Bab 46

71 8 12
                                    

“Kenapa kau tak sedar Mustika! Astaghfirullah! Kau bodoh Mustika” Mustika memaki diri sendiri. Bagaiman dia tidak perasan sakit tadi adalah senggugut. Sekarang sudah bocor, mana mahu letak muka?!

Puspa melihat Mustika yang sedang bercakap sendiri dengan dahi yang berkerut. “Mustika kau kenapa?”

Mustika tidak layan soalan itu dan hanya menggeleng kepala. Laju sahaja kakinya bergerak pergi ke rumahnya. Lansung dia tak pandang kiri kanan dah!

“Kenapa tu?” tanya Intan di sebelah Puspa, dia hanya menggeleng sambil mencebik.

                                                         Adi pantas berjalan di laluan panjang istana untuk mencari bondanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                                                        
Adi pantas berjalan di laluan panjang istana untuk mencari bondanya. Dia ingin meminta sesuatu, terhenti dia apabila melihat bondanya sedang berada di jendela menghadap luar.

Dia berjalan laju, Puteri Bakawali kerut kening dan pantas menoleh melihat anak terunanya.

“Kamu dah kenapa, Adi?” tanya Puteri Bakawali pelik. Adi menggerutu seketika, tiba-tiba dia takut nak minta benda itu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Mata Puteri Bakawali mengecil melihat muka tampan anaknya. “Katakan sahaja, apa yang kamu mahu.” Puteri Bakawali tahu anaknya ada hajat datang berjumpa dia. Dia cukup kenal anaknya si Adi Rajuna ni.

“Boleh tak kalau Adi meminta kain...kain tebal” Adi meluahkan hajatnya seperti anak kecil meminta sesuatu.

“Kain tebal? Untuk apa?” Puteri Bakawali kerut kening.

“Untuk....untuk balut luka,” Adi mereka alasan. Ya lah berdarah kan? Luka la kan?

“Balut luka? Siapa yang terluka? Luka dimana?” tanya bondanya cemas. Adi terdiam, nak cipta alasan apa lagi?

“Ahhh bonda tak perlu risau, ada atau tidak, bonda?” Adi bertanya cemas, sebenarnya boleh saja dia meminta pada dayang istana, tapi tah la. Bondanya jadi pusat permintaan dia yang pertama.

Puteri Bakawali hanya mengangguk dan memanggil dayang untuk mengambil beberapa kain tebal.

Setelah kain tebal itu dibawa, pantas sahaja kain itu Adi ambil.

“Terima kasih bonda, nanti Adi pulang!” kata Adi kelam kabut. Tak pandang belakang dah. Menggerutu bondanya melihat dia.

“Aneh, sejak bila dia berkelakuan begini?” tanya Puteri Bakawali sambil mejeling pembantunya. Pembantunya hanya mencebik sambil menggeleng.

                                                            “Puspa, nah!” Adi hulur kain tebal pada Puspa, kerut dahi gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                                                           
“Puspa, nah!” Adi hulur kain tebal pada Puspa, kerut dahi gadis itu. Dia memandang Adi lama meminta penjelasan.

“Bagi kain ni pada Mustika,” kata Adi ringkas. Minda Puspa sudah penuh dengan tanda tanya, tapi dia ambil juga kain itu. Pantas sahaja Adi meninggalkan Puspa.

Puspa pergi pada Mustika yang sedang menjemur kain batik yang dia cuci tadi. Pakaiannya sudah dia tukar tadi, balik rumah sahaja terus dia membersihkan apa yang patut. Mulutnya juga masih belum berhenti memarahi diri sendiri. Malu punya pasal.

Puspa hanya memandang pelik Mustika yang bermasam muka itu.

“Nah,” Puspa menghulurkan kain tebal yang Adi berikan tadi. Mustika hanya melihat kain tebal di tangan Puspa itu. Perlahan dia mengambil, dahinya berkerut.

Kain ini sesuai untuk dia guna ketika dia dalam fasa haid sekarang ini. Tapi kenapa Puspa yang beri, bagaimana Puspa tahu?

“Kain ini Adi yang bagi, untuk apa dia tidak berkata pula, entahlah kita pergi dulu. Ada kerja yang harus dibuat,” pamit Puspa. Mustika hanya mengangguk dengan mukanya yang mula memerah menahan malu.

“Sekejap... Mustika kau baik-baik sahaja kan?” tanya Puspa risau. Mustika laju mengangguk tanda dia baik-baik sahaja.

Puspa mengangguk dan pergi begitu sahaja. Mustika memadang kain tebal itu lama. Mukanya berkerut.

“Arghhh malu!” Mustika mengehentak kakinya, rasa nak nangis pun ada sekarang ni.

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now