Bab 71

2.9K 116 9
                                    

Separuh masa kedua dimulai tak lama itu, walau di sekitarnya bersorak untuk pasukan lawan Hariz. Alya tetap menjerit nama universiti Hariz dalam kemeriahan ultras berbunyi.

Entah setan malang apa dah keluar dari tubuh Hariz, dia yang pada mulanya muka tension asyik nak menjeling orang saja lepastu sepak semua serba tak kena kini lebih tersenyum dan banyak membantu rakan sepasukannya sebagai right wing.

"Amir! Pass aku!" jerit Hariz kearah Amir, kawan sepasukannya. Amir memandang sekeliling seperti tidak mempercayai Hariz. Seperti nak pass pada orang lain, "cepat mir"

Takde pilihan lain selain Hariz saja disitu yang berdekatan. Pasukan lawan pulak ganas ganas belaka, tunggu peluang nak gelecek. Sebaik Amir pass bola kepada Hariz. Hariz membawa bola itu laju sehingga pihak lawan tidak dapat menggelecek kaki Hariz. Tendangan terakhir akhir mengena kepada striker pasukannya dan

Goal!!!!!!

Mereka bersorak kegembiraan meraikan goal pertama. Walau ini goal pertama untuk universiti Hariz. Itu yang membuatkan mereka gembira setidaknya takdelah pulang dengan malu.

Alya melompat kegirangan di tempat duduk penonton. Penonton lain yang menyebelahi pihak lawan memandang Alya atas bawah, Sudah lah duduk di seat pasukan lawan. Alya langsung tidak mengendahkan mereka semua.

Perlawanan friendly bola antara universiti Hariz dan Universiti Sintok menemui pengakhiran dengan 1 goal dari universiti Hariz dan 2 goal dari universiti sintok. Kemenangan itu kemenangan bermaruah, tidak bawak telur semata pulang ke Tanjung Malim.

Hariz mendekati Alya, "bagi abang tukar baju kejap. Nanti kejap lagi abang datang dekat Ya. Ya parking mana?"

"Takpe, Ya tunggu sini. Nanti abang dah siap abang datang sini balik tau." Alya mengusap manja pipi Hariz yang sedikit berpeluh. Jangan kata pipi, rambut pun basah. Kalau dah kata cinta, apa pun boleh jadi. Hahaha.

*****

Hariz masuk ke dalam bilik persalinan dengan senyuman yang paling mekar. Berbeza berbanding tadi yang mukanya masam mencuka. Kini asyik asyik gelak, tak gelak senyum.

"Okayy good job semua. Korang dah buat paling boek punya. Takpe kita bagi chance dekat dorang sebab ni pun U dorang. Nanti risau kita menang kita yang tak boleh balik nanti kang. Nanti next time kita boleh tuntut kemenangan yeah." Semua bersorak gembira melihat wajah coach sepertinya berpuas hati dengan performance mereka malam ni.

Coach Ismadi memandang Hariz, semua terdiam. Apalah nasib Hariz lepasni. "Kalau takde abang poyo ni. Takde goal kita. Tahniah." Coach Ismadi menghulurkan tangan untuk bersalam. Hariz yang pada mulanya terkejut mulai tersenyum, bangun dan menyambut huluran coach Ismadi. "Yes!!!"

"Lain kali bawak muse tu lagi. Senang kau nak perform." Sempat coach ismadi bergurau hambar sebelum beredar dari situ.

"Muse?"

"Tu siapa tadi? Awek ke?" soal badrul, rakan sepasukan bola Hariz. Hariz  yang sedang mengemas membuka baju baju bolanya pun menoleh "hah? Eh takdelah."

Badrul mencuit Amir dan Mus, "tak mengaku pulak. Dah peluk peluk situ. Tak mengaku pulak." Mereka ketawa kecil bersama-sama. Hariz pun turut jua ketawa.

"Tak lah, tu bukan awek aku. Tu bini aku." Hariz mengelip mata kepada mereka dan mencapai tuala lantas pergi keluar dari bilik persalinan itu meninggalkan rakan-rakannya yang lain tercengang. "Serious ahh?"

"Apa pulak. Betul lah. Dua dah anak dia." Farid pulak menyampuk tersenyum dan mengikuti langkah Hariz. Mereka bertiga pun diam dan...

"macam best je kahwin."

Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita Where stories live. Discover now