"Allah hancurkan rencanamu agar rencanamu tidak menghancurkanmu."
ఌ︎
SEJAK tadi, fikiran Ivy terganggu dengan gadis misteri tadi. Dia berasa serba salah dan tidak sedap hati. Jika memang gadis tadi merupakan pesakit mental yang melarikan diri daripada mrlakukan rawatan, mengapa dia kelihatan sangat takut? Kenapa badannya kurus, penuh dengan lebam dan luka? Dan kenapa baju yang dipakainya langsung tidak menunjukkan dia seorang pesakit yang dirawat di hospital?
Sebenarnya, amat mustahil untuk seorang pesakit keluar dengan pakaian yang nipis dan koyak-rabak seperti itu kerana cuaca pada hari ini sangat sejuk. Bukankah sepatutnya jururawat atau doktor perlu memberitahu pesakit mereka bahawa keadaan cuaca sekarang ini sangat tidak baik sekiranya ingin berada di luar?
Dia tertanya-tanya... penyakit mental apakah yang dihadapi gadis itu? Tidak waras? Halusinasi? Menurut Ivy, gadis itu langsung tidak menampakkan tanda-tanda yang menunjukkan dirinya gila. Atau adakah... dia pernah melakukan sesuatu yang membuatkan orang lain salah faham dan menganggapnya gila? Paranormal?
"Ivy!" Zahra yang berada di sebelah terus menarik tangannya ke kanan.
PIN!
Bunyi hon dan panggilan daripada Zahra membuatkan Ivy tersentak. Barulah dia tersedar ke alam realiti. Hampir-hampir saja dilanggar oleh sebuah kereta tadi.
"Kau fikir apa sebenarnya? Dari tadi aku tengok kau mengelamun. Nasib baik tak kena langgar!" Zahra terus memarahi Ivy yang terpinga-pinga.
"Er... sorry saya tak perasan," balas Ivy sambil menggaru pipi.
Dia sendiri masih terkejut dengan apa yang menimpanya tadi. Kejadian tadi berlaku dengan sangat pantas. Nasib baik Zahra cekap memerhati situasi dengan tajam. Jika tidak, nyawanya akan berakhir dengan sia-sia.
"Haih..." Jawapan Ivy menyebabkan Zahra mengeluh perlahan.
"Lain kali fokus. Kalau tak, mati katak kau di sini. Sebenarnya... apa yang mengganggu fikiran kau?" Zahra berterus-terang. Dia berasa ingin tahu.
"Perempuan tadi..." Sekali lagi Zahra mengeluh. Kedua-dua belah bahu Ivy dipaut erat.
"Kenapa kau nak kena fikir masalah orang lain? Fikirkan masalah kau sendiri sudahlah. Tak pasal-pasal orang lain punya masalah, kau dapat masalah sekali."
"Tak... bukan. Saya rasa... perempuan tadi memang ada masalah. Saya rasa tak sedap hati. Mungkin memang betul dia berada dalam keadaan kesusahan? Saya tak rasa dia pesakit mental..." Ivy terus meluahkan kegusaran hatinya. Zahra bercekak pinggang.
YOU ARE READING
RAHSIA SEBUAH HATI
Action𝐒𝐄𝐂𝐎𝐍𝐃 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 | 𝐈𝐯𝐲 𝐀𝐳𝐫𝐢𝐧'𝐬 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲 IVY AZRIN - Seorang gadis yang polos dan pemalu. Saat hatinya meluahkan perasaan cinta kepada jejaka beku bernama Danial Faiz, layanan kasar terus dilontarkan buatnya. Hati siapa sahaja yan...