My Dear

5 0 0
                                    

Dia berlari tergesa-gesa sambil membawa beg yang berat, tanpa sedar tindakan itu bakal membahayakan orang lain. Dia, pelajar lelaki bernama Haikal itu telah terlambat untuk kelas statistik yang sepatutnya bermula 45 minit lepas. Haikal makin mempercepat lariannya hingga berakhir melanggar seorang yang memegang tindanan buku di tangan. Pelajar mungkin, perempuan itu terjatuh bersama-sama dengan buku yang dipegang, di tambah dengan beg berat Haikal yang turut jatuh di atasnya. Malangnya nasib pelajar tersebut, dah jatuh ditimpa beg berat pula. 

"Allah. Sorry cik, saya minta maaf." pinta Haikal. Dia merasa bersalah sekaligus merasa resah. Sebentar lagi akan masuk jam pertama pelajaran dimulai, dia yakin namanya akan terus ditandai tidak hadir jika lambat seperti ini dan Haikal tak boleh biarkan perkara itu terjadi. Dalam masa yang sama, dia merasa bersalah kerana telah melanggar pelajar tersebut. 

"Err, hello encik. Kalau takde niat tolong pun, sila amik beg awak yang berat ni. Bukan mengelamun kat situ!" tegas pelajar tersebut. Haikal tersedar dan cepat-cepat mengambil kembali beg galasnya. Dia juga menghulurkan tangan sebagai bantuan kearah pelajar yang memakai kad nama Atirah itu. 

Atirah menghiraukan tangan itu memandangkan Haikal memakai baju lengan pendek. Dia takut menyentuh lelaki itu tanpa lapik. Dia bangun dengan berpegang pada tiang yang kebetulan berada di tempat dia jatuh. Haikal memandang tindakan tersebut dengan senyum sinis. 

"Tadi suruh tolong. Bila offer sombong" perli Haikal. 

Atirah mendongak memandang si lelaki mulut laser tersebut. Dengan tenang dia berkata, "Takleh pegang. Haram, kecuali kalau darurat sangat. Tu pun tak tahu ke?" 

Perlian tersebut membuat senyum sinis tadi memudar. Haikal memaki dirinya sendiri di dalam hati. Dia sedikit tak sedar diri, padahal dia yang menyebabkan wanita itu terjatuh. Atirah hanya diam sambil tergelak mengejek dan melangkah pergi. Haikal juga ikut pergi dan mengabaikan pandangan orang2 yang menyaksikan kejadian tersebut. Jangan lupa yang dia sudah lambat. 

--------------------------------------------------------

"Encik yang saya tak kenali, kalau nak sesuatu sila bagitau sekarang. Dah setengah jam kita kat sini, saya masih ada banyak urusan. " Atirah mengeluh. Dari tadi dia ditahan oleh lelaki pelik yang melanggar nya tempoh hari. Yup, Haikal lah yang menahannya sekrang ini. Entah apa mahu lelaki itu, dari dia ditarik paksa keluar dari kelas sampai sekarang mereka berada di belakang bangunan fakulti sains lelaki itu belum berkata sepatah haram perkataan pun. 

"Let me introduce myself first, my dear. My name is Haikal Khuzairi, I'm 22 years old and I'm single. The reason you are here because I want to get to know you. " terang Haikal dengan senyum indah yang menghiasi wajahnya. 

Jujur, Haikal sendiri tak tahu mengapa dia melakukan ini. Sejak kejadian tempoh hari, Haikal selalu terbayang wajah wanita itu. Dia merasa kosong apabila dia tak nampak keberadaan wanita itu. Sebab itu Haikal dengan kurang ajarnya merasuah sahabat Atirah untuk memberikan jadual wanita itu kepadanya. Haikal merasa wanita tersebut bakal jadi salah satu orang terpenting dalam hidupnya. Entah dari segi apa, dia belum pasti. Yang pasti, Haikal mahu berkenalan dengan wanita tersebut. 

Atirah tersenyum mengejek. " Are you kidding me right now? Apasal tiba-tiba nak berkenalan dengan 'budak sombong' ni? Gila eh?" perli Atirah. Dia masih mengingat bagaimana lelaki itu dengan membabi buta mengjudge dirinya sombong. Padahal kalau ikutkan Atirah adalah sosok paling periang dan peramah di circlenya. 

Haikal menarik nafas perlahan. Agaknya dia memang kena sabar menghadap wanita ini. "I tukar fikiran. You tak sombong, I take that words back. I'm sorry for the other day. Sorry jugak sebab langgar you. Btw, are you okay now, dear? You need me to take you to the bone specialist? Takut lah retak ke apa kaki tu kan?" tanya Haikal dengan riak sedikit risau. 

Compilation of OSWhere stories live. Discover now