15

724 70 3
                                    

Kehulur kehilir Hans berjalan cuba mencari idea. Tapi hampa. Haydar di depannya sudah bercekak pinggan memandang abangnya itu. Lantas satu keluhan dilepasnya.

"Kau ni chill sikit boleh tak? Cuba bawa bertenang sikit." Tahap kesabaran Haydar sudah tidak tertahan lagi. Boleh pening kepala tengok Hans macam orang nak jawab SPM.

"Macam mana aku nak bertenang weh. Ini pasal masa depan aku. Kau sendiri tahu aku dah cinta mati dengan dia kan. What if dia reject aku?" Dalam fikirannya banyak negatif dari positifnya. Overthinking lagi!

"Ye! Tapi masalah sekarang ni, why out of sudden kau tak confident ni? Bukan sebelum ni kau yakin ke dia suka kau balik. Plus, aku tengok kan dia pun angau dengan kau gak."

"Serious lah? Okay, kalau macam tu fine. Tapi macam mana aku nak lamar dia?"

"Bro! Sekarang zaman teknologi moden canggih manggih semua tau. Apa function google kalau tak guna bro!"

Laju Hans mengangguk, bersetuju dengan adiknya. Lantas aplikasi google dibukanya.

Cara melamar simple tapi sweet.

Berbagai website dibukanya. Satu senyuman terukir di wajah kacaknya itu. Okay! Mesti jadi punya kali ni, tengok kaki lah, ini Hans kot! Buat apa nak takut bestie!

Dengan lafaz bismillah, aku...

Hans memandang wajah bersih milik Tia. Air liur ditelan, entah kenapa rasa getar mula menguasai dirinya. Belum pernah lagi dia merasakan perasaan itu. Semua video dan maklumat yang diperolehnya dari google cuba diingatnya.

Tapi hampa.

Tak pernah lagi dia lupa secepat itu. Apa jenis bala pula lah dia terima masa ini, dah lah tengah saat getir ni berhadapan dengan kekasih hati.

Hans meraup kasar rambutnya sebelum menarik nafas dalam-dalam sebelum berkata,

"Aku tak reti nak melamar macam hero yang lain. Jom kahwin?"

Terkebil-kebil mata Tia mendengar sesi melamar tak berapa nak romantik Hans. Kening Tia terangkat-angkat menunggu Hans meneruskan ayatnya tapi hampa.

Sepi menemani mereka ketika itu. Itu je? Tak ada nak tambah lagi? Ini level pemalas nak melamar ke apa bro?

Lelaki itu pula masih setia menunggu jawapan dari Tia. Walaupun dari riak wajahnya tenang, tapi berbeza jantungnya yang berdetak dengan kelajuan cahaya (okay over)

Tia melepaskan keluhan panjang sebelum berpeluk tubuh memandang gerangan lelaki di depannya itu.

"That's all? Itu je master nak cakap? Tak sweet langsung!" Satu jelingan diberikannya pada Hans. Cubalah jadi sweet sikit macam Hilman Ukasyah ke apa!

"Aku kan dah cakap aku tak reti nak sweet semua ni, so... kau tak nak kahwin dengan aku ke?" Dahi berkerut usai berkata itu. What if Tia tak nak kahwin dengan dia! Oh no man!

"Siapa cakap tak nak? Saya nak tapi... okay! Jom!" Lantas lengan Hans ditariknya bersama.

"Nak pergi mana?" Berkerut dahi Hans apabila tangannya ditarik kasar oleh buah hati. Suka memanglah suka, tapi ganas betul minah tu. Ini semua penangan belajar taekwondo tak lama tu ke?

Kalau lama macam mana? Mahu berlebam badan si Hans. Berlebam sebab bergusti eh, bukan sebab lain tau!

"Kahwin lah." Ringkas jawapan Tia. Yelah tadi cakap nak kahwin?

"What?!" Hans mengorek telinganya, betul ke apa dia dengar? Kahwin sekarang ke? Biar betul ni!

"Bagitahu parents kita lah. Tak kan lah nak terus kahwin tanpa pengetahuan semua kan?" Tia cuba menerangkan semuanya.

Hans tersenyum nipis mendengar. Dia ingatkan Tia kurang faham akan hal seperti ini, tapi rupanya dia lebih dari yang dijangka. Rasa bangga mula terdetik dalam dirinya.

Bakal isteri aku ni geng!

Ohhh... laju Hans mengangguk. Terkejut juga terus ajak kahwin hari yang sama. Tapi dia okay je, lagi cepat lagi bagus. Eh?

Tanpa lengan masa, Tia pun menariknya masuk ke rumah bersama. Saat itu hanya ada papa di rumah, yang lain pula keluar membeli barang.

Tubuh papanya yang sedang duduk sambil membaca surat khabar dipandangnya sebelum nafas ditarik dalam-dalam.

"Papa... Tia nak kahwin dengan Master." Tia menarik Hans duduk di sebelahnya usai berkata itu.

Papa yang sedang ralit membaca tadi pun mendongak memandang anak perempuannya. Dapat dilihat satu susuk lelaki turut berada di situ.

Hans Isaac Lewis. Anak sahabatnya.

"Tia dengan Hans? Nak kahwin?" Papa merenung tajam ke arah Hans yang duduk sopan dengan kedua tangannya diletakkan di ribanya.

Hans mengecilkan diri di sebelah bakal isterinya itu. Ketar juga bila kena pandang tajam dengan bapa mertua, eh bakal bapa mertua.

"Papa! Janganlah pandang master kita macam tu. Kesian dia takut tau!" Tia menegur papanya usai merasa situasi kekok sebentar tadi.

Papa pantas mengalihkan pandangannya ke tempat lain sebelum berdehem. Bukannya apa, dia cuma terkejut jadi dirinya secara automatik bertindak sebegitu. Tambahan pula, Tia sahaja anak perempuannya setelah pemergian Hani, pastilah dia ingin yang terbaik buat anaknya itu.

"Master don't worry okay! Nanti kita protect master. Kalau papa marah, bagitahu je kita. Nanti kita wisyu wisyu dia. Okay?" Tia berkata sambil senyuman tak lekang terukir di wajahnya. Kita ada ilmu basic taekwondo tau!

"Sampai hati Tia nak wisyu wisyu papa. Tia dah tak sayang papa dah ke?" Aduh! Drama pula. Tia menggaru kepalanya, papa ke master? Papa ke master? Wajah papanya dan Hans dipandang silih ganti sebelum...

"Papaaaaa." Laju dia berlari sebelum tubuh papanya itu dipeluk. Walaupun dia cintakan Hans, tapi papanya masih menjadi kekasihnya sejak hari pertama dia lahir ke dunia.

"Mestilah Tia sayang papa. Tapi Tia sayang master juga. Papa tak suka master ke?" Mulutnya mencebik.

"Siapa cakap papa tak suka? Papa okay je kalau Tia okay." Kepala anaknya diusap lembut.

"Maafkan saya, uncle. Saya melamar tak ikut adat. Saya cuma..."

"Tak mengapa, Hans. Uncle faham, biasalah tak sabar nak kahwin dengan bidadari ni kan." Lengan anak perempuannya itu disiku lembut.

"Apa yang kecoh ni? Kahwin dengan bidadari? Siapa bidadari? Siapa nak kahwin?" Bertalu-talu soalan ditanya oleh mama yang baru pulang dari pasar ditemani Taufiq.

"Haah. Dalam rumah ni mana ada bidadari."

Kata-kata yang dilontarkan oleh Taufiq itu membuatkan semua memandangnya serentak. Terlihat renungan tajam diberikan oleh mama dan Tia kepadanya.

Taufiq menelan air liur usai menyedari keterlanjuran dalam katanya itu. Habislah dia kena serang dengan squad gadis-wanita dalam rumah itu.

"Taufiq... pergi simpan barang dulu tau. Chauu." Laju dia memecut masuk ke dapur. Jantungnya laju tak terkira dah, nasib kau lah Topiq.

"Okay back to our topic. Siapa nak kahwin?" Mama bertanya usai duduk berhadapan dengan suaminya. Matanya memandang semua di situ bersilih ganti, masih menunggu soalannya itu terjawab.

"Tia nak kahwin ma."

MASTER HANS | COMPLETEDWhere stories live. Discover now