ꕥ PROLOG ꕥ

32 6 2
                                    

4 May..

Masuk sahaja aku ke dalam bilik guru, dapat aku lihat dengan jelas beberapa orang guru yang berada di ruangan ini.

Dahiku berkerut seketika apabila tidak menjumpai sosok guru yang aku cari. Aku mula berjalan menuju ke meja Miss Hye yang tidak jauh dari situ.

Nampak macam tak sibuk, aku pun cuba menyapa guru perempuan yang mengajar subjek Muzik itu.

"Erm.. Miss?" Sapaku dengan singkat.

Pandangan matanya yang tadi fokus pada kertas kerja bertukar arah. Wanita itu memandang aku dengan senyuman nipis di bibirnya.

"Ya, Haeun? Awak nak hantar buku latihan Sains ke? " Tanya guru wanita itu.

"Err.. Ya. Sir Lee ada tak?"

"Sir Lee cuti, isteri dia melahirkan anak pertama mereka malam tadi. Dia suruh hantar pada saya. Awak letak je dekat atas rak tu." Balas Miss Hye sambil mengelap kaca matanya dengan kain kecil yang nipis.

Buku latihan Sains yang tadi berada di tangan berpindah tempat. Aku letakkan ia di atas rak kecil yang berada di tepi meja kerja Miss Hye.

"Terima kasih, Miss." Aku menunduk hormat. Baru sahaja aku hendak mengundur diri dari meja itu, Miss Hye memanggil namaku.

"Ya, Miss?" Sahutku.

"Erm, saya nak awak tolong panggilkan beberapa orang pelajar dari kelas adik awak, Jung Sungchan. Saya nak jumpa dengan mereka untuk agihkan tugas kemas bilik muzik. Nama mereka ada pada kertas ni." Arah Miss Hye kepadaku sambil menghulurkan sehelai kertas.

Aku capai kertas tersebut, nama yang tertera padanya aku lihat. Nama adikku, Sungchan juga ada tertera di sana.

"Baiklah, Miss. Selepas ini saya akan pergi ke kelas tersebut dan beri tahu mereka hal ini." Kataku kepada Miss Hye lalu keluar dari bilik tersebut selepas mendapat keizinannya.

・:*:・゚★,。・:*:・゚

Sampai sahaja aku dan Nayeon dihadapan kelas 4-1, aku mengetuk pintu kelas yang tertutup rapat itu.

"Come in." Arah satu suara, dapat aku katakan itu adalah suara Madam Wendy, guru subjek Bahasa Inggeris.

Aku pun membuka pintu kelas tersebut, semua yang berada di situ memandang aku dan Nayeon, tak lupa juga Sungchan yang tersenyum riang melihat aku.

Aku turut membalas senyumannya, Madam Wendy yang berdiri di hadapan papan hitam aku pandang, sebelum akhirnya aku memulakan percakapan.

"Good morning Madam, I'm sorry for disturbing your class. I have something to tell you guys, it is from Miss Hye. Would you give me a little time to call all these names?" Tanyaku dengan sopan sambil menunjuk kertas yang dipegang erat oleh tanganku.

"Good morning, Haeun. As you should, you can take your time." Balas Madam Wendy sebelum perlahan-lahan menarik kerusi yang tidak jauh dariku.

Melihat keadaannya yang sarat mengandung, aku pun membantu Madam Wendy menarik kerusi tersebut. Kalau tak tolong, mahu terberanak cikgu tu kat situ.

"Thanks." Ucapnya sambil tersenyum manis padaku lalu duduk di kerusi itu. Aku pun hanya membalas senyumannya, tanggungjawab sebagai manusia kan. Takkan lah nak tengok je ibu mengandung struggle nak duduk tanpa bagi apa-apa pertolongan.

Baru sahaja aku hendak membaca nama yang tertera di kertas, Madam Wendy terlebih dahulu mengangkat tangannya.

"Class, your senior has something to say. Please pay attention to her. " Arah guru itu dengan lantang buatkan para murid-murid yang tadinya rancak berborak serta merta diam memandang aku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 20, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Her Lost Pieces : chenle (hiatus)Where stories live. Discover now