Okey semua...
Ini Sequel yang sudah saya janjikan untuk update (saya tahu saya lambat, sorry semuanya).
Anyway, harap semua enjoy membaca!
Many thanks untuk korang yang masih stay dengan story ni, saya sangat terharu! T~T
_________________________________________________________________________
MATANYA terbuntang besar saat dia melihat tubuh wanita tersebut melayang tinggi di udara. Dia sudah sedaya upaya berlari secepat mungkin agar dia boleh tiba di dekat wanita itu dan menyelamatkan dia. Malangnya, jarak diantara mereka masih jauh.
Ace merenung dengan wajah terkedu saat tubuh Jesse terhentak keras ke atas tanah. Meskipun begitu, Ace tidak berhenti berlari. Kakinya tetap diayunkan dengan kelajuan yang setiap masa meningkat.
'Please, you have to stay alive...' Hanya itu saja kata-kata yang terngiang di mindanya saat anak matanya menatap tubuh Jesse yang seolah-olah tidak bergerak itu.
"Ace! Watch out!" teriak Connor, memperingati Ace jika Dark Monster yang tiba-tiba muncul dan menyerang mereka masih belum mati lagi.
Connor melihat Ace yang berlari pantas ke arah Jesse tanpa menghiraukan kehadiran Dark Monster itu. Dia bimbang jika nyawa Ace juga dalam bahaya jika lelaki itu tidak mempedulikan keadaan sekeliling.
Ace tidak mendengar laungan Connor ketika itu kerana saat ini, hanya ada satu saja yang berada di mindanya. Dia hanya mahu menyelamatkan Jesse!
"Shit! Kita kena hentikan Dark Monster tu sebelum ia mengganas lagi!" teriak Stephen kepada yang lain. Pada masa yang sama, dia juga risau dengan keadaan Jesse yang sudah terbaring di atas tanah.
Dengan cepat tentera-tentera yang masih ada di zon perang itu mengambil senjata dan segera menyerang serta menghalang Dark Monster itu daripada semakin mengganas.
Ace berjaya mendapatkan Jesse yang terlihat lemah itu.Mata Jesse masih terbuka sedikit tapi dia terlihat tidak memberi reaksi sedikit pun. Ace melihat bahagian dahi gadis itu sudah pun berdarah. Bukan itu saja, malah sudah ada darah yang keluar dari bahagian hidung dan mulutnya.
"Jesse!" Ace memegang kedua belah pipi Jesse, mahu mendapatkan reaksi dari wanita itu. Namun Jesse hanya memandang kosong ke arah hadapan, seolah-olah suara Ace memanggil tadi tidak didengari pun.
"Hold on... I'll get you out of here!"
Ace segera mengangkat tubuh wanita itu dan membawanya pergi.
Malangnya, Dark Monster yang menyerang mereka melihat ada Ace dan Jesse berdekatan. Ia pun mengaum kuat dan mahu menyerang mereka berdua.
Ace tahu dia tidak akan dapat melawan Dark Monster itu tanpa sebarang senjata. Apatah lagi sekarang ini, dia sedang mengangkat Jesse.
Serentak dengan itu, Mark dan Cris pun tiba dan memberikan perlindungan kepada mereka berdua. Cris memandang ke arah Ace. Sempat lagi dia melirik ke arah Jesse yang sudah pengsan sepenuhnya di pelukan Ace.
"Go! Take her! Kami akan tahan Dark Monster ni di sini! Kau harus pastikan dia selamat dulu!" ujar Cris dengan tegang kepada Ace. Dia lebih risaukan keadaan Jesse dan hanya mahu sahabatnya itu selamat.
Ace mengangguk dengan kata-kata Cris. Dia memandang Cris dan Mark secara bergilir. Dengan wajah serius, dia berkata, "Be safe." Lalu, dia pun segera meninggalkan tempat itu.
Ace tiba di khemah kecemasan dan meletakkan Jesse di katil kecemasan yang dibuat khas untuk tentera yang cedera. Dia menjadi semakin risau saat melihat Jesse yang sudah pengsan sepenuhnya.
YOU ARE READING
2. Season 1 : This Is My Fate
Adventure(SEASON 1 : The New Beginning) Roh Jesse masuk ke dalam badan seorang wanita cantik dan kuat yang bernama Jessica. Jessica meninggal kerana dia membiarkan dirinya berlapar selama dua minggu, tanpa makan dan tanpa minum. Jesse merasa perbuatan Je...