Tok! Tok!
Bunyi meja diketuk mengejutkan Anis daripada melakukan kerjanya. Anis mendongak kepalanya lalu menatap wajah orang yang telah mengambil perhatiannya.
"Cik Anis, tak nak balik ke?" ujar seseorang kepada Anis.
Anis menunjukkan reaksi wajah yang terkejut lalu melirik cepat ke arah jam tangannya. Jam sudah pun menunjukkan 6.30 petang. Sudah tiba masanya untuk pulang namun dikeranakan terlalu fokus dengan kerja, Anis terleka sehinggakan lupa akan masa untuk pulang ke rumah.
Dengan cepat Anis mengemas meja kerjanya.
"Oh! Thanks for reminding me, Alex." ucap Anis kepada rakan sekerjanya, Alex. Alex yang berada di penjuru meja Anis tersenyum sekilas.
"Yup, no worries. Saya tengok Cik Anis khusyuk sangat dengan paperwork ni sampai terlupa nak balik. Mujurlah saya kena balik lambat hari ni." terang Alex kepada Anis yang masih kelam-kabut.
Setelah menyimpan laptop di dalam beg, Anis segera keluar. Bukan kali pertama dia balik ke rumah lewat. Tetapi hari ini dia perlu balik lebih awal kerana telah berjanji dengan rakan baiknya untuk makan malam bersama.
"Ok Alex terima kasih tau! Saya balik dulu, ye?" Anis sempat melambai ke arah Alex.
"Baik-baik bawa kereta tu, Cik Anis!" jerit Alex. Kemudian suasana pejabat itu menjadi sunyi. Alex yang kesunyian melangkah menuju ke arah mejanya dengan lemah longlai.
'Haih...balik lambat pun kena buat kerja sorang-sorang. Sedihlah hidup macam ni' desis hati Alex yang sedikit kecewa kerana perlu balik lebih lewat daripada orang lain.
Sementara itu, Anis berlari anak menuju ke arah keretanya. Enjin kereta dihidupkan lalu melaju keluar dari tempat parkir ke jalan. Anis mengingatkan dirinya selewat mana pun kita hendak menuju ke suatu tempat, memandu dengan berhati-hati dan secara berhemah perlu diamalkan supaya dapat mengelakkan kemalangan dari berlaku.
'Fuh! Aku lupa yang hari ni aku kena balik awal sikit. Tapi tak pe kot? Sebab aku janji dengan Alisa nak dinner sama-sama pukul 7 kan?' ujar Anis dalam hati ingin menenangkan hatinya.
Setibanya di Anis di sebuah restoran, dia bergegas keluar daripada kereta sejurus sahaja menemukan tempat untuk memarkirkan keretanya. Dalam masa yang sama satu susuk tubuh sedang menantikan ketibaan Anis di satu sudut di restoran tersebut.
Anis segera memasuki ke dalam premis itu lalu anak mata melirik ke kiri dan kanan ingin mencari susuk yang dikenalinya.
'Aduh! Mana pula si Alisa ni? Tak kan lah tak sampai lagi?' desis hati Anis.
Beberapa saat kemudian Anis telah menjumpai Alisa yang berada sedikit tersembunyi di suatu sudut restoran itu. Anis melepaskan nafas lega apabila berjaya menemukan rakan baiknya.
"Oi! Kau ni kan. Asal duduk sini? Aku bukan main cari kau tadi tak jumpa." Ingat anak-anak berilah salam sebelum memulakan bicara lebih-lebih lagi apabila kita lewat dari waktu yang telah dijanjikan.
Mata Alisa menatap tajam ek arah Anis. Sementara itu, Anis masih tidak sedar bahawa Alisa sedang menggelegak panas. Sudahlah datang lambat. Datang pula tak bagi salam. Alisa sudah menunggu di restoran itu sejak jam 6.00 petang 1 jam lebih awal berbanding si Anis.
"Kau nak aku siat-siat mulut kau tu lepas tu buat masak Tom Yam bagi kau makan nak?!" dengan pedasnya ayat yang dilontarkan Alisa. Pastinya kesabaran Alisa sudah sampai ke puncak.
Anis pula terkejut. Secara tiba-tiba dia kena tengking oleh Alisa.
"Eh he he he? S-sorry la wei. Aku terleka buat kerja tadi. Sorry la wei tapi aku ingat kan? Nak dinner dengan kau malam ni? Kan? kan?" Anis cuba meredakan amarah Alisa.
YOU ARE READING
REJECTED CRUSH
RomanceANIS SOFIA. Seorang gadis biasa yang hanya memikirkan kerjayanya sahaja. Masa mudanya banyak diguna dalam pekerjaan. Tidak seperti rakan-rakannya yang lain, ANIS lebih mementingkan kerja berbanding dengan perkara lain. "Kau asyik sibuk dengan kerja...