ORANG TUA MISTERI

4 0 1
                                    

   "Adakah benar perkara yang kita lakukan ini majdi?" Kata Agus resah.

"Kita tidak mampu berbuat apa-apa agus, orang ini berkuasa. Sepanjang perjalanan kita aku terasa diperhatikan."
Balas majdi pasrah.

Berlumuran peluh di dahi mereka. Takut akan perkara yang mereka tidak ketahui berlaku. Mereka tidak ingin perkara buruk terjadi.

Sepanjang perjalanan, Raihan hanya mendiamkan diri.

Di kejauhan terlihat sebuah gua yang lama seperti tidak didiami oleh sesiapa sama ada manusia ataupun haiwan.

"Itu majdi guanya, apakah benar ada manusia di dalamnya? " Soal Agus hairan kerana gua yang dilihat seperti tidak didiami. Daun hijau seperti tirai menutupi pintu masuk.

"Tidak mengapa, kita cuba sahaja. Apa-apa berlaku kita serahkan pada takdir." Balas majdi nekad.

Majdi sudah tidak kisah akan perkara yang bakal berlaku di dalam.

"Apa yang kau ragu anak muda? Kemarilah. Sungguh jika aku ingin membunuh kamu bertiga, sudah aku lakukan sedari tadi. " Suara misteri berdengung di sekitar kawasan mereka menyebabkan mereka tersentak.

Majdi terdiam sejenak sambil melihat agus dan raihan. Mereka hanya menganggukkan kepala.

Di sebalik ketakutan yang mereka rasai.
Muncul juga perasaan ingin tahu.

Majdi dengan perlahan melangkah ke pintu gua dan menyelak daun-daun pokok yang seperti tirai.

Alangkah terkejutnya mereka apabila yang menyapa pancaindera mereka adalah sebuah taman.

Apakah kekuatan ini?

Mereka seperti telah memasuki sebuah dimensi terpisah daripada dunia luar.

Jika dilihat daripada luar. Gua ini adalah gua usang yang ditinggalkan haiwan liar berabad lamanya.
Tidak disangka di dalamnya terisi taman indah seperti taman di istana kota. Dengan luas sejauh pancaindera menyinarkan cahaya.

Kelihatan tidak berapa jauh daripada mereka, sebuah rumah besar yang dihias indah dengan bunga-bungaan.

Di sebelah kiri rumah terlihat kebun bunga dengan pelbagai warna menghiasi.
Ada yang biasa dilihat.
Ada juga yang jarang dilihat dan ada juga bunga yang tidak pernah mereka lihat.

Berdiri di hadapan pondok itu seorang lelaki tua berbaju putih yang sedang tersenyum. Mukanya bersih dan putih tanpa ada sebarang bintik. Janggut nya yang panjang paras dada menampakkan riak wajah lelaki itu seperti orang yang baik hati.

"Ke mari lah kamu bertiga. Jadilah tetamu ku untuk seharian. " Kata lelaki tua itu ramah sambil menunjuk ke arah meja di di tengah-tengah kebun miliknya.

"Apakah kau pernah lihat bunga-bunga di sini anak muda?" Lelaki tua itu memulakan bicara ketika mereka bergerak menuju ke meja.

Majdi,Raihan dan Agus tidak terus menjawab. Mereka melihat kebun bunga itu dengan perasaan takjub.

Tidak pernah mereka lihat kebun secantik ini. Seperti mereka berada di kayangan. Di awang awangan. Sungguh mereka pun tidak percaya dengan apa yang disaksikan pancaindera mereka waktu ini.

"Ada yang pernah kami lihat dan ada juga yang kami tidak pernah lihat." Raihan menggelengkan kepala. Begitu juga agus dan majdi.

"Hahahaha" lelaki tua itu hanya meneruskan perjalanan tanpa berkata apa-apa lagi.

Setibanya mereka di meja yang disediakan.
Terlihat sudah terhidang minuman dan makanan yang lazat. Haruman air menusuk membuatkan perasaan mereka tenang.

Hanya bau sahaja dapat membuatkan mereka rasakan ketenangan. Bagaimana pula dengan rasa nya.
Mereka tidak sabar untuk merasakan air minuman itu.

Lelaki tua itu hanya tersenyum lalu menghulurkan tangan menandakan mereka untuk mengambil tempat.

"Ke barat manakah tempatnya kamu ingin berkelana wahai anak muda?" Soal lelaki itu sambil menuang air ke dalam cawan.

"Kami daripada kota rasta 500 batu dari arah utara. Ingin kelana ke barat, Kota hitam" kata majdi tenang.

Tanpa menunggu balasan. Majdi meneruskan pertanyaan
"Air minuman apakah ini tuan yang berkuasa sakti, sungguh harum baunya membuatkan seolah olah kami sedang berehat"

Lelaki itu melihat Majdi tenang. "Panggil saja aku Tok Nang. Ini hanya sekadar teh herba yang aku tanam di taman ini."
Balas Toknang sambil tersenyum.

Mereka bertiga diam sambil menikmati air yang telah dihidangkan. Seperti yang mereka jangka. Air itu membuatkan hati mereka damai. Mereka terasa segar bertenaga seperti baru bangkit dari tidur yang lena. Persepsi mereka juga terlihat lebih utuh walaupun perubahan nya kecil .

Terlihat mereka diam sambil memejamkan mata, Toknang hanya memilih untuk diam seketika.

Selang beberapa saat setelah itu, Raihan membuka mata dan berteriak membuatkan Agus dan majdi tersentak

"Tidak pernah aku rasa teh sesedap ini! " Kata Raihan sambil tertawa.
Majdi dan agus hanya mampu memandang  raihan sambil memberikan senyuman yang pelik.

"HAHAHAHA , tidak sangka aku reaksi kau seperti itu anak muda. Perkenalkan lah diri kalian " kata Toknang tenang. Terhibur dengan reaksi raihan.

"Nama aku majdi , dan di sebelah kananku namanya agus, di sebelah kiri aku namanya raihan " balas majdi sambil berdiri. Memperkenalkan mereka bertiga.

Belum sempat Toknang menjawab , tiba tiba datang angin yang kuat menerpa mereka. Majdi yang ketika itu terkejut melihat Toknang.

Thump!

Terlihat mata Toknang yang hitam gelap bertukar menjadi kelabu sambil memandang ke arah pintu masuk gua.
Raihan dan agus tidak perasan akan kejadian itu kerana mereka sedang menutup mata dek kerana angin yang kuat.

"Sepertinya aku ada tetamu lain, Kalian tunggu di sini. Jangan usik apa-apa di sini melainkan apa yang terhidang di atas meja. " Arah Toknang yang masih tidak melepaskan pandangan

Ketika itulah baru raihan dan agus ternampak mata Toknang yang berubah warna. Mereka hanya keras seperti batu dan tidak mampu menjawab sehinggalah Toknang dengan secara tiba-tiba lenyap dari pandangan mereka.

Majdi cuba menenangkan hati yang sedang ketakutan. Pelik dan menyeramkan

Itulah yang majdi rasa sekarang.

Raihan dan agus masih lagi terkedu dan hanya terdiam. Menundukkan pandangan mereka ke arah meja.
Benarkah apa yang dilihat mereka atau itu hanya ilusi.

. . . . . . . .

Warrior From The AbbysWhere stories live. Discover now