50 votes + 40 comments
Slurpp! Slurpp! Slurppp!
Bunyi Jeon Jungkook menghirup mee segera eksklusif buatan chef ternama dari Jepun yang datang ke rumah Jeon Jungkook dengan helikopter dari Jepun beberapa belas minit yang lalu.
Slurpp! Slurppp!
Giliran bunyi Seoyun menghirup kuah ramen yang rasa masin pedas itu.
"Ahh" bunyi gadis itu menghembus nafas setelah menelan kuah ramen yang sedap itu.
Macam mana boleh sampai sini? Mari kita bersama-sama kembali ke waktu sejam yang lepas.
"Awak tunggu drama Reban House juga ke?" soal Seoyun setelah balik sahaja dari sekolah, Jungkook terus tercongok dengan televisyen seperti kanak-kanak baru balik tadika menunggu rancangan wonder pets setiap pukul 3 petang.
"Eh mestilah! saya jadi pelabur dalam drama ni sebab saya nak drama ni cepat siap tau. Sebab saya tak sabar nak tengok!" balas Jungkook sambil terduduk dihadapan televisyen di atas karpet itu.
"Jangan la duduk depan sangat, nanti rosak mata macam mana?" balas Seoyun sambil menarik lengan Jungkook untuk mengheret lelaki itu duduk di atas sofa.
"Alaa, nanti tak nampak subtitles macam mana" balas Jungkook.
"Tak payah nak mengarut sangat, drama tu cakap sama dengan bahasa kita guna, ni bukan cerita naagin atau panga ko sayo" balas Seoyun membuatkan Jungkook mengalah dan mengheret punggungnya sedikit kebelakang.
"Ok dah" kata Jungkook.
"Awak jangan sampai saya cabut TV " balas Seoyun.
"Tak apa, dalam tandas dengan bilik tidur dengan dapur dengan perpustakaan ada televisyen, saya boleh tengok dekat sana" jawab Jungkook tidak mahu kalah.
Ini bukan ayah anak dah, ini memang adik beradik punya perangai. Maklumlah dua dua tidak pernah ada adik beradik sebelum ini memang nampak sangat perangai tak matang semua keluar.
"Hei, orang kaya ni, miskin nanti baru tahu" kata Seoyun.
Perbualan mereka terhenti apabila Nongbu si kucing datang mendekati Jungkook dan duduk di atas ribanya.
"Nongbu tak bagi saya bergerak, jadi saya duduk sini jelah" kata Jungkook sambil tersenyum kemenangan dan membelai bulu lembut kucing itu.
Baru sahaja Seoyun mahu mengeluarkan hujahnya, namun semuanya terhenti apabila iklan televisyen memaparkan iklan ramen. Artis di televisyen itu menghirup ramen itu dengan penuh perasaan membuatkan mereka berdua lapar.
Jungkook dan Seoyun saling berpandangan.
"Nak makan ramen Jepun tak?" soal Jungkook.
Seoyun mengangguk terus tanpa berfikir.
Ingatkan ramen tu ada dalam kabinet dekat dapur tinggal letak air panas dan tunggu je. Salah sesama sekali!
Jungkook membuat panggilan antarabangsa restoran Jepun dan menghantar helikopter peribadi miliknya yang terletak di garaj ke Jepun untuk membawa kemari chef itu.
Kenapa Jungkook tidak ke Jepun sahaja?
Sebab drama Reban House belum habis lagi dan masih lagi iklan. Apa jadi dekat Seojin?! Mana boleh tinggal!
Sebab tulah kenapa chef itu yang perlu datang ke sini.
Berapa kali fikir pun, memang semua orang dalam dunia ni macam bawah jari Jeon Jungkook je. Fuh, tachod!
☆☆☆☆
Jungkook menuruni lif rumahnya menuju ke tingkat B4 untuk melihat koleksi keretanya setelah sekian lama dan dia membawa Seoyun bersama.
Memandangkan B1 merupakan tempat dia menyimpan kereta yang selalu dia guna. manakala B2 tempat dia menyimpan motorsikal besarnya dan B3 tempat dia menyimpan pengangkutan udara jadi B4 dia memilih untuk menyimpan kereta yang dia saja beli untuk dibawa ke parti-parti penting seperti parti pelaburan atau apa-apa.
Mungkin dia patut tambah B5 untuk kereta kebal. Macam seronok je ada kereta kebal bawah rumah.
"Kan Seoyun? Kereta kebal bawah rumah macam best je" kata Jungkook sambil tersenyum kearah Seoyun.
"Daripada beli kereta kebal baiklah awak buat tingkat B4 ni dulu jadi restoran ke letak pizza hut ke apa dalam ni" balas Seoyun dengan nada menyindir. Aduh orang kaya ni mengarut-ngarut je dia.
"Ohh! idea yang bagus!" balas Jungkook.
EHH! BUKANNNNN!
☆☆☆☆
Seoyun menayangkan wajah 'poker face' sambil melihat Pizza Hut, Tealive, Starbucks, Sushi King, KBBQ chicken dan Baskin Robbins Ice-cream shop berada ditingkat B4.
"Tadaaa!" kata Jungkook sambil tersenyum suka.
"Awak ada nak tambah kedai apa-apa lagi?" soal Jungkook kepada Seoyun dengan keadaan yang sudah siap sedia mahu membuat panggilan kepada CEO syarikat tersebut.
"Mana semua kereta awak dekat tingkat ni?" soal Seoyun.
"Oh, sebab saya taku awak nak guna nanti bila dah dapat lesen kereta, jadi saya letak kereta tu semua dekat laman rumah, kalau awak nak cuba bawa ke atau nak main main pun boleh,minta je kunci dengan Encik Kang.
Seoyun menghela nafas berat. Apa gila sangat lelaki ni?
TBC
Tada!! dah update! so basically cerita dia punya main point, Jungkook membazirkan duit dia. Plot yang lain belum mula lagi. Chapter 1-10 memang sesi menghabiskan duit bersama Jungkook je. Sebab kita semua broke jadi kita tengok dia jela mampu.
Tajuk makanan, dan ia membezakan taraf kita. MUHAHAHA
Hope u guyss enjoyy!
YOU ARE READING
Lucky Fluke
Fanfiction▪︎Anda percaya kepada ramalan nasib atau anda lebih percayakan fakta?▪︎ Warning : Jungkook low key sugar daddy🌹 No Mature Content🚫 A little bit romance ✔ Extra comedy ✔ 🔹️Banyak ilmu tentang perkembangan ekonomi dunia🔹️