Cuaca panas terik. Tak ada tanda-tanda mendung. Sesuai sangatlah dengan hari Laila ingin menyidai cadar yang kotor semalam. Terkial-kial dia ingin mengangkat cadar yang bersaiz king itu. Nasib baiklah tidak tembus sehingga ke tilam. Bagus cadar patchwork ni. Tapi bila nak sidai, dah macam minta separuh nyawa.
Laila tidak pasti sama ada perasaannya saja atau memang orang kampung yang lalu di kawasan rumah itu asyik memandang ke arahnya. Kemudian mereka berbisik sesama sendiri. Takkanlah dia ingin bersifat paranoid. Kerana tidak ingin dianggap sombong, Laila hanya melemparkan senyuman ramah kemudian cepat-cepat masuk ke dalam rumah.
Masuk di dalam rumah, Laila memandang Tuan Mizan yang sibuk dengan kertas-kertas kerja di ruang tamu. Pagi-pagi lagi ada budak ladang yang datang hantar kertas-kertas tu semua ke rumah. Entah apa yang penting sangat. Macam tak boleh nak tunggu Tuan Mizan masuk kerja esok.
'Oh Laila kau dah pandai merungut sekarang.' Laila bermonolog sendiri. Bosan pula bila tidak ada orang yang ingin ajak bersembang. Semua kerja rumah sudah dibereskan. Nasib baiklah Tuan Mizan bukanlah yang jenis suka sepahkan barang sana sini. Disebabkan dia hanya duduk berdua dengan Tuan Mizan, memang tidak banyak kerja rumah yang dia perlu lakukan. Semua kerja-kerja berat memang Hattan dan isterinya saja yang buat.
Bunyi nada dering ada pesanan whatsapp masuk. Laila memeriksanya. Satu keluhan dilepaskan. Tidak lain tidak bukan, mestilah Tiara.
Laila,kau rasa Tuan Mizan tu ok ke?
Walaupun soalan simple, tapi dia malas mahu fikir.
Ok
Dia hanya membalas pendek. Biarlah Tiara ingin kata apa pun, dia tidak seharusnya terlalu berfikir mengenai itu. Lagi pun mereka baru berkahwin. Masih dalam fasa mengenali antara satu sama lan.. ceewwaaah.
Laila memandang Tuan Mizan dari jauh. Malas nak duduk dekat dengan lelaki itu. Nanti menganggu pulak lelaki itu ingin buat kerja. Tuan Mizan tidak melarang dia menonton tv pun sudah cukup bagus.
Selama ini, dia tidak pernah peduli siapa Tuan Mizan. Berkahwin dengan lelaki itu pun hanya sebab terpaksa. Mestilah dia tidak suka. Siapa yang mahu berkahwin dengan lelaki tua? Dia pun seperti gadis biasa yang lain. Ingin mencari pasangan yang sedap mata memandang, yang dia boleh sayang sepenuh hati.
Tidak ada apa yang menarik mengenai Tuan Mizan. Dia hanya ada duit tapi bukan rupa. Dengan badan yang kurus, kulit hitam manis, rambut yang sudah hampir putih semuanya, sudah semestinya tidak berkenan di mata anak gadis. Memang Tuan Mizan tidaklah sehitam orang india tetapi bila digandingkan dengan Laila yang berkulit putih bersih memang membuatkan lelaki itu kelihatan lebih hitam dari biasa.
Hari pertama Laila bergelar isteri, muka Tuan Mizan pun dia tidak mahu pandang. Setiap kali pandang, terasa hatinya dihiris-hiris. Adakah dia hanya layak untuk bersuamikan lelaki yang sebegini? Sungguh dia terasa terhina.
Tetapi benda dah jadi. Laila sudah sah menjadi isteri Tuan Mizan. Apa yang dia mampu lakukan? Hati yang kecewa cuba dipujuk sendiri. Dia cuba melayan Tuan Mizan sama seperti dia melayan ayahnya, Salem. Ya, rasa hormat pada orang tua itu masih ada. Hanya itu yang Laila mampu lakukan.
Nasib baiklah Tuan Mizan juga tidak menggesa Laila dengan bermacam perkara. Bolehlah Laila mencari ruangnya sendiri. Tanpa sedar, dia mula dapat membiasakan diri di rumah itu.
"Kenapa Laila pandang aku macam tu?" Tanya Tuan Mizan tiba-tiba. Mukanya diangkat dari memandang kertas.
Laila tersentak. Pantas matanya dilarikan ke kaca tv. "Er... Laila tengok tv ni. Bunyi tv ni ganggu abang nak buat kerja ke?" Dalam hati dia mengutuk diri sendiri.
YOU ARE READING
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)
RomanceBacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila ser...