Hari ini sama seperti hari yang lain. Tuan Mizan akan menghantar Laila ke rumah Salem sebelum dia pergi kerja. Cuma hari ini Tuan Mizan ingin membungkus sarapan dari luar. Mungkin Tuan Mizan ingin Laila berehat untuk satu hari. Sesekali bungkus makanan dari luar pun apa salahnya.
Tetapi dalam banyak-banyak hari, kenapa tiba-tiba hari ini? Persoalan Laila terjawab bila Tuan Mizan berhentikan kereta di hadapan kedai makan Cik Sue.
"Laila turunlah. Pilih nak bungkus makanan apa." Ujar Tuan Mizan sebelum turun dari kereta.
Laila teragak-agak ingin turun kereta. Matanya memerhati ruang kedai yang tidak putus-putus dikunjungi orang kampung.
Disebabkan rasa kekok, Laila sengaja berdiri jauh-jauh dari Tuan Mizan. Dia sengaja sibukkan diri memilih sarapan pagi sama seperti pelanggan yang lain.
"Amboi, bang. Lama tak nampak. Ingatkan dah ada orang tutup kedai Sue ni dari pandangan mata abang."
Kedengaran suara manja Cik Sue menegur Tuan Mizan. Laila yang terdengar, berpura-pura tidak dengar. Mukanya masih ditunduk memilih kuih.
"Ish tak adalah. Aku sibuk sikit sekarang ni." Balas Tuan Mizan.
"Yelah, sejak dah kahwin ni memanglah sibuk. Mana nak datang sini dah sebab dab ada orang masakkan di rumah." Ujar Cik Sue seperti merajuk.
Walaupun di dalam hati berkali-kali Laila berkata 'Aku tak kisah. Aku tak hairan.' Tetapi dia tetap rasa terganggu. Kenapalah dengan perempuan ni? Laila mencuri memandang Cik Sue yang berdiri di sebelah Tuan Mizan.
Seperti yang diperkatakan oleh kampung, Cik Sue memang janda yang ada rupa. Dengan pakaian kebaya yang mengikut lekuk tubuhnya, baju berwarna kuning cair, digandingkan dengn shawl berwarna pink, memang wanita itu nampak cantik dan bergaya. Ditambah lagi dengan mukanya yang putih bersih dihiaskan dengan make up yang menaikkan serinya. Membuatkan lelaki pasti menoleh kepadanya dua kali.
Tuan Mizan hanya tersenyum membalas kata-kata Cik Sue.
"Mana isteri abang?" Tanya Cik Sue tiba-tiba.
"Ada tadi." Tuan Mizan tercari-cari kelibat Laila. Manakala Laila pulun berselindung di sebalik pelanggan yang lain."Ha itu yang pakai tudung hitam."
Walaupun jarak mereka tidaklah terlalu jauh, Laila pura-pura tidak dengar. Dalam hati dia berdoa agar Tuan Mizan tidak memanggil namanya. Malulah dia. Cik Sue bukan main lagi cantik bergaya sedangkan dia hanya memakai t- shirt dan tudung sarung sahaja.
"Muda orangnya." Ujar Cik Sue berbahasa. "Tapi kalau pilih janda, janda lagi pandai melayan, kan? Macam Sue ni, dah ada pengalaman nak uruskan rumahtangga." Dia memperlahankan suaranya.
Berdesing telinga Laila. Apa masalah perempuan ni yang nak menggatal sangat dengan Tuan Mizan. Kalau kau nak, kau pergilah pinang Tuan Mizan. Bukannya menggedik depan public macam ni.
"Akak, kira ni berapa." Laung customer di meja kaunter.
"Sekejap ye, bang. Sue layan customer dulu." Bergegas Cik Sue ke kaunter meninggalkan Tuan Mizan.
Tuan Mizan menghampiri Laila yang masih memilih kuih muih. "Laila dah siap?"
"Laila nak pilih kuih ni dengan nasi lemak. Abang boleh tolong bayarkan sendiri ke? Laila nak masuk kereta. Rasa pening sikit." Pantas Laila mengambil peluang untuk mengelak. Tak kuasa dia nak mengadap Cik Sue tu dengan Tuan Mizan. Tak pasal-pasal dia perlu tengok drama gedik mereka.
"Laila tak sihat?" Tanya Tuan Mizan prihatin. "Laila duduklah dalam kereta dulu. Aku pergi bayar sekejap."
Dari dalam kereta, Laila masih boleh melihat Cik Sue yang bergelak ketawa semasa Tuan Mizan membayar makanan. Sakit pula hatinya.
YOU ARE READING
SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)
RomanceBacaan Dewasa Laila bukanlah anak kesayangan keluarganya. Kelahirannya tidak dinanti dan diingini. Ibunya mengandungkannya saat kakaknya baru berusia tiga bulan. Kerana ingin memberi perhatian dan kasih sayang yang secukupnya kepada Tiara, Laila ser...