AKU tak tahu bagaimana aku boleh bersetuju untuk mengikut keluarga Daryan ke Tasik Kenyir. Mungkin akibat pujukan mummy Daryan yang membuatkan aku tak sampai hati nak tolak pujukannya.
Tahu-tahu sahaja aku dah habis pusing Tasik Kenyir dengan menaiki bot sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Aku melangkah keluar dari bot dengan berhati-hati.
Telefonku berdering lalu tangan menggagau ke dalam beg tangan. Panggilan daripada papa. Setelah itu aku berdiri jauh sedikit daripada deck, untuk menjawab panggilan.
Usai menjawab panggilan, bunyi air yang berkocak menyebabkan aku berpaling ke belakang. Kelihatan Darrien sedang membawa Danyra naik ke atas deck semula. Cepat-cepat aku menuju ke arah mereka.
Terdengar riuh suara pekerja Tan Sri Ahmad Dafiq mahu memeriksa keadaan Danyra. Rintihan Danyra yang menyatakan dia sejuk membuatkan semua terdiam seribu bahasa. Tak lama itu, Danyra terus tak sedarkan diri. Pengsan.
Daryan terus menelefon ambulans tatkala mata adiknya sudah terpejam rapat. Baik Daryan mahupun Darrien, dua-duanya gelabah. Dapat aku rasakan mereka berdua sangat menyayangi Danyra dengan sepenuh hati.
Danyra beruntung. Kadang-kadang aku mahu jadi Danyra. Tetapi aku tahu pasti ada sebab Allah jadikan aku sebagai seorang Aylana Darilyn.
✾ ✾ ✾
SELESAI sahaja urusan Danyra di hospital, aku meminta diri untuk pulang ke rumah mama dan papa. Sudah dua jam dan Danyra masih belum sedar.
Hari keluarga itu juga turut dibatalkan. Para pekerja boleh melakukan aktiviti bebas. Kiranya mereka mendapat cuti percuma disebabkan kejadian yang menimpa Danyra.
Sampai sahaja di depan rumah, aku memberi salam dan meluru masuk. Aku mencari kelibat mama dan papa. Dua-dua tak ada tapi kereta ada aje bawah garaj tu.
Tak menunggu lama, aku terus memboloskan diri ke dalam bilik tidurku. Nak lelapkan mata sekejap. Baring sahaja aku dah berada di alam tak berapa nak mimpi.
Lenaku terganggu saat telinga mula disapa dengan suara seseorang. Mata digosok perlahan dan aku bangun dari perbaringan. Kaki terus melangkah keluar dari bilik tidur.
"Mama dengan papa baru balik ke? Pergi mana tadi?" soalku yang masih lagi mamai.
"Ya Allah, budak bertuah ni. Balik tak bagitahu langsung. Bila sampai ni?" Soalanku tak dijawab malah mama pula soal aku.
"Tadi tapi tak ada orang. Tu yang masuk dalam rumah terus tidur. Mama tak jawab lagi soalan adik..."
"Mama dengan papa baru balik dari kenduri kahwin anak kawan mama. Ni ada apa-apa ke balik rumah ni? Jaranglah adik ada dekat rumah mama ni."
"Kenapa nada mama macam nak menyindir je ni? Nak halau ke? Okey, tak apa. Adik boleh balik KL sekarang juga kalau mama nak."
Aku pusingkan badan menghadap pintu dan berura-ura untuk mengambil barang. Namun, suara mama membantutkan niatku.
"Mama bergurau je dik. Jangan terasa sangat. Duduklah sini lama lagi. Mama rindu adik."
"Tak lama kut adik duduk sini. Nantilah adik cerita."
Aku mengulum senyum. Aku tahu memang mama sengaja nak kenakan aku. Setakat sindir sikit macam tu, aku tak koyaklah sebab masa kecil dah puas kena sindir sebab nakal sangat.
YOU ARE READING
The Prodigy
RomanceThe German Twins Series Vol II (slow update) Known as Love Conquers All Atas sebab bersalah kerana telah mencederakan seorang perempuan tanpa sengaja di sebuah restoran, Allen Daryan telah membuat keputusan drastik untuk mengahwininya. Mahu dipendek...