Ainur menolong Nek Su menyiapkan kuih-muih untuk berbuka puasa. Suami dan anak kembarnya mengikuti Pak Su jalan2 keliling kampung. Itupun si kembar tu yang beria-ria nak jalan walaupun mereka puasa. Ibubapa mentuanya pula jalan ke pekan,sudah lama mereka tak pusing2 bandar kata mereka.
Tidak lama kemudian,Suaminya dan yang lain pulang. Kelihatan anak kembarnya sudah basah kuyup diikuti oleh suaminya dan Pak Su dipintu dapur.
"Ya Allah..kenapa basah2 ni?" Tanya Ainur Qalisha dengan riak terkejut.
Mereka yang lain hanya tersenyum macam kerang busuk sambil membuat peace.
"Kami mandi sungai tadi,dah lama tak mandi sungai. Lagipun si kembar ni haa yang teringin sangat nak rasa mandi air sungai" ujar Aiman panjang lebar sambil tersenyum memandang isterinya.
Ainur hanya menggelengkan kepala melihat gelagat suami dan anak kembarnya itu. Pak Su sudah lama menghilangkan diri ke tandas.
"Dah2 pergi tukar baju lepastu solat zuhur" arah Nek Su sambil menggoreng karipap. Lalu mereka menuju ke bilik air untuk menyalin pakaian. Ainur Qalisha membancuh air sirap di dalam Jug lalu diletakkan di dalam peti sejuk sementara belum masuk waktu berbuka.Pada petangnya,Aiman mengajak isteri ke pusat beli-belah untuk membeli barang masakan untuk menyambut hari raya pada hari esok. Anak kembarnya di rumah bersama yang lain. Kuih raya pula sudahpun dibuat oleh Nek Su sebelum mereka balik kampung lagi.
"Sayang,kita beli daging dengan ayam berapa kilo?" Tanya Aiman sambil matanya melilau memandang bahan basah yang berada di depannya.
"10kg la,mana tahu esok ada ramai tetamu yang datang" balas Ainur sambil membelek bawang dan rempah ratus. Aiman hanya menganggukkan kepala.
Usai membeli barang,mereka pulang ke rumah kerana Ainur tiba2 tidak sedap badan.Pada pukul 4 petang,Ainur menuju ke bilik mereka setelah Pak Su menyuruh Ainur memanggil Aiman didalam rumah.
Kelihatan Aiman sedang menonton TV bersama keluarga yang lain.
"Abang,Pak Su ajak pergi cari buluh buat masak lemang malam nanti. Abang pergilah ke depan,Pak Su dah tunggu" ujar Ainur sambil melabuhkan punggung disebelah anak kembarnya.
"Owh yelah,abang pergi dulu. Daddy taknak ikut?" Tanya Aiman kepada ayahnya.
"Hah boleh juga,dah lama tak merasa cari buluh buat masak lemang ni lepas pindah KL" jawap Tengku Amir kepada anaknya lalu mereka berjalan beriringan menuju ke depan rumah. Yang lain hanya tersenyum melihat mereka anak-beranak itu.****
Suara takbir bergema pada malam itu,seluruh keluarga Aiman dan Ainur berkumpul di halaman rumah. Ainur memasak rendang daging manakala ibu mertuanya pula menolong Nek Su membuat ketupat di pangkin. Suaminya dan Pak Su sedang membakar lemang tidak jauh dari mereka. Si kembar pula sibuk bermain bunga api dengan anak2 jiran sebelah.
Gembira sungguh dapat beraya di kampung Tok Moyang mereka.Usai menyiapkan kerja memasak,mereka berehat di bilik masing2 manakala anak kembar mereka tidur dengan Pak Su Ainur. Aiman membaringkan tubuhnya di sebelah isterinya lalu memeluk pinggang Ainur.
"Abang dah nak tidur ke?" Tanya
Ainur kepada suaminya.
"Ye sayang..kenapa? Nak manja2 dengan abang ekk?" Tanya Aiman sambil tertawa kecil sambil mencium dahi isterinya sekilas.
"Ish abang ni kesitu pulak..sayang teringinlah nak makan nasi goreng yang abang masaklah..boleh tak" tanya Ainur sambil menayangkan wajah comel dengan melekapkan kedua-dua tangannya.
"Dah malam ni sayang..tidurlah esok dah raya kena bangun awal" balas Aiman sambil berpura-pura tidur.
"Hmm abang dah tak sayang Ain dah ke?" Ujar Ainur sambil menahan airmatanya dari mengalir. Dia meregangkan pelukan Aiman. Dia keluar dari bilik itu dan menuju ke dapur.
Aiman segera mengejar langkah Ainur yang sedang berjalan menuju ke dapur itu. Tubuh Ainur segera ditarik lalu dipeluk dari belakang.
"Alolo merajuk pula isteri abang ni..gurau sikit pun nak marah" ujar Aiman sambil mencubit manja pipi tembam isterinya itu.
"Abang tu la,dah tak sayang Ain" balas Ainur dengan wajah cemberut. Masih berkecil hati dengan Aiman.
"Abang sayang la..abang gurau je. Dahlah,sayang duduk biar chef hensem ni yang masak ok?" Aiman menyuruh Ainur duduk di kerusi manakala dia menuju ke peti ais untuk mengambil bahan2 memasak nasi goreng. Ainur hanya memerhatikan suaminya yang memasak itu. Terbit rasa kasihan dengan suaminya. Dia mengidam nak makan nasi goreng yang dimasak oleh suaminya.
"Kesian papa baby,dia sanggup tahan mengantuk demi mama" desis Ainur dalam hati. Dia sudah mengandung 3 minggu namun dia belum memberitahu suami dan keluarga mereka. Dia menunggu pagi raya baru dia memberitahu kepada suami dan keluarga mereka. Tidak lama kemudian,Aiman meletakkan sepinggan nasi goreng dihadapan Ainur.
"Ok dah siap..sayang makan la" ujar Aiman lalu melabuhkan punggung di kerusi bersebelahan dengan isterinya.
"Terima kasih abang..maaf sebab dah susahkan abang" balas Ainur dengan rasa bersalah.
"Sama-sama sayang..takpe apa2 je sayang nak abang sanggup buat. Yang penting sayang sentiasa disisi abang sampai bila-bila..okey?" balas Aiman sambil mengusap kepala isterinya dengan penuh rasa kasih sayang. Ainur hanya mengangguk perlahan.
Ainur menangis kerana terharu mendengar ucapan suaminya itu.
"Terima kasih abang" ujar Ainur lalu memeluk tubuh Aiman.
"Dahlah jangan sedih2,sayang makanlah nanti sejuk pula nasi goreng tu" Aiman mengusap airmata isterinya lalu dia mengambil sudu dan mencedok nasi goreng itu. Dia menyuap Ainur sambil tersenyum.
YOU ARE READING
I Love You Gadis Kampung
Romance[COMPLETE] Ainur Qalisha merupakan gadis kampung yang tinggal bersama neneknya. Namun selepas kemunculan Tengku Aiman Qalish telah mengubah hidupnya seratus peratus kerana mereka dikahwinkan atas dasar wasiat arwah Tengku Haris iaitu datuk kepada Te...