Bab 14

388 43 4
                                    

"Ssttt..." Ain berdesis sakit saat menggerakkan badannya. Kepalanya yang berpinar menyukarkannya untuk melihat dengan jelas.

"Alhamdulillah, awak dah sedar." Fariz mengucap syukur apabila Ain sudah sedar daripada pengsannya. Tiga jam dia menunggu akhirnya Ain sudah pun mulai sedar.

Ain terpinga-pinga apabila wajah Fariz menyapa pandangan matanya.

"U-ustaz...?" Dia cuba bangun tapi segera ditegah oleh Fariz.

"Awak jangan bangun mengejut, awak baru je sedar daripada pengsan. Awak okey? Ada sakit dekat mana-mana?"

"Be-belakang saya pedih..." Adunya dengan nada perlahan. Wajahnya berkerut sakit. Seketika dia perasan sesuatu. Rambut?

Matanya membulat. Mana tudung dia? Bila masa dia free hair?

"Ain, jangan bergerak. Luka dekat badan awak tu doktor baru je sapu dengan ubat." Tegur Fariz apabila Ain mula bergerak-gerak tidak tentu arah.

"Mana tudung saya? Saya ada dekat mana? Kenapa u-ustaz ada dekat sini?" Rasa mahu menangis saja apabila auratnya terdedah.

Fariz yang faham terus mengambil tudung sekolah Ain lalu di sarungkan pada kepala Ain dengan lembut. Dia bangga pada Ain kerana Ain amat menjaga auratnya walaupun dalam keadaan sakit.

"Maafkan saya sebab saya dah nampak aurat awak. Awak dekat hospital sekarang ni. Saya terjumpa awak pengsan dekat tepi jalan masa saya nak pulang." Terang Fariz dengan jelas.

Ain menunduk malu. Termasuk kali ini sudah dua kali ustaznya ini membantunya di saat dia tidak sedarkan diri. Sungguh dia amat malu pada Fariz.

"Minta maaf ustaz sebab saya dah susahkan ustaz buat kali kedua." Tuturnya perlahan.

Fariz mengukir senyuman nipis.

"Ain, awak kena pukul dengan ayah awak sebab saya ke?"

Ain terkedu. Cadar tilam hospital digenggam kuat.

"T-tak lah ustaz, mana ada. Salah saya sebab keluar rumah malam tu."

Fariz menatap wajah Ain yang langsung tidak mahu bertentang mata dengannya. Gadis berkulit sawo matang ini cuba menafikan perkara yang sebenar.

"Takpelah kalau awak tak nak share pada saya. Saya tak nak paksa. Kejap lagi awak dah boleh balik. Saya hantarkan ya." Banyak pertanyaan yang mahu ditanyakan tetapi dia tidak mahu membebankan pelajarnya ini dengan pertanyaannya.

Jantung Ain berdegup laju.

Fariz mahu menghantarnya pulang?

Serta merta dia mulai ketakutan. Wajah bengis Encik Karim terus menerpa fikirannya.

"T-takpe ustaz! Sa-saya nak balik sendiri je, takpe. Jangan hantar saya." Kata Ain dengan nada cemas. Dia tak nak di pukul lagi. Sangat sakit dia rasakan. Dia rasa sangat terseksa. Di pukul bertalu-talu umpama dia ni anak patung.

"Jadi, betullah awak kena pukul sebab saya?"

Ain diam membisu. Wajahnya tunduk menekur memandang jari jemarinya. Matanya sudah bergelinang dengan air mata. Bila-bila masa saja boleh jatuh mengalir.

Fariz melepas keluhan kecil.

"Awak jangan risau, adik saya ada dengan saya untuk teman awak sampai ke rumah. Kalau ayah awak tak percayakan saya at least adik perempuan saya ada sebagai saksi." Pujuk Fariz dengan lembut.

"A-adik ustaz?"

"Yup, Kak Airin. Ingat lagi tak?"

Ain mengangguk kecil. Mana mungkin dia melupakan wanita cantik itu sekelip mata sahaja.

INDAHNYA SABAR √√Where stories live. Discover now