1

325 7 25
                                    

20.04.2018

"Nokk! Aku ada benda nak bagitahu ni" ujar Aireena girang.

Haania, Ayra dan Einaa mendengus kasar. Penat kadang-kadang melihat tingkah laku rakan mereka yang satu ini.

"Apa benda kau nak bagitahu ni Rokiah?" soal Einaaa sambil memandang rakannya yang seperti ulat beluncas.

Rokiah tu nama samaran Aireena.

"Aku bagitahu korang ni senyap-senyap je tau!" ujar Aireena Lagi.

Mereka bertiga mencebik. Pelik dengan sikap kawannya yang macam shy shy ton!

"Weh, korang cerita pasal apa ni? nak dengar juga" sampuk Elsha.

Puteri Elsha atau lebih senang dikenali sebagai El.

"Oi, minah duduk lah dulu. Reen ada berita gempak nak bagitahu kita" ajak Ayra.

"Eh lupa, hehe" kata Elsha dengan sengihan lalu mengambil tempat di sebelah Aireena.

"Actually kan aku ade crush" ujar Aireena secara tiba-tiba.

Rakan-rakannya memandang antara satu sama lain. Mana tidaknya kawan mereka yang seorang ni anti-lelaki.

"Siapa crush kau?"

"Sejak bila minat?"

"Handsome ke tak?"

Soal mereka bertiga serentak. Elsha memandang Aireena.

"Seriusly reen? Eh aku pon ada benda gempak nak bagitahu korang" ujar Elsha gembira.

"Bagilah Reen habiskan cerita dia dululah" kata Elsha.

"Eh tak apa, kau teruskan dengan cerita kau tu. Crush aku tu nanti-nanti korang tahu" ujar Aireena memberi ruang kepada Elsha bercerita.

"Okey, thankyou Reen! Macam ni haritu Zariel ada jumpa dengan aku and korang tau tak dia confess dekat aku" kata Elsha teruja.

"Weh, serius ah!" ujar yang lain terkejut.

"Ya"

"Then, kau terima tak?" soal Eynaa.

"Ermm, terimalah!" ujar Elsha gembira.

"Wow, congrats babe!"

Elsha tersenyum malu.

Mereka perasan Aireena mendiamkan diri sejak Elsha cakap Zariel confess dekat dia.

"Hah Reen, apa berita gempak kau tu" tanya Haania.

"Hah? Erm tak ada papelah, next time aku bagi tau" kata Aireena.

Mereka hanya mengangguk sahaja.

"Tak sia-sia kami shipkan kau dengan si Zariel tau" kata Ayra.

"Kadang-kadang mulut kau tu pon masin Ra" usik Eynaa.

"Eh, aku ada hal. Nanti korang terus pergi kelas tau" kata Elsha yang berlalu pergi dari situ.

"Okey"

Sedang Aireena leka dalam dunianya sendiri, ada satu suara menyampuknya.

"Reen, apa benda yang kau nak bagitahu kami tadi?" soal Haania.

Biasalah Haania ni memang dekat kepala dia banyak soalan.

"Asal kau diam je lepas El bagitahu yang dia couple dengan Zariel?" tanya Ayra pula.

"Haah, aku pon perasan kau diam je dari tadi" sampuk Eynaa.

"Crush yang aku cakap dah lama suka sejak f1 tu, boyfriend El, Zariel" ucap Aireena perlahan.

Aireena Luthfia : Euphoric LoveWhere stories live. Discover now