Bab 40

78 6 0
                                    

“Lambat lagikah kita mahu sampai?” tanya gadis itu sambil membetulkan kain selendang di kepalanya.

“Sudah mahu sampai, sikit sahaja lagi,” kata empunya yang ditanya itu. Gadis tadi mengangguk kepala tanda mengerti. Kadang-kadang pokok yang menghalang laluannya dia tepis lembut.

Wanita yang berada disebelahnya hanya memerhati gerak geri gadis itu. Kadang dia menjeling dan terus berjalan hingga ke tempat mereka ingin tuju.

“Wah Anggun! Tempat ini cantik,” kata gadis itu teruja apabila mereka tiba di sungai yang Anggun janjikan untuk membawanya. Sungai itu airnya jernih dan kawasannya agak sunyi.

Mustika mendekati gigi sungai dan membawa kaki kanannya masuk ke dalam air.

“Ya cantik. Cantik untuk kau mati,” Mustika terkesima dengan balasan Anggun. Pantas dia menoleh untuk melihat Anggun.

Belum sempat dia menoleh, Anggun menolaknya jatuh ke dalam sungai. Basah baju Mustika. Pantas dia menahan diri agar tidak terbaring di kawasan sungai cetek itu.

Mustika gelabah melihat wajah Anggun.

“Ang…Anggun. Apa yang tuan hamba mahu lakukan,” gagap Mustika badannya mula sejuk, sejuk air, sejuk meremang. Dia mengundur apabila Anggun mendekat.

Pantas Anggun menarik rambut Mustika dan pergi ke kawasan sungai yang lebih dalam. “Anggun! Lepaskan kita! Tolong!” Mustika meraung untuk dilepaskan.

Anggun buat tak endah, terus dia tarik sahaja Mustika dengan marah,dendam.

“Anggun! Lepaskan kit…” tak sempat Mustika habiskan ayatnya terus kepala Mustika Anggun masukkan ke dalam air dengan kasar. Mustika meronta-ronta untuk mengeluarkan kepalanya tapi Anggun tahan dengan kedua tangannya.

Mustika meronta lagi, dia mencengkam tangan Anggun dengan kuat untuk menyakitkan lengan Anggun. Malang sekali Anggun menekan kepalanya dengan lebih kuat.

‘Ya Allah! Bantu hambamu ini ya Allah! Sakit’ Mustika masih lagi beronta, sekejap dia terasa lemas, dadanya terasa dipenuhi air.

“Jika aku meminta kau menjauh dari Adi. Ia pasti mustahil. Jadi baik aku bunuh kau sahaja!” Anggun berkata kuat tapi kata-kata itu hanya sayup didengari oleh Mustika. Tapi dia masih faham.

“KALAU ADI TIDAK MEMILIH KAU. AKU TIDAK AKAN BUAT BEGINI!” Jerit Anggun dengan tangannya menarik kepala Mustika keluar. Mustika cuba bernafas dengan baik, sedikit air matanya keluar.

Belum sempat dia bernafas dengan baik, kepalanya dicelup lagi. Sesungguhnya Anggun sudah hilang kawalan.

“INI SALAH KAU! BUKAN SALAH AKU!”

“KAU PERLU MATI!” Anggun tekan lagi kuat kepala Mustika. Rontaan Mustika semakin perlahan, dia sudah lemah. Bila-bila masa sahaja dia boleh mati.

Ya Allah! Asyhadu al laa ilaaha illallah, wa asyhadu anna muhammadar Rasulullah,’ kalimah syahadah itu Mustika kalamkan di hatinya sebelum dia benar-benar menutup mata. Rontaanya terhenti.

“ANGGUN!”

                                                            “Kenapa kau tiba-tiba sahaja mengajak aku bersiar-siar?” tanya Adi sambil memandang tajam gadis dihadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                                                           
“Kenapa kau tiba-tiba sahaja mengajak aku bersiar-siar?” tanya Adi sambil memandang tajam gadis dihadapannya.

“Saja, bosan” balas gadis itu perlahan. Adi mendapat akal.

“Bukan kau kata tadi mahu keluar bersama Puspa?” Adi bertanya soalan yang dia tahu sendiri jawapannya.

“Ha? Oh ya. Tapi Puspa tiba-tiba ada hal yang harus diselesaikan, jadi kita tidak jadi keluar bersama dia” balas gadis itu cuba menenangkan diri membalas soalan jerat itu.

Adi tersenyum sinis. Dia sudah dapat tangkap, gadis dihadapannya bukan Mustika yang dia kenal.

“Kau siapa?” Gadis itu kerut kening memandang Adi.

“Ki… kita Mustika, Adi kenapa? Sudah gila ya?” gadis itu sudah panas punggung. Takut penyamarannya tertangkap.

Sayangnya dia berdepan dengan Adi. Sudah pasti laki itu tau siapa dihadapannya.

“Bohong, seorang Mustika tidak akan keluar dari rumah tanpa kain selendangnya,”

“Oh, kita terlupa,” gadis itu menunduk dan memegang rambutnya

“Dan Mustika tidak memanggil aku dengan namaku sendiri,” gadis itu memandang Adi yang menghadiahkan senyuman sinisnya.

“Itu pun kau lupa?” tanya Adi dengan tangannya dia genggam kuat. Geram, siapa yang berada dihadapan dia ketika ini. Gadis itu tersenyum sinis.

Dengan pantas wajah Mustika yang manis berubah menjadi wajah hodoh.

“Cindai!” kaki Adi mengorak langkah kebelakang. Cindai tersenyum manis dengan wajah hanya hodohnya.

“Ya kekasihku, ini aku,” Cindai ketawa suka. Adi membuat muka jijik dengan panggil ‘kekasih’ yang cindai gunakan.

“Kenapa kau menyamar?  Mana Mustika, apa yang kau lakukan pada dia?”

Cindai ketawa lagi, kali ini lebih galak.

“Tidak perlu kau berlagak menjadi pahlawan wahai Adi, dia akan mati tak lama lagi,” Cindai berkata dengan senyuman hodohnya yang masih belum mati.

Adi mengetap gigi dan terus berlari ke arah Cindai.

Leher Cindai dia genggam kuat, “Kau cari pasal dengan orang yang salah, Cindai” Adi melepaskannya dan terus berlari untuk mencari Mustika.

Cindai menyepak belakang Adi hingga terjatuh. Pantas Adi genggam tanah dan terkumat-kamit membaca sesuatu.

Lantas tanah itu dia baling ke Cindai. Menggelupur Cindai di buatnya.

Adi bangun dan terus berlari meninggalkan Cindai yang sudah kepanasan. Benar, Cindai telah mencari masalah dengan orang yang salah.
.
.
.
.
.
.
.
Terasa agak panjang, tapi takpelah enjoy je lah

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now