BAB 23

1.3K 259 73
                                    

Deringan handset milik Rayzen menganggu suasana.

Aara yang berada di dalam pelukan Rayzen terjaga dari tidur. Mata di kelipkan beberapa kali bagi menghilangkan kekaburan.

Tubuh bangun dari pelukan Rayzen. Di pandang wajah Rayzen. Lena sungguh. Macam baru pernah merasa erti tidur.

Bunyi yang datang dari poket Rayzen membuatkan Aara ingin menutupnya. Bising!

Perlahan-lahan Aara membawa telinganya ke poket seluar belah kanan milik Rayzen. Kini dia berada di belah kiri Rayzen, itu menyebabkan dia terpaksa melunjurkan sedikit badan di seberang.

Kalau sesiapa yang tidak faham dengan niatnya, mungkin akan salah faham.

Aara mendekatkan telingnya ke bawah. Paha Rayzen yang menempatkan deringan di dengari.

"Bising betul lah kau ni." Kata Aara dengan merengus kasar.

Kepala terus di angkat sebelum memandang wajah lena Rayzen. Di perhatikan lama sehingga tidak sedar kini wajahnya tinggal seinci sahaja lagi ingin mencium wajah Rayzen.

"Padanlah dengan perangai buaya kau. Aku jatuh cinta dengan kau, tapi kau... Buat aku sebagai patung percubaan cinta kau. Huh..."

Aara menjeling tajam wajah Rayzen. Teringin sebenarnya nak melekatkan tumbukan padu miliknya di wajah Rayzen.

Biar cacat tak ada orang nak. Tapi kalau cacat, perangai bodoh masih ada tak guna juga.

Sekali lagi deringan handset milik Rayzen berbunyi.

"Hamak betul siapa yang call ini. Memang banyak scandel kau, Rayzen. Dari tadi call tak henti-henti."

Deringan daripada calling mahupun alarm itu sungguh bingit.

Mata Aara kini fokus memandang seluar Rayzen. Rasa ku nak ambil handset tu, dahtu aku hempas ke lantai.

Perlahan-lahan aku tunduk ke seluar Rayzen. Misi aku sekarang ini, menghentikan deringan daripada handset tersebut. Walaupun sudah tidak punya bunyi, namun Aara tahu, beberapa minit selepas itu, akan adanya bunyi itu lagi.

Rayzen tidur mati, apa tahunya handset dia berbunyi macam orang gila. Gempa bunyi sekalipun terjadi, mungkin sudah mati akibat tidur mati.

Jari jemari Aara menyelinap ke dalam poket seluar. Perlahan-lahan supaya tidak di sedari oleh Rayzen.

Bagikan seorang pencuri ingin membuka peti kebal.

Aara mencari kehadiran handset Rayzen. Lubang gua ke apa poket ini. Sudah cukup panjang jarinya masuk ke dalam poket lelaki itu.

Namun tidak juga dia rasakan handset Rayzen.

"Ehem... Buat apa tu?" Suara garau Rayzen menyetakkan Aara.

Dengan keadaan kalut, terus Aara jatuh ke dalam pangkuan Rayzen. Membulat besar mata Aara. Mission failed!

"Awak nak buat benda pelik-pelik eh dengan saya?"

Sinis seperti memerli Aara. Terus Aara bangun dari pangkuan Rayzen. Rambut yang bertaburan di wajah di aturkan ke belakang.

"Awak... Agak-agak lah kita nak buat dekat sini. Kalau iya pun, jom lah halal dulu."

"Kau jangan nak kuning sangat. Aku hempuk kau karang."

Jari di tunjuk tepat ke wajah Rayzen. Arrr! Kantoi pula. Lagi-lagi kena dengan laki kuning macam Rayzen ini!

"Habis itu, awak nak buat apa? Awak nak raba saya dalam saya tak sedar eh? Gatal juga eh awak ni! Rawr!"

Dengan penuh riak wajah seperti 'kau agak-agak lah' Aara tunjukkan.

"Siapa nak raba kau? Eee... Lain lah punggung kau besar, senang sikit aku raba. Ini punggung macam pinggan, ada hati cakap aku raba kau. Huh!"

"Eh eh. Awak cakap punggung saya macam pinggan. Punggung saya bulat tau!"

Dengan tidak puas hati Rayzen bangun dari duduk. Seluar di tarik bagi menampakkan punggunnya. Di halakan ke arah Aara yang sedang pandang menyampah ke arah dirinya.

"Macam kayu."

Ujar Aara menarik menaikkan geram Rayzen.

"Woo awak memang nak gaduh dengan saya ke, Nuha."

Geram Rayzen berkata.

"Ya memang. Kenapa? Meh gaduh. Meh meh."

Aara sudah membuka kedua penumbuknya seperti seorang hendak bertinju.

"Meh meh! Nak gaduh an? Meh aaa gaduh."

"Kalau nak cium juga boleh?"

Rayzen menghalakan pipinya ke arah Aara. Semakin menjauh Aara, semakin mendekat Rayzen.

"Nak cium. Nak cium. Cepatlah Nuha cantik bak bidadari."

Semakin Rayzen halakan pipinya ke arah Aara.

"Kau dekat aku tumbuk kau! Jangan cakap aku tak warning, Rayzen!"

"Meh..."

Gadis Pilihan IblisWhere stories live. Discover now