Bab 49

69 9 3
                                    

Puteri Bakawali menatap bulan dilangit malam itu, dia tida boleh tidur. Terasa ada sesuatu yang bermain dibenaknya.

Lama dia tenung bulan itu dengan fikiran yang sarat dengan pelbagal hal.
Dia teringat sesuatu bila melihat bulan itu. Tak silap dia, hari ini sudah hari ke sebelas bulan ini. Selalunya bulan purnama akan muncul 14 hingga 16 hari dalam setiap bulan.

Maknanya bulan yang dia tatap ini dalam bulan hampir purnama. Dan lagi beberapa empat hari bulan purnama akan muncul.

“Mustika!” ya dia teringat Mustika. Pada setiap bulan pada bulan Purnama pintu keluar untuk manusia seperti Mustika akan terbuka, dan waktu itulah...

“Adi!” panggil Puteri Bakawali pada anak terunanya yang ingin masuk ke kamar. Adi mengerut kening melihat bondanya. Pantas Puteri Bakawali menarik lengan Adi untuk  melihat bulan. Dia tunjukkan bulan itu pada anaknya.

“Bonda ingin melihat bulan bersama Adi kah?” tanya Adi polos, sungguh dia mengantuk sangat sekarang ini. Puteri Bakawali menggeleng kepala.

“Lihat bulan itu betul-betul. Itu bulan hampir purnama kan?” tanya Puteri Bakawali teruja. Adi mengecilkan matanya. Dia menantap bondanya.

“Malam ini hari keberapa?” tanya Adi meminta kepastian. Puteri Bakawali tersenyum, “Sudah masuk hari ke 12. Tak lama lagi Mustika sudah boleh pulang!” teruja anak beranak itu.

Adi tersenyum gembira, “Jadi pintu itu akan terbuka kan?” tanya Adi panda bondanya. Puteri Bakawali mengangguk laju.

“Erm, pasti akan terbuka,” Puteri Bakawali meyakinkan anaknya. Adi tersenyum, laju dia ingin meninggalkan bondanya. “Eh, kamu mahu kemana?”

“Mahu memberitahu Mustika!” kata Adi teruja. Puteri Bakawali menggeleng dalam senyuman.

“Sudah malam, nanti pagi sahaja beritahu pada dia,” Adi teringat, pantas dia menggaru belakang leher yang tidak gatal.

“Sudah malam, nanti pagi sahaja beritahu pada dia,” Adi teringat, pantas dia menggaru belakang leher yang tidak gatal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                                                             
“Kalian Anggun... dia... hilang!” kata Lanang sambil mengatur nafasnya kerana penat berlari. Semua yang berada di pondok itu mengerut kening.

“Hilang kemana pula?” tanya Maya sambil tangannya ligat membuat kerja menyulam corak bunga emas pada baju.

“Tidak tahu, Anggerik dan Kejora juga sudah lama tidak nampak batang hidung dia,” terang Lanang.

“Bagaiman kau tahu?” tanya Intan.

“Aku pergi ke sungai, untuk...”

“Buat apa kau ke sungai? Saja mahu mencuci mata?” tanya Puspa tak mahu memberi Lanang kesempatan untuk menerangkan. Lanang tersenyum nakal.

“Kalau saja mahu mencuci mata pun kenapa? Kau cemburu ya?” Lanang mengangkat kening beberapa kali.

Puspa menjeling manja, eleh. Mustika hanya tersenyum sambil menggeleng melihat teruna dan dara dihadapan dia ini.

“Biarkanlah si Anggun itu, biar dia menyedarkan diri dia,” kata Nenek Anom. Semua disitu terdiam dan sambung membuat kerja.

“Tapi... ayu tak sangka kak Anggun akan buat perkara sejahat itu pada kak Mustika,” kata Ayu secara tiba-tiba. Ayu memang rapat dengan semua penduduk disini, sampai baik dan buruk pun dia tidak nampak.

“Kerana cinta itu membunuh, Ayu.” kata ibu Malar yang baru tiba. Semua mengangguk perlahan, bersetuju.

“Ya, sampai sanggup mengotorkan tangan sendiri.” sambung Puspa. Cerita tentang cubaan membunuh Mustika itu hanya sampai ditelinga mereka-mereka sahaja, penduduk lain mereka tidak tahu. Kata Adi tidak perlu besarkan cerita ini, biarkan ia berlalu.

“Mustika!” panggil satu suara yang tidak jauh dari mereka. Mereka semua memandang si empunya suara dengan dahi yang berkerut lebat.

“Ya tuanku? Kenapa?” tanya Mustika apabila melihat wajah bercahaya Adi. Mereka disitu seperti melihat hantu walaupun mereka sedar yang mereka itu juga boleh dikategorikan sebagai hantu, mungkin?

Mereka terkejut melihat Adi yang berwajah ceria. Jarang-jarang berlaku....

“Kenapa kalian memandang aku begitu?” tanya Adi pelik dengan senyuman masih belum lekang.

“Ada perkara yang menarik untuk disampaikan?” tanya nenek Anom bersahaja. Adi tersenyum lebih lebar sambil mengangguk.

“Lusa... malam purnama akan muncul!” kata Adi itu membuatkan mereka tersenyum teruja dan memandang Mustika. Mustika tak mengerti, dia memandang Adi semula.

“Pada malam bulan purnama, pintu dua alam akan terbuka. Dan waktu itu, kau boleh pulang!” terang Adi teruja seperti anak kecil, dalam keterujaan sekalipun diri Adi masih terserlah kematangannya.

Mata Mustika membulat dan tersenyum lebar, dia menggenggam tangan Puspa.

“Benarkah? Maksudnya kita boleh pulang? Benar-benar boleh pulang?” tanya Mustika tida percaya. Semua disitu mengangguk mengiyakan pertanyaan itu. Mustika terus memeluk Puspa.

Adi hanya tersenyum melihat kegembiraan mereka, lagi-lagi Mustika. Ya waktu ini yang Mustika nantikan dari dulu, dan sekarang masanya hampir tiba.

Dalam senyuman dia mengalihkan badannya pergi dari situ.
Dalam beberapa langkah senyumannya mati, muram.

Hilang terus seri dan gembira diwajahnya. Perubahan air muka itu dilihat oleh Lanang. Lanang tahu air muka itu, air muka kecewa, sedih dan tak mahu berpisah.

   
                                                          

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now