Sejak dari perkhabaran Adi tentang malam bulan purnama hampir datang, semua penduduk kampung menyediakan hadiah buat Mustika.
Kata mereka, sejak Mustika disini banyak yang mereka belajar.
Paling seronok, tulisan jawi juga Mustika ajar. Senanglah lepas ini mereka mahu menggangu manusia. Gurau sahaja....
Sungguh mereka sayang mahu melepaskan Mustika pergi. Kedatangan Mustika tak seperti manusia yang pernah tersesat disini, dia istimewa.
Sudah tentu pemergian dia juga tidak seperti manusia lain. Mustika meninggalkan kasih sayang buat penduduk disini. Bukan pada seorang lelaki, tetapi semua penduduk disini menyayanginya.
"Mustika, nah! Jaga baik-baik ya kain ini," Puspa meletakkan kain selendang ungu pada telapak tangan Mustika. Mustika tersenyum sambil menggeleng perlahan.
"Kenapa susah-susah, Puspa? Kita sudah ada," belum sempat Puspa membalas Intan dan Maya datang sambil meletakkan hadiah mereka dihadapan Mustika.
"Nah, ini kain batik yang kami buat. Kamu harus memakainya..." kata Intan mengarah manja. Mustika hanya tersenyum sambil mengangguk. Sedikit air matanya gugur, dia terharu. Sudah lama dia tidak rasa diperhatikan begini.
"Eh... eh tak perlulah menangis. Kita ada salah cakapkah?" tanya Intan gelabah. Mustika tergelak sambil menggeleng. Dia mengusap air matanya.
"Boleh tak kalau kita mahu memeluk kalian?" minta Mustika malu-malu. Mereka bertiga tersenyum menggedik.
"Mestilah boleh!" terus mereka berempat memeluk sesama sendiri dengan ketawa anak dara mereka yang bersambung-sambung.
"Tuanku ambil lah gelang ini," Mustika meletakkan gelang emas miliknya di telapak tangan Puteri Bakawali. Dia terkejut dengan gelang pemberian Mustika.
"Kenapa berikan pada kita?" tanya Puteri Bakawali pelik. Mustika tersenyum manis dan melipat jari Puteri Bakawali untuk menutup gelang itu dengan tangannya.
"Tuanku ambil lah, anggap sahaja ini hadiah dari kita. Kita tak tahu hadiah apa yang sesuai untuk tuanku," kata Mustika malu-malu. Puteri Bakawali hanya tersenyum sambil menggeleng.
"Kita tak perlukan hadiah darimu pun anakda, cukup kamu sihat dan selamat. Ia sudah cukup untuk kita," mata mereka berdua menatap sesama sendiri. Mustika tersenyum manis.
"Kalau begitu, tuanku juga harus menjaga diri dengan baik ya..." pesan Mustika.
"Kamu pasti teruja mahu pulang bukan?" tanya Puteri Bakawali sambil memegang tangan Mustika dan berjalan beriringan. Mustika mengangguk laju dengan senyuman masih tak lekang.
"Jangan risau, apa pun yang terjadi. Kamu akan pulang, pasti," Puteri Bakawali meyakinkan Mustika.
"Ahh, kamu sudah bertemu dengan Adi?" Mustika menggeleng sambil mencebik.
"Belum, tuanku. Batang hidung pun tak nampak," tergelak Puteri Bakawali dengan keterangan itu.
"Kamu harus bertemu dia segera sebelum pergi, jika dia menjauh. Kamu harus kejar dia ya..." nasihat Puteri Bakawali sebelum memegang tangan Mustika dan terus berjalan menghantar Mustika pulang.
Mustika hanya mengangguk dan mengeratkan lagi genggaman tangan Puteri Bakawali. Lama dia tenung muka wanita itu sambil tersenyum.
Wanita pertama yang dia lihat di alam ini, wanita pertama yang menegur dia disini. Wanita ini juga pernah cedera kerana menyelamatkan dia. Dan wanita ini juga yang sedang berusaha untuk menghantarnya pulang.
Alhamdulillah, Allah permudahkan urusannya. Terima kasih...
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomanceBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...