P R O L O G

2 0 0
                                    

 Hai, Assalamualaikum! Nama saya At - tha - hi - rah , saya berumur 18 tahun dan ini karya pertama saya . :) 

First sekali, inspirasi untuk membuahkan cerita ini ketika saya sedang duduk di musolla semasa zaman persekolahan dulu. Asalnya saya memang tak berniat untuk tulis cerita ni, tapi keinginan untuk menulis karya tiba2 membuak-buak jadi ini adalah usaha pertama saya. 

Saya mungkin akan lambat update tapi sy boleh janjikan kepada para pembaca yang cerita ni TAK CLICHEEE! 

sekian, enjoy! 

***********************************************************************************************

Ingatan mengimbau kenangan

Walau ingatan tak ku fahami

Ingatan menjadi teman

Ketika kau tiada lagi 

" Memori tercipta seawal manusia dilahirkan "

Kehidupan setiap manusia bermula dengan kegelapan. Saat mata tertutup, tiada apa yang dapat dilihat. Hanya kelam, sebuah kekosongan yang tiada penghujung. Ketika mata dibuka, kelihatan merah darah mengalir di sekeliling tubuh. Aliran yang mempesona ibarat belaian seorang ibu untuk menenangkan anaknya. Sekali sekala kelihatan buih-buih kecil mengalir keluar masuk dari tubuh, melalui apa yang dilihat seperti salur yang kemudian bersambung pada segumpalan tisu. Kemudian, mata ditutup kembali. Kegelapan datang membuai tubuh si kecil ini, sehingga satu masa, cahaya akan mengganti.



Kegelapan itu dinikmati dengan lena oleh sepasang nyawa.

"Sepasang..?" tanya seorang wanita dalam lingkungan 30-an. Wajahnya kebingungan sambil mengusap-usap perut yang semakin sarat.

" Betul, puan. Kandungan puan adalah kembar. Risiko untuk puan melahirkan anak-anak puan amat tinggi kerana puan telah didiagnosis dengan pre-eclampsia. Kami bimbang pendarahan yang serius akan berlaku semasa kelahiran." terang doktor berhati-hati. Sudah menjadi tugasnya untuk mengingatkan ibu mengandung mengenai komplikasi yang bakal dihadapi oleh mereka ketika melahirkan anak.

Wanita yang di hadapan doktor itu meruap mukanya kerisauan. Dia tidak mahu anaknya lenyap dari muka bumi hanya kerana kelemahan dirinya. Bayi di dalam kandungan ini amat berharga. Ketika berhadapan dengan keputusan yang sukar seperti ini, wanita tersebut ,tidak dapat tidak mengharapkan kudrat yang dimilikinya dahulu, sang memori yang sepatutnya terkubur tidak bergali lagi.

.........

Bermulanya kehidupan khalifah di muka bumi ini dengan satu tangisan. Kesedihan yang membaluti jiwa yang masih muda tidak dapat digambarkan, hanya esakan tangisan yang memecah keheningan hospital dapat diperdengarkan. Kali ini, mata terbuka sekali lagi. Seorang wanita yang lemah longlai erat memegang si pemilik mata. Ternyata wanita itu juga turut berkongsi tangisan yang sama. Manik-manik kecil menghiasi wajah wanita tersebut.

Allahuakbar ! Allahuakbar !

Telinga si pemilik mata berdengung mendengar seruan Ilahi, kalimah-kalimah asing itu meredakan tangisannya , menjemput suatu rasa kehambaan kepada pemilik alam cakerawala. 

Manusia diberikan suatu nikmat. Kealpaan. Kerana cinta dunia, manusia lupa akan cinta Yang Esa. Manusia lupa akan kesedihan ketika memasuki alam ini , seperti tangisan yang sudah reda, memori juga tidak kekal lama.  

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 16, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

M E M O R IWhere stories live. Discover now