mistik. 3. nyai wadon selir

818 11 4
                                    

" Ingat Bidin, dengan persyaratan dan perjanjian kita."
Kata selir kencana wungu, mengingatkan Bidin, sebelum dia pun beransur ansur menghilang. Bidin tiba tiba tersedar, seperti baru terjaga dari tidur. Terpinga pinga dia sambil melihat sekelilingnya. Ini memang di dalam biliknya. " Tadi aku di mana?"
Bisik hati Bidin. Dia cuba untuk mengingat ingat, rasanya dia seperti sudah sampai ke tempat itu. Tetapi entah di mana. Bidin termenung mengingat kejadian yang baru di alaminya tadi.
" Ini ke yang mbah sudjinah cakapkan tu."
Bisik hati Bidin.

" Setelah engkau mbah mandikan ini, berarti telah sempurnalah segala persyaratan yang perlu engkau jalani."
Kata mbah Sudjinah.
" Nanti nyai wadon selir akan datang mengngijabai. engkau bersedia sajalah."
Sambung mbah Sudjinah. Airnya yang di guna, hanya air perigi biasa sahaja, tetapi sejuknya hingga sampai ke tulang. Kerana terlalu sejuk, hingga membuat Bidin seperti hilang ingatan. Tiba tiba dia seperti berada di dalam sebuah istana purba, yang di penuhi dengan ramai perempuan perempuan yang cantik jelita belaka.

Kemudian salah seorang dari mereka telah menghampiri Bidin.
" Kami tidak mencari kamu, tetapi kamu yang mencari kami, maka ikutilah syarat yang kami beri ini. Pada setiap  purnama, ketika bulan mengambang penuh, tanggal lima belas, kamu harus menyediakan persembahan, Serta menyiapkan diri untuk melayani kami."
Itulah antara kata kata perempuan tersebut. Setelah itu, Bidin seperti baru tersedar dari mimpi. Dia melihat mbah Sudjinah yang sedang tersenyum memandang dirinya yang sedang tergigil gigil kesejukan.

" Engkau pergi mana tadi?"
Tanya mbah Sudjinah sambil tersenyum. Bidin tidak menjawab, dia hanya terpinga pinga mendengar pertanyaan mbah Sudjinah itu.
" Orang yang menemui engkau tadi, itulah nyai wadon selir, semangat yang akan membantu engkau nanti."
Terang mbah Sudjinah.
" Mbah ini hanya sebagai perantara sahaja, mengenai jadi tak jadi, bergantung kepada nyai wadon selir kelak."
Maklum mbah Sudjinah lagi.

Tetapi ada yang tidak kena di sini, bila mbah Sudjinah memaklumkan, bahawa  dia kelak akan menjadi seorang pejantan sejati yang hebat. Sedangkan apa yang Budin hajatkan bukan itu. Dia mahu supaya semua orang suka padanya. Terutama orang orang perempuan. Namun setelah di rujuk balik kepada mbah Sudjinah, dia memberitahu bahawa amalan dan upacara yang sudah berlangsung tidak boleh di batalkan. Sekiranya hendak juga di batalkan, perlu melakukan syarat syarat tertentu yang lebih rumit lagi dari cara untuk memdapatkannya.

" Amalan seperti yang engkau hendak itu memang ada, tetapi yang ini lagi lebih tinggi. Rugi  kalau engkau buang."
Kata mbah Sudjinah. Mendengar itu Budin pun sanggup untuk terus mengamalkannya. walaupun memang pada awalnya dia rasa berbelah belih dan agak keberatan. Tetapi setelah terbukti, bila mana sejak dia melakukan amalan  tersebut,  telah terasa  perubahan yang sungguh ketara pada dirinya.

Jika sebelumnya, Bidin  sangat penyegan dengan perempuan. Tetapi kini  dia pula yang tercari cari. Jika dulu, dia  melihat perempuan hanya biasa biasa sahaja. Tetapi sekarang, bila dia memandang perempuan, pasti dengan pandangan yang berghairah, berahi dan bernafsu pula.
" Hah, Bidin dari mana?"
Tiba tiba terdengar suara perempuan menegurnya dari belakang. Bidin pun menoleh, rupa rupanya Yulis, anak puan Kasmah, bekas majikannya dulu.
" Ah tadi, dari rumah kawan. Yulis pula dari mana?"
Jawab Bidin, lalu di sambung dengan pertanyaan. Kemudian mereka pun menuju ke sebuah warung. Sambil duduk minum, mereka pun berbual bual.

Yulis berhasrat untuk memanggil Bidin bekerja dengan keluarganya semula. Kerana ramai pekerjanya yang sudah berhenti.
" Cengil sangat, sapa boleh tahan?"
Bisik hati Bidin.
" Ibu dah sakit sekarang, dia lumpuh, tak boleh bergerak kalau tak ada orang yang membantunya."
Kata Yulis, seperti tahu apa yang tersirat di dalam hatinya. Dulu Bidin berhenti pun, kerana tidak berpuas hati dengan puan Kasmah. Orangnya sangat cerewet, cengil dan mementingkan diri sendiri. Hingga kesalahan nya sendiri pun, pekerja yang kena marah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 10, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

mistik 3. nyai wadon selirWhere stories live. Discover now