"ehh ni tudung ke? Ehh haah lah bawal." tambah Alya lagi selepas membelek-belek kain dari plastik itu. Dia memandang Hariz, "haah tudung. Ambik lah." beritahu Hariz dengan reaksi muka yang biasa saja.
"Abang nak Ya pakai tudung ke?" teka Alya pandang tudung itu lalu pada Hariz. Hariz pula sebaik terdengarkan anggapan mengarut Alya memandangnya sekilas. Dia terus meramas rambut Alya bagi nampak bersepah konon nak menunjukkan isyarat Alya berkata sesuatu mengarut.
"Abang jangan lah. Ishh." Alya mula seperti nak marah bila diperlakukan begitu. Hariz ketawa kecil melihat muka marah Alya. Comel lah tu.
"Takdelah Ya, dekat depan homestay tempat abang menginap semalam ada pasar malam. Abang jalan jalan terjumpa tudung tu. Tah tak tahu asal menarik pulak tengok, abang bayang lah awak pakai. Mesti cantik. Itu yang abang beli. Paham?" sengaja paham tu ditekankan konon nak suruh Alya dengar dan faham betul-betul maksudnya.
Selepas mendengar penjelasan itu, Alya membelek tudung itu lagi. Cubalah memperagakan tudung itu di mukanya lalu ditunjukkan pula pada Hariz. "Cantik tak?"
Bukan main dekat dia menunjuk ke arah Hariz. Hariz ketawa memandang gelagatnya langsung berkata, "walaupun kereta ni gelap, tapi tengok Ya pakai tudung. Pehh macam bersinar dalam kereta ni dibuatnya." sempat pulak Hariz ber-pickupline dengan Alya. Alya ketawa girang dengan pickupline itu. Seronok agaknya dipuji begitu.
Alya membuka kembali tudung itu melipatnya kembali masuk ke dalam plastik. "Tapi kan.." Alya diam seketika. "abang sebenarnya kan, abang marah tak Ya tak pakai tudung. Yelahh dosa Ya pun terpalit dekat abang juga. Abang marah tak?"
"Dah jangan nak mengarut. Abang beli tudung bukan sebab nak perli." Hariz menidakkan lagi. Aish tiber rasa bersalah pulak bila Alya sudah berfikiran begitu. "Tak. Ya tanya je. Okay abang jujur je. Ya janji Ya faham."
Hariz diam seketika, "kalau nak kata pakai tudung tu mesti lah abang suka, nampak sopan je. Tapi abang bagi ruang dekat Ya, kalau Ya belum bersedia inshaAllah abang faham. Abang tak nak paksa Ya. Biar benda tu lahir dari hati Ya. Jangan pakai tudung sebab tertekan dengan paksaan orang sekeliling. Janji..." Hariz berhenti seketika kerana terbatuk. Barangkali tekak terasa gatal mungkin.
"Bak air Ya." Hariz meminta Alya menghulurkan botol airnya di seat belakang. Alya terus mencapainya dan membantu Hariz untuk minum sementara Hariz sedang memandu. "Okay tak?" Alya mengurut dada Hariz supaya kurang sedikit batuknya. Mukanya tampak risau. Kemahin.
Hariz menarik tangan Alya ke mulutnya lantas terus mencium tangan itu. "Okay dah sihat dah." sempat lagi dia berjenaka begitu. Alya yang tadinya muka seperti risau memberi pandangan maut terus menolak kepala Hariz tidak mahu melayani perangai sewel Hariz.
"Dah lah drive jelahh."
"Alaaaa..alaaa..."
"Ala ala apa? Nak kena ke?" suara Alya kasar bunyinya memarahi Hariz yang tiba-tiba bersuara manja kalah Adam atau Idris. Lain semacam manjanya. "Nak! Kita nak kena. Lama tak kena dengan awak." Hariz tersenyum gatal sempat mengelip mata ke arah Alya. Alya tidak melayan pun Hariz, dia ni nak drive ke nak manja.
Alya kembali bermain handphone di tangannya, Hariz pula nampak saja tingkah laku Alya yang hendak bermain handphone dan mengabaikan dia terus menarik handphone itu dari tangan Alya lembut. "Borak dengan abang, radio tak best lah." Dipegang tangan Alya dah digosok ke pipinya yang berjambang sedikit.
Alya tak dapat menahan betapa blushingnya ketika itu. Hariz jarang main love language begini. Dia pandang saja Hariz melakukan begitu, ada terkadang itu dia menyelak rambut Hariz yang panjang ke belakang sedikit. "Abang tak potong rambut ke? Jambang pun panjang."
"Ya takde. Siapa nak cukurkan jambang abang?"
"Mengada eh."
*****
Hani melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan gelap gelita, dan dia pula baru pulang dari Kedah lewat malam begitu. Pastinya Faiz dan Nisha sudah tidur di atas. Kaklong masuk ke dalam bilik dan terlihat benarlah Nisha dan Faiz sedang tidur lena di katil.
Kaklong mendekati Nisha berhasrat hendak mencium anaknya, baru saja hendak merapati muka anaknya, "you baru balik mandi dulu. Tak elok balik terus cium anak." suara Faiz menjelma. Terbantut segala yang dihajati, kaklong dengan muka bengang bangun dari katil terus berada di depan cermin menanggal tudung dan segala yang atas pada dia lalu berkata, "orang baru balik dari jauh bukan nak kata rindu. Balik balik suruh mandi. Kalau tahu kena macam ni baik balik esok pagi je." bebel lah Kaklong di setiap detik itu.
Faiz bangun dan tersandar pada birai katil mendengar bebelan itu langsung tersenyum, "haa betul lah ni isteri saya balik. Ghisau kalau dah lewat macam ni takut benda tu, tapi dah elok bebel ni. Isteri saya lah ni." Faiz berkata sendiri cuba bergurau mengambil hati kaklong. Kaklong sebaliknya memandang dia dengan pandangan maut seperti nak telan orang.
"You jangan sampai i jerit satu rumah biar sampai jiran dengar kang."
"Jerit lah." Faiz menggosok mata seperti tidak mengendahkan langsung dengan ugutan kaklong. Kaklong yang mulai takut Faiz tidak takut dengannya, tak seperti dulu apa pun dituruti. Makin ligat ye mamat ni sekarang.
Kaklong yang bengang terus menghentak kaki protes sambil muka terpancar wajah bengang + nak bermanja. Faiz pandang dengan pandangan biasa. "B!!" suara kaklong keras nak memarahi suaminya.
"You nak datang dekat i ke datang dekat you?" Faiz membuka tangan seperti hendak memeluk. Kaklong terus merengek seperti budak kecil datang kepada Faiz dan terus memeluknya erat. "Miss you b".
"Miss you more sayang."
Dah macam Hariz Alya deme ni! Haha.
"Today i made Alya come to Hariz's friendly football in Sintok. I tak kesah dia nak datang dengan apa pun, but i give them a chance." cerita kaklong dengan gembira sekali. Faiz terkejut mendengarnya terus menghadiahkan kaklong satu ciuman di pipi, "sebab tu i kahwin dengan you. I buat pilihan betul kahwin dengan Nur Hani Iskandar binti Abu Hurairah." Faiz berbangga diri berkata begitu. Kaklong ketawa saja mendengarnya.
*****
Ketukan di pintu depan berkali-kali memaksa juga lah Puan Mariam yang sakit lutut untuk bangun dan pergi membukanya. "Haihh lah."
Hariz muncul di muka pintu dengan senyuman yang mekar. "Ummi ku." Hariz terus memeluk Puan Mariam erat entah setan apa merasukinya, sampai dia peluk Puan Mariam begitu. Puan Mariam yang geli melihatnya, "kau ni kenapa? Ishh rimas lah ummi."
"Alaaa nak peluk je." Hariz meleraikan pelukannya dan memandang ke arah ruang tamu. Hariz terpandang Adam sedang bermain telefon, ni mesti Puan Mariam bagi dia telefon ni. "Aik Adam tak tidur lagi mi?"
"Tak, dia kata nak tunggu ibu dia call. Penat lah ummi tahan. Kesian. Ummi call je lah eh?"
Tanpa menjawab soalan Puan Mariam, Hariz terus berjalan ke arah Adam untuk mendapatkannya, "Hii Adam." tegur Hariz ingin mencium Adam, "babaa!!" Adam terkejut dan terus memeluk Hariz erat macam dah seribu tahun tak jumpa. Puan Mariam cuba hendak menutup pintu tetapi sebuah tangan menghalangnya, bila dilihat Alya di hadapan pintu.
"Assalammualaikum Ummi." tegur Alya terud menyalam Puan Mariam. Puan Mariam tercengang melihat Alya disitu, Adam pula sebaik melihat ibunya di muka pintu terus dia meleraikan pelukan babanya dan berlari ke arah Alya sambil menjerit,
"Ibu!!!!!!"
*bersambung...
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
RandomSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...