“Bangun kau,” kata seorang wanita dengan suara yang keras di sebuah gua gelap. Wanita yang dikejutkan itu bangun dengan malas.
“Kau sudah buang tabiatkah datang berjumpa aku disini?” wanita berjubah hitam itu bertanya sambil membelai rambutnya yang serabut.
“Aku akan bantu kau untuk dapatkan Jiwa Nirmala,” kata wanita itu lagi dengan angkuh dan tidak memandang wanita yang dia kejutkan tadi.
“Kau mahu bantu aku bagaimana?”
“Kita bekerjasama,” wanita yang sedang membelai rambut itu terhenti perbuatannya kerana tidak sangka akan jawapan itu. Dia memandang wanita dihadapannya dengan senyum sinis.
“Lagaknya seperti, kau menggunakan aku untuk membalas dendam,”
“Kau diam, kau mahu ataupun tidak?” tanya wanita itu kasar.
Wanita berjubah hitam itu mengangguk dalam senyuman.“Nampaknya kita bergantung sesama sendiri, aku tolong kau. Kau tolong aku, kita seri,” kata wanita itu dengan riang.
Wanita itu masih dengan riak kosongnya, penuh dengan dendam kesumat yang berada di dadanya.
“Nanti aku jumpa kau lagi,” kata wanita itu sebelum pergi.
“Kau pasti dengan apa yang kau lakukan?” tanya wanita berjubah hitam itu bersahaja.
“Aku tidak pernah salah dalam percaturan, ikut sahaja aku nanti,” kata wanita itu sebelum pergi. Wanita berjubah hitam itu tersenyum sinis dan ketawa.
Makin lama ketawanya makin kuat dan seakan mengilai. Suara ketawanya bergema di segenap gua itu.
Adi datang ke kampung mahu menemui Mustika, puas dia mencari akhirnya jumpa juga. Berkerut dahi dia apabila melihat Mustika sedang berbual dengan Anggun sambil menjinjing bakul buluh yang diisi baju.Dia tetap di tempat berdirinya sehingga Anggun beredar dari situ.
Mustika tersenyum gembira melambai pemergian Anggun dan menyambung kerjanya. Menjemur pakaian.
Adi mendekati Mustika tanpa Mustika sedari.
“Eh! Terkejut kita dibuatnya,” Mustika usap dadanya apabila tiba-tiba Adi muncul dari belakang kain jemurannya. Terhenti kerjanya dan memandang muka Adi yang seperti penuh tanda tanya.
“Kenapa tuanku kemari?” tanya Mustika lembut dan menyambung kerjanya. Adi hanya diam dan menggeleng.
“Kau mahu makan? Mari ikut aku,” ajak Adi ke tempat biasa mereka. Ke pokok ganjil.Mustika tersenyum kelat pada Adi dan menggeleng. Serba salah.
“Maaf tuanku, kita ada hal lain yang harus dibuat sebentar nanti, lagipula kita tidak rasa lapar”Adi diam, kecewa sedikit dengan tolakan itu. Baru beringat dia mahu bersama Mustika seketika.
“Kau mahu kemana?” tanya Adi ingin tahu.
Mustika senyum teruja “Anggun mengajak kita bersiar-siar. Dia kata dia mahu meluangkan masa bersama kita. Dia mahu berkawan dengan kita. Kita tidak sangka Anggun sebaik itu,” kata Mustika teruja sambil tersengih.
Tak percaya dia apabila Anggun mengajak dia untuk ke sungai katanya mahu berbual dan bersantai.
Sengaja mahu lebih kenal. Mustika sebenarnya sudah tertarik dengan Anggun. Bukan kerana dia jelita sahaja, malah perwatakannya cukup memikat hati Mustika untuk berteman dengannya.
Adi berkerut kening, Agak aneh dengan pengakuan itu. Setahu dia Anggun tidak suka meluangkan masanya berdua dengan sesiapa pun malah lebih suka bersendirian. Kalau ya pun hanya dengan dua teman rapatnya Kejora dan Anggerik. Dia hanya diam dan melihat wajah gembira Mustika.
‘Tidak apalah Adi, lain kali sahaja'
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
Storie d'amoreBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...