Rimba hitam, 4 pagi.
Dalam keheningan pagi menanti terbitnya matahari. Kicauan burung memecah suasana sunyi di dalam rimba.
Kadang kala terdengar siulan serigala mencari mangsa.Dari kejauhan terdengar sayup deruan kuda membelah kesunyian membuatkan haiwan bertempiaran menyelamatkan diri.
"Agus, Raihan. Aku dengar ada arus mengalir di hadapan. Aku rasa lebih baik kita berehat di sana.
Biarkan kuda-kuda ini berhenti menghilangkan dahaga"Cadang majdi . Agus dan Raihan menganggukkan kepala tanda setuju.
Mereka membelah rimba hampir 4 jam.
Sudah tiba masanya mereka melepaskan lelah di dada.Setibanya di sebatang sungai, majdi membawa kuda mereka untuk menghilangkan dahaga dan mengisi semula bekalan air.
Agus mula mencari daun dam ranting kering untuk dijadikan unggun api.
"Adakah perjalanan kita masih jauh agus?" Soal Raihan yang sedang mengeluarkan bekalan makanan kering yang dibawa."Ya, masih jauh. Mungkin akan mengambil masa sepurnama untuk kita tiba ke arah yang dituju."
Balas Agus sambil melihat ke langit.
Antara mereka bertiga,
Agus lebih arif dalam ilmu bintang dan mantik. Sedangkan Raihan lebih arif dalam bidang perubatan.
"Baiklah kalau begitu." Balas Raihan semula.
"Majdi! Aku rasa bekalan makanan kita tidak akan mencukupi untuk sepurnama. Aku kira kira mungkin dalam tiga hari. "
Jerit Raihan ke arah majdi yang berjalan ke arah mereka.
"Tidak mengapa. Subuh hari keesokan harinya kita akan berburu."
Balas majdi memberikan keputusan.
"Sekarang ini, kita alas perut. Berehat lah kita di sini sementara menanti subuh hari. Kita akan meneruskan perjalanan kita ke arah barat."
Sambung majdi lagi.
Selepas mereka mengisi perut dengan makanan. Mereka mengundur diri untuk melepaskan lelah.
............................................................................
"LEPASKAN AKU!"
"LEPASKAN AKU!"
"LEPASKAN AKU!"
Tersentak majdi daripada lena. Apakah itu mimpi atau benar benar ada yang perlukan pertolongan?
Perlahan majdi menoleh kiri dan kanan.
Berharap munculnya suara tetapi tiada.
Majdi yakin itu hanyalah mimpi kerana rakannya sedikit pun tidak terkesan. Masih lena diulit mimpi.Majdi melontarkan pandangan melihat ke arah timur. Terlihat bibit fajar kelihatan.
Sudah tiba masanya mereka meneruskan perjalanan. Majdi mengejutkan Raihan dan agus.
Mereka membersihkan diri dahulu lalu meneruskan perjalanan mereka.
"Agus, ke arah mana kita teruskan perjalanan?" Soal majdi.
"Aku lihat sungai ini ke arah barat. Jadi kita selusuri sahaja sungai ini. " Balas Agus yakin.
"Baiklah" Majdi memandu kuda tungganganya menelusuri sungai diikuti agus dan Raihan.
Tidak seberapa jauh dari mereka terlihat sebuah susuk lembaga sedang berdiri memerhati.
"Akhirnya, sudah ku jumpa darah keturunan itu.He he He."
"Rahmad Rahmad, tidak ku sangka kau sorokkan permata. Kalau aku tahu. Sudah lama aku keluar dari pertapaan ku."
Lembaga hitam itu menghilang setelah berkata-kata seorang diri.
...........................................................................
"Mengapa majdi? Kau tiba-tiba berhenti." Soal Raihan kehairanan
"Kau lihat itu. Nampak nya kita ada makanan."
Balas majdi sambil mengacu panah ke arah rusa yang sedang melepaskan dahaga di tebing sungai.
Rusa yang berada 200 kaki di hadapan tidak mengetahui akan panah yang diacu.
Sup!
Panahan tepat mengenai kepala rusa tersebut membuatkan mereka bertiga tersenyum riang.
"Kita berehat sebentar. Raihan, kau bersihkan lah rusa itu. Aku dan agus akan membuat api."
Arah majdi kepada Raihan.
"Menurut perintah"
Balas Raihan tersenyum .
"Siapa yang berani membuat kekacauan di kawasan ku?"
Bergema suara tanpa arah di setiap penjuru rimba.
Dengan bersedia mereka mengeluarkan senjata yang di samping di pinggang. Melihat kiri dan kanan menentukan arah suara.
"Siapakah gerangan engkau wahai saudara?" Soal majdi berani.
"Kau tidak perlu mengetahui siapa aku. Yang aku mahu tahu mengapa kau memburu haiwanku."
Balas suara misteri itu.
"Aku hanya berkelana ke barat. Mencari teduh dari panah. Tidak aku mengetahui di sini ada yang berpunya dan tidak ku tahu ini haiwan kepunyaan kau" balas majdi tenang sedia menghadapi segala kemungkinan.
Majdi serasa seakan bahaya menghampiri tetapi dia tidak mengetahui dari mana arahnya.
"Tidak mengapa. Setelah selesai urusan kamu dengan haiwan itu. Kau tuju lah ke arah dari tempat kau berada. 2 batu di hadapan ada sebuah gua. Ke mari lah dikau. "
Sayup-sayup kedengaran suara misteri itu menghilang. Agus, Raihan dan majdi berpandangan sesama mereka.
Mereka bergegas menyelesaikan rusa tersebut lalu bergegas ke arah yang dimaksudkan.
YOU ARE READING
Warrior From The Abbys
AksiyonMajdi, seorang lelaki yang mengembara demi mencari kekuatan dan kebenaran tentang pembunuhan ayahnya. Di sepanjang pengembaraan dia bertemu rakan dan musuh. Mengharungi dugaan yang hampir melunturkan semangat. Kebijaksanaan dan matlamat yang jitu me...