Mustika duduk di kerusi luar rumahnya dengan berselimutkan kain batik.
Malam yang tenang, angin malam yang sejuk itu mampu meleburkan jiwa-jiwa yang sedang dalam gundah gulana.
Rembulan yang menjadi igauan para pencinta malam juga dia tatap lembut.
Bulan walaupun tak sentiasa ditemani oleh bintang, tetap menjadi diri sendiri. Menerangi malam tanpa bantuan yang lain untuk menarik perhatian si pelihat.
Kerana hanya Allah, Allah yang memberi sinaran itu pada rembulan untuk terus bekerja sebagai penyinar malam.
Sama juga seperti manusia, kita ada Allah. Kenapa perlu meminta bantuan pada makhluknya. Kenapa perlu ada orang lain yang menjadi tunggak untuk kita jauh kehadapan. Kita ada Allah, kita ada Tuhan. Percaya pada dia, InsyaAllah tidak akan kecewa.
Puas mengelamun tiba-tiba tempat disebelahnya diduduki seseorang. “Tidak sejukkan berada di luar rumah begini?” tanya Adi sambil menyandarkan badannya pada dinding rumah papan itu. Mustika memandang Adi dan menggelang.
“Kau baik-baik saja?” mata mereka beradu seketika. Mustika tidak mahu lepas memandang Adi. Terasa dia perlu mengingati sesuatu, tapi apa yang perlu dingatkan? Adi memandang Mustika pelik, matanya dia kelip berkali-kali. Begitu juga Mustika.
“Oh, tuanku yang menyelamtkan kita kan?” tanya Mustika bila dia teringat dia melihat Adi sewaktu dia bangun kemudian dia menutup matanya kembali. Adi hanya diam.
“Terima kasih, tuanku” kata Mustika dengan senyum nipis. Tiada lagi senyuman lebar dan manis seperti sebelum ini.
“Sama....sama” perlahan Adi membalas. Dia berfikir seketika. Mustika ingatkah apa yang dia lakukan tempoh hari. Gelabah dia seketika, tapi tak mahu pula dia bertanya. Dah kalau Mustika tidak ingat biarkan, jangan diingatkan. Malu dia nanti.
Dia membuang pandangan jauh ke arah beberapa penduduk yang masih belum tidur. Waktu sebegini memang masih ramai yang belum tidur, ada yang sedang membuat aktiviti malam mereka, berbual di luar rumah. Ada yang memasak air. Jadi bukan mereka berdua sahaja di waktu malam begini.
“Kita terlalu naif kan, tuanku?” tanya Mustika memecahkan kesunyian mereka. Adi hanya diam mendengar, tidak tahu mahu membalas apa.
“Dua kali kita diambang kematian kerana percaya pada perkara yang tak patut dipercayai.” Mustika mengenangkan kembali detik hitamnya.
“Rasanya jika kali ketiga berlaku lagi hal seperti ini. Mungkin, kita sudah menghadap tuhan.” dia tergelak halus. Kelakar dengan diri sendiri yang terlalu naif. Allah...
Adi diam tidak membalas, matanya memandang Mustika yang menatap langit malam. Muka Mustika sungguh tenang, tapi adakah hatinya juga setenang itu. Kerana diakah Mustika jadi begini? Salah diakah?
“Kita sukakan tuanku,” kata Mustika sambil menatap muka Adi yang sedang memandangnya. Adi terkesima dengan pengakuan itu.
“Tapi tak mungkin itu akan terjadi,” Mustika menyedarkan dirinya lagi.
Mulutnya sangat tidak hormat tuan ya. Suka hati sahaja mengaku begitu. Dia janggal seketika bila Adi masih menatapnya lama.
“Kau mahu tahu sesuatu,” akhirnya Adi bersuara setelah sekian lama mereka disitu. Mustika memandang Adi tanda dia mahu mendengarnya. Adi tersenyum nipis.
“Bagi aku, kau itu ibarat laut,” kening Mustika bertaut. Sudah cantik begini disamakan dengan laut? Dimana masinnya? Dimana tawarnya yang Adi nampak diwajahnya?
“Sebab.... diri kau itu boleh diselami. Tapi boleh juga melemaskan,” jujur Adi mengatakannya. Mustika tergelak halus.
“Jika kita laut, tuanku pula api,” kata Mustika tak mahu kalah. Adi melayankan sahaja.
“Boleh didekati, tetapi bahaya untuk disentuh.” Mustika berkata perlahan, dia maksudkan kata dia itu. Adi senyum nipis memahami apa yang Mustika katakan. Yang disampaikan adalah yang tersirat, dia yang perlu merungkaikan ayat itu agar dia tahu apa yang Mustika ingin sampaikan.
“Laut, air.... air dan api tak boleh bersatu, kan?” Adi bertanya walaupun dia tahu jawapannya. Mustika tersedar dan menatap bulan yang menjadi tatapan utamanya sejak tadi.
“Erm, tak boleh bersatu,” dia faham. Air itu dia, api itu Adi. Tak mungkin mereka boleh bersama. Sesungguhnya detik ini mereka sudah menyedari perasaan masing-masing. Ya cinta dan kasih sudah tercipta diantara mereka.
Lama mereka diam melayan perasaan masing-masing sehingga Adi tersedar Mustika sudah terlelap. Tergelak kecil dia, penat agaknya. Tiba-tiba badan Mustika kedepan hilang imbangan, pantas tangan dia menahan dahi Mustika supaya badan Mustika tidak jatuh dari duduk di kerusi.
Perlahan dia membetulkan kedudukan Mustika dan melentokkan kepala Mustika di lengan sasanya. Mustika masih tak menyedari hal itu.
Sah tidur mati. Rambut Mustika yang terjuntai dia selitkan di belakang Mustika.
Dalam senyuman dia tatap lama separuh wajah cantik Mustika yang nyenyak diulit mimpi.
"Selamat malam, si cantik"
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomanceBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...