Final Chapter | LAR

64.3K 2.7K 1.6K
                                    

ORANG ramai mula berpusu-pusu menghampiri mayat itu akibat rasa ingin tahu yang kuat. Ada juga beberapa orang manusia yang menangkap gambar ketika itu.

"Macam mana boleh terjadi ni?" soal seorang ahli polis kepada saksi kejadian itu.

"Tadi saya melintas jalan ni. Lepas tu saya tengok ada seorang lelaki yang berdiri macam nak melompat. Jadi, saya hentikan kereta dan berlari nak halang dia tapi tak sempat. Dia lebih pantas terjun ke dalam sungai. Saya tak dapat nak selamatkan dia sebab saya tak pandai berenang. Disebabkan tu saya call pihak bomba tapi bila bomba sampai, mangsa dah lemas." 

"Jadi ni adalah kes bunuh diri?" teka polis itu.

Wanita itu hanya mengangguk. Dia turut takut kerana telah menyaksikan kes bunuh diri itu. Semakin lebat air mata Nayra mengalir apabila mendengar perbualan mereka.

Dunia Nayra terasa hancur dan gelap. Takkanlah suaminya itu pergi tanpa berpamitan dan hilang bagaikan ditelan samudera? Takkanlah Aish benar-benar mengalah hidup sehinggakan membunuh dirinya? Lalu bagaimana mereka boleh berjumpa di alam sana nanti kalau pengakhiran Aish dalam keadaan ini?

"Jangan tinggalkan abang tau. Abang sanggup mati dulu sebelum sayang."

Nayra menggelengkan kepalanya apabila teringat ucapan Aish itu.

"Jangan cakap macam tu. Biar abang yang mati dulu.."

Tak. Bukan macam ni caranya, Aish.

Mayat itu pun diangkat lalu dimasukkan ke dalam van jenazah yang baru tiba. Nayra berundur beberapa langkah. Dia hanya mampu memandang dari jauh. Dia tidak ingin menghampiri mayat itu kerana dia tidak ingin melihat wajah mayat tersebut. Dia yakin itu bukan suaminya. Dia percaya Aish tidak akan melakukan perkara terlarang itu.

Lutut Nayra mula terasa lemah, hampir saja dia jatuh terduduk di atas jalan raya namun ada seseorang yang menyambut badannya. Nayra menoleh ke belakangnya dan matanya pun bertembung dengan mata lelaki itu.

Semakin lebat air mata Nayra mengalir ketika itu. Jelas terpancar riak risau di wajah lelaki itu. Dia juga memegang teguh kedua belah bahu Nayra agar Nayra tidak terjatuh.

"Aish?" soal Nayra dengan suara yang bergetar.

Nayra berdiri tegak menghadap Aish lalu dia memegang kedua belah pipi suaminya itu dengan tatapan sayunya. Dia turut membelek-belek badan Aish bagi memastikan suaminya itu tidak cedera.

"Kenapa ni sayang hm?" soal Aish agak risau.

"Abang Ais!" Tubuh Aish seeratnya dengan tangan yang menggeletar. Dia terlalu takut.

Nayra menangis teresak-esak di dalam pelukan Aish.Dia merasa lega kerana mayat itu bukan mayat suaminya.Salah sendiri lah sebab terlampau berpikiran negatif,kan dah kena prank dengan otak sendiri.

"Kenapa ni hm?" Belakang kepala Nayra diusap lembut. Aish masih kebingungan.

Hanya bunyi tangisan Nayra yang kedengaran. Aish hanya menenangkan isterinya itu walaupun dia tidak tahu alasan Nayra menangis. Setelah puas menangis, Nayra mengangkat wajahnya lalu menatap tajam wajah Aish.

"Abang pergi mana?! Kenapa tak balik rumah?!" Marah Nayra sambil menumbuk-numbuk dada suaminya itu akibat terlalu marah.

"Sorry sayang." Aish menangkap tangan Nayra lalu digenggam erat.

"Nayra pergi restoran abang tapi abang takda pun! Abang pergi mana?! Kenapa abang tak angkat call?!" soal Nayra masih dengan nada marahnya.

"Sorry sayang, abang pergi rumah arwah Rith tadi. Parents dia suruh abang singgah sana. Lupa nak bagitahu sayang tadi," ujar Aish mula serba salah. Tak hairanlah isterinya itu risau.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now