Harini Mustika bangun sedkit lewat, mungkin penat menangis malam tadi.
Dia bangun dan duduk di birai katil menghilangkan kantuknya. Matanya terpandang selimut yang berada di pehanya. Matanya tiba-tiba memutarkan kejadian di mana Adi menyelimutkannya.
Mukanya terasa bahang, naik memerah. Pantas dia memegang pipinya dan tersenyum malu. Tapi senyumannya tak lama bila teringat Adi itu siapa. Terus dia menampar pipinya perlahan dan mencebik.
“AHHH LEPASKAN AKU!” tersentak Mustika dengan jeritan itu, pantas dia bangun dan mengambil selendangnya untuk melihat apa yang jadi. Di luar rumahnya dia melihat penduduk sdang berkerumun melihat sesuatu. Pelik Mustika dibuatnya.
Dia mahu pergi tapi teringatkan dia baru bangun lantas dia pergi ke Telaga Daik untuk mencuci muka dan berkumur. Setelah itu dia mencari kelibat Puspa dalam kerumun penduduk itu.
“Puspa kenapa?” tanya Mustika sambil melihat memegang lengan Puspa. Puspa memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah lelaki manusia yang sedang terduduk dan meracau.
Mustika pelik dengan tingkah lelaki itu “Kenapa dengan dia?”
“Dipanggil pulang,” balas Puspa bersahaja.
“ADINDA TOLONG! KANDA TAK MAHU PULANG!” Mustika memandang ke arah wanita yang sedang menangis di bahu seseorang. Tiga lelaki yang sedang menarik lelaki manusia itu melilaukan pandangan mereka.
Mustika sudah mengerti, tiga manusia itu adalah manusia, dan mereka tidak boleh melihat penduduk di sini termasuk dirinya. Tetapi penduduk disini boleh melihat mereka. Yang anehnya kenapa mereka tak boleh melihat dia? Dia manusia juga kan?
“Kau harus pulang Darus, isteri kau sedang tunggu di rumah!” kata seorang lelaki memujuk lelaki manusia itu. Semua di situ terkejut bukan kepalang. Laki itu sudah beristeri?!
Wanita yang sedang menangis tadi menangis lagi, ketika ini menangis kerana terkejut. Mustika memegang dadanya, terasa mahu menangis. Tapi kerana apa?
“ADINDA TOLONG!” jerit Darus dengan kuat sambil mendepa tangannya berharap isterinya memegang tangannya. Malangnya isterinya tidak membalas huluran tangan itu.
“Kanda pulanglah, isteri kanda sedang menunggu, hiks” kata Dara dengan terpaksa, dia tak mahu mengikat lelaki itu selamanya. Lelaki itu sudah ada isteri, dia tidak mahu mengambil lelaki itu dari isterinya yang sebelum.
Dara berlari pergi meninggalkan tempat itu. “DINDA!” Puspa, Intan dan Maya mengikut Dara pergi ke taman bunga. Mustika memandang Darus dengan sayu. Tiba-tiba Darus dan tiga orang lelaki tadi hilang dari pandangan mata mereka.
Itu bermakna Darus sudah bebas dari ikatan mana-mana gadis disini, dan sudah keluar dari alam ini. Mustika berlari ke arah taman bunga untuk melihat apa yang jadi pada Dara.
“Hiks, hiks” Dara memeluk Maya sambil menangis. “Manusia semua sama sahaja, semua suka berdusta,” kata Dara tanpa dia sedar. Terkedu Mustika disitu. Erkk dia juga manusia.
Dara memandang Mustika di hadapannya. “Tapi tidak Mustika, dia baik. Hiks hiks” Dara sambung menangis. Mana tidak menangisnya wanita ini. Baru malam tadi mereka di satukan, pagi ini pula mereka bercerai. Jika terjadi pada mana-mana wanita pun pasti akan menangis juga.
“Sudah la Dara, banyak lagi lelaki yang kau boleh nikah di sini. Lelaki manusia juga yang kau pilih.” kata Lanang tanpa berlapik. Semua mata memandang Lanang tajam. Lanang hanya membuat riak tidak tahu.
“Dara, tak usah bersedih ya. Kita... doa Dara jumpa lelaki yang lebih baik,” kata Mustika sambil tersenyum pelik. Ya pelik, rasa pelik pula berkata begitu. Dara dan orang di hadapannya sekarang ini bukan manusia. Bolehkah dia berkata begitu?
Dara sambung menangis lagi dan mereka semua terus memujuk.
-
-
-
-
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
(Surah Ar-Rum ayat 21)
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomantizmBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...