"nak hujan dah ke?" ucap seorang gadis yang sedang berdiri dihadapan sebuah klinik.
Tangan kirinya erat memegang sebuah beg plastik. Manakala tangan kanannya pula memegang sebuah telefon pintar.
Jari gadis itu pantas mendail di atas screen telefon. Setelah dia mendail sebuah nombor, segera dia menarik nafasnya. Muka yang muram tadi bertukar menjadi tenang dan diserikan lagi dengan sebuah senyuman nipis dibibirnya.
"awak-" belum sempat si gadis menghabiskan ayatnya, si penjawab pantas memotong.
"Kau ni memang tak faham bahasa ek pompuan?! Kau nak apa lagi ni? Kau tau tak aku tengah busy."
Tidak terkata gadis itu setelah dirinya ditengking. Ekspresi gadis itu mempamerkan wajah tenang, bagai dirinya sudah biasa akan tengkingan lelaki tadi. Senyuman pahit diukir dibibir sebelum menyahut lelaki yang berada ditalian.
"Awak memang tak dapat ambil saya ke? Walaupun sekejap je? lagipun
sekarang ni hujan la awak, saya dah basah sebab tak ada bawak payung. Takkan awak tak dapat-""Aku memang tak dapat nak jemput kau. Yang kau terhegeh sangat nak pergi clinic tu seorang-seorang dah kenapa? Esok dpt kan? Aku tengah jaga Selene sekarang ni, dia demam. So kau balik je ikut teksi ke grab ke. Dah-dah, kau dah besar dah pandai jaga diri kan? So just do it your fucking self"
Beeeeeeeeep...
Panggilan dimatikan.
Gadis itu merenung skrin telefon pintarnya, jam tepat menunjukkan pukul 10.40 malam. Lalu dia melepaskan sebuah keluhan berat. Kini dia berseorangan pada waktu lewat malam.
Malam yang sunyi itu hanya bunyi rintisan hujan sahaja yang dapat didengari. Serta angin malam yang sepoi-sepoi.
Muka gadis itu berubah menjadi lebih pucat akibat hujan yang membasahi dirinya. Pergerakan badannya kini menjadi tidak stabil.
Bebola matanya kini melirik ke arah bus stop yang berada di seberang jalan raya di hadapannya. Nak tak nak, dia perlu berteduh dan bus stop yang berada di seberang itu adalah satu-satunya tempat teduh yang dekat dengannya.
Beg plastik yang dipenuhi ubat-ubatan itu digenggam kuat.
Hujan yang rintis-rintis kini menjadi lebat. Dengan segera si gadis melangkah untuk menuju ke jalan raya tersebut. Sebelum itu, dia menghentikan langkahnya seketika. Jalan raya yang kosong itu pandangnya.
"memang hidup aku ditakdirkan macam ni ke?" kata gadis itu.
"aku nak hidup"
"aku nak bahagia"
Air matanya mula mengalir deras membasahi pipi pucatnya. Tangannya digenggam kuat.
"Hayes, kenapa you tak boleh nak sayangkan I? I just nak you layan I je, and bagi I perhatian walau sedikit sekali pun I tak kisah" esaknya. Air matanya kini semakin deras mengalir.
Badan si gadis mula menggigil akibat angin sejuk dan hujan yang semakin lebat.
"mama,papa, Along and Deana. Darya maafkan kau orang semua. Lagipun Darya dah tak banyak masa" ucapnya dengan sebak di dada.
"Darya akan mati. Darya sakit ma, tapi kalau pemergian Darya boleh puaskan hati mama ngan Deana. Darya redha."
Darya mula mengukir sebuah senyuman nipis. Senyuman yang memberi seribu makna itu menyinari malam yang gelap.
"Darya Amara..."
gumamnya seorang diri sebelum Darya melihat ke sebuah jalan raya besar dihadapannya."Bila aku nak jumpa kebahagiaan aku?"
katanya sambil kaki melangkah berjalan menuju ke jalan raya tersebut.
Kakinya melangkah perlahan-lahan.
"Bila orang yang aku sayang, sayangkan aku balik?"
dua langkah.
"Tengku Shah Hayyes, I want to hear you to say how much you love me"
3 langkah...
"I want to live"
Dan langkah 'terakhir' Darya terhenti apabila sebuah kereta Mercedes Benz memecut laju menuju ke arahnya.
Kini mata Darya disinari oleh cahaya lampu kereta tersebut. Dengan hujan lebat menuruni yang membasahi wajah pucatnya.
Masa seolah-olah terhenti seketika.
"This world is too cruel" kata Darya perlahan sambil tersenyum lebar."And unfair"
'Beeeeeppppppppppp'
Skritttt!❧ ❧ ❧ ❧ ❧ ❧ ❋ ❧ ❧ ❧ ❧ ❧ ❧
Mempersembahkan...
Her last wishes karya Cottoncandy
◦
•
·𝓣𝓮𝓷𝓰𝓴𝓾 𝓢𝓱𝓪𝓱 𝓗𝓪𝔂𝔂𝓮𝓼
𝒳
𝓓𝓪𝓻𝔂𝓪 𝓐𝓶𝓪𝓻𝓪
·
•
◦
➺❧➺Darya Amara❧
➺Tengku Shah Hayyes❧
YOU ARE READING
𝐇𝐞𝐫 𝐥𝐚𝐬𝐭 𝐰𝐢𝐬𝐡𝐞𝐬
RomanceFirst vol under 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥𝐬 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [Not all love story is perfect like that damn fairy tales books] Tengku Shah Hayyes- Bakal CEO H.R company yang amat terkenal dengan sifatnya yang selalu keluar masuk kelab malam, kaki perempuan...