh sabar sikit je lagi. Nanti ibu balik okay?" Pujuk Faiz membisik di telinga Adam lagi. Adam mengangguk-angguk saja dan melontarkan senyuman pada Faiz seperti mempercayai kata-katanya. "Tapi nenek pun cakap, baba pun cakap. Tapi ibu tak tipon pun."
*****
Call dari suami tercinta membuatkan kaklong yang sedang berehat di bilik hotel terus bangun sebaik melihat call itu.
"Hii b." tegurnya.
"Hii sayang abang, how's everything?" kata Faiz tersengih sendiri sebaik mendapat call dari isteri tercinta.
"Dah tadi pagi jumpa client tu. Everything goes well je."
"B,"
"I miss youuuu."
"Alahh dah rindu abang ke? I miss you more baby."
"Tadi petang i met with alya's friends. Semua baik baik tapi hambar sikit."
"Then?"
"Dorang explain everything pasal hubungan Alya dengan tah mana mana lelaki tah tu. So basically Alya kawan je. But i really macam tak percaya b. Macam dorang nak back up je. Kawan kan mesti lah backup b."
"Sayang, tipu tak tipu belakang cerita. Yang penting kalau itu yang terbaik. Sayang nak ke adik sayang sampai bercerai hanya sebab alasan tak masuk akal."
Muka kaklong bertukar marah, pasti ada yang tak kena Faiz cakap sampai muka dia berubah begitu, "hello b, im not saying i nak adik i sampai bercerai-berai but hmm entah lah." Kaklong mula diam mungkin hilang kata-kata. Macam mengalah je tu.
"Haa tengok tu. Abang cakap sikit, awak bantah. How things gonna make up then?"
"Then you nak i buat apa b?"
"Do things sayang rasa terbaik. Adam dan Idris perlukan mak ayah dorang. Anak kecil macam tu sepatutnya tak patut dibiarkan dia macam tu. Dorang masih kecil tak mengerti apa-apa sayang."
*****
Malam itu, Alya terbangun walau hanya bunyi notification sahaja yang masuk. Betapa alert nya otak nak terus bangun. Matanya terkejut sebaik terlihat chat dari...
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...