Part 24🌷

594 20 3
                                    

"letak sini dhia"- kata iqa yang sibuk menyusun makanan di atas meja

"Okay"- dhia meletakkan nasi goreng yang di masak oleh mak som berserta roti bakar untuk Tuan Rayyan

"Terima kasih dhia. Sudahlah Bangun awal lepastu datang dapur tolong kitorang dua ni, susahkan awak ja"- kata iqa

"Tak ada apa la, saya memang biasa bangun awal dan satu lagi, tak boleh duduk goyang kaki"- kata dhia

"Ye la, iqa nak pergi basuh baju kejap"- iqa berlalu pergi dan meninggalkan dhia di ruang makan

"Okay"- Dhia meletakkan pinggan dan sudu di atas meja untuk memudahkan Rayyan mengambilnya

' dia ni tak bangun lagi ka '- monolog hati dhia

' japgi turun la tu '- dhia berjalan selangkah ke belakang dan tiba-tiba dia melanggar seseorang di belakangnya

"Ttuan rrayyan"- dhia beralih ke belakang dan sedikit tersentak melihat rayyan sangat dekat dengannya

Rayyan menunduk sedikit bagi selaras dengan ketinggian dhia dan merenung wajah putih mulus miliknya

"Aaawwak nnakk bbuat aaappa nnii"- tergagap dhia menyusun ayatnya apabila rayyan semakin dekat dengannya, dia segera menutup matanya dari melihat apa yang bakal berlaku seterusnya

"Kau halang tempat aku nak duduk"- bisik rayyan di telinga dhia

"Ouhh...soorry"- dhia bergerak ketepi dan memberi ruang kepada Rayyan

Rayyan duduk di atas kerusi dan mengambil roti bakar serta air teh yang disediakan oleh pembantu rumahnya

Dhia ingin segera berlalu pergi tetapi ada satu tangan menariknya sehingga dia terduduk di atas kerusi bersebelahan rayyan

"Teman aku"- arah Rayyan

Dhia mengangguk perlahan

Dalam diam, dhia curi-curi pandang ke arah rayyan yang segak berbaju kemeja kerjanya. ' hensem jugak dia ni '- monolog dhia

"Dah habis scan, ke kau nak scan lebih dalam lagi"- perli rayyan. Dia nampak yang dhia curi-curi pandang ke arahnya

"Mmana ada"- dhia mengalihkan pandangannya ke arah lain

Rayyan tersenyum sinis, dia bangun dari duduknya

"Aku pergi dulu"- kata rayyan sebelum dia berlalu pergi

Belum sempat Dhia ingin mengatakan sesuatu, rayyan sudah hilang dari pandangannya

"Assalamualaikum,bye"- dhia hanya mampu berkata perlahan sahaja, kerana rayyan sudah pergi










.







.







.
"Finally!"- jerit Eiyad yang baru tiba di KLIA

"Kau tak reti diam ka bodoh, dah la ramai yang tengok ni"- kata amir

"Diorang tengok kita sebab kita ni terlalu hot, okay"- dengan gayanya Eiyad membuka spek mata hitamnya dan mengenyit mata ke arah orang-orang yang melihat ke arah mereka

Vicky hanya diam sahaja sehingga sampai ke arah anak buah rayyan selaku anak buah mereka juga

"Welcome back, Tuan"- sapa salah seorang dari mereka dan memberi tanda hormat kepada ketiga-tiga jejaka di hadapan mereka ini

Vicky hanya mengumam sahaja

"Mana kereta"- soal Eiyad yang sudah mula panas

"Jom ikut saya tuan"

Kanz Rayyan CarlWhere stories live. Discover now