Bab 51

76 8 5
                                    

“Kenapa tiba-tiba sahaja?” terkejut Mustika bila Lanang memberi sebuah kayu dadu yang diukir bunga orkid. Lanang tersenyum sehingga menampakkan giginya.

“Ya lah, mahu diberi hati. Sudah tentu mati-mati ditolak.” kata Lanang berseloroh. Mustika ketawa janggal. Lanang menggeleng sambil ketawa halus.

“Tidak-tidak kita gurau. Saja mahu memberi sesuatu, ambil lah!” pinta Lanang dengan tangannya menghulurkan kayu dadu itu. Mustika mengambil perlahan dan membelek.

“Bunga orkid?” Lanang menngangguk. Bunga orkid itu dia lukis bila teringatkan Mustika. Bagi dia bunga Orkid itu seperti gadis dihadapan dia ini.

Seorang yang ceria dan mempunyai sifat keperempuanan yang jarang pada anak dara yang lain. Sudah cukup syarat mahu menjadi jodohnya! Tapi tu lah, belok kanan kiri pun masih tetap sama. Tak ada jodoh!

“Terima kasih Lanang. Kita harap Lanang bertemu dengan gadis yang sangat cantik, sehingga Lanang tertawan dengan kecantikan dia,” Lanang ketawa geli hati.

“Haih, siapa la yang canti sangat tu? Semua anak dara dikampung ni sudah kita lihat, tiada yang tertawan,” Lanang mencebik. Ada lah seorang, tapi tu la perangai pula mengalahkan ibu singa siapa lagi kalau bukan Puspa. Errr takut nak mengorat!

Mustika tergelak halus. Tiba-tiba dia terlihat Adi menuju ke arah hutan.

“Lanang terima kasih atas hadiah ini, oh sarung keris itu Lanang jaga baik-baik ya. Selamat tinggal!” kata Mustika sebelum pergi mengejar Adi.

Lanang hanya tersenyum halus sambil melihat sarung keris ditangannya yang Mustika beri tadi.

Sarung keris ini pemberian Mustika tadi. Ya bertukar hadiah kata orang.

“Haihh, sampai bila-bila tak nikah la aku...” sendu Lanang disitu bersendirian.

                                                             “Tuanku, tunggu!” jerit Mustika apabila panggilan dia tadi Adi endahkan sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                                                            
“Tuanku, tunggu!” jerit Mustika apabila panggilan dia tadi Adi endahkan sahaja.

Takkan Adi tak perasan dia panggil? Punya kuat suara dia. Penat dia mahu mengejar langkahan kaki panjang Adi.

“Tuanku!” Mustika meghalang jalan Adi dengan mendepakan kedua tangannya dihadapan Adi. Adi mengecilkan matanya melihat karenah Mustika itu.

Kayu dadu yang Lanang berikan dia tatap tajam, tak kuat nak tengok! Dasar Lanang!

“Kita ada buat salah kah? Kenapa tuanku lari dari kita?” tanya Mustika takut-takut sambil menggenggam kayu dadu itu dan dibawa ke dadanya. Adi hanya melihat kayu dadu buatan Lanang itu dengan tajam. Dia menghulurkan tangan pada Mustika.

Mustika mengangkat kening tak faham. “Kayu dadu tu, aku mahu,” minta Adi. Mustika menggeleng, mata Adi terjegil.

“Tapi ini Lanang yang berikan pada kita, tuanku” Mustika berkata lembut.

Adi menjeling panas, terus dia merampas kayu dadu itu dari tangan Mustika. Terkejut anak dara itu, pelik dengan perangai Adi ketika ini.

“Mari ikut aku,” ajak Adi dan jalan meninggalkan Mustika. Mustika taknak banyak tanya, seram pula melihat wajah Adi ketika ini. Angin tak baikkah? Ada perkara buruk terjadi kah? Atau.... dia ada meminta Lanang buatkan kayu dadu untuknya tapi Lanang menolak?

Eh...

Adi petik sebijik buah ganjil dan berikan pada Mustika, matanya masih tak menatap Mustika.

Pantas dia duduk bersila dan bersandar pada dahan besar dan diikuti oleh Mustika. Begitulah setiap kali mereka datang kesini, dahan yang sama tempat yang sama buah yang sama. Tiada yang berubah.

Mustika hanya menatap kosong wajah Adi yang sedang menggigit buah itu. Kenapa tiba-tiba dia rasa cumburu. Adi tak pandang dia pun! Terus masam muka dia, Adi menjeling wajah masam Mustika dengan sebelah mata. Dia buat tak tahu.

“Kau pasti gembira untuk pulang bukan?” tanya Adi menatap pokok hijau dihadapannya. Mustika mencebik.

“Mestilah, sudah lama kita mahu pulang,” balas Mustika mahu tak mahu. Adi tersenyum senget.

“Aku yakin, nanti kau pasti akan melupakan semua makhluk yang kau pernah lihat disini,” kata Adi lagi. Mustika terdiam.

“Harapnya tidak...”

“Ye ke?”

“Ye lah,” Mustika masih tak pandang Adi walaupun dia tahu lelaki itu sudah memandangnya. Adi tersenyum nipis.

Tangannya dibawa menyelit juntaian rambut disebalik selendang ke belakang telinga Mustika. Kaku gadis itu seketika. Sentuhan kulit kasar Adi bikin dia gila!

“Aku harap, selepas kau keluar dari sini, kau mulakan hidup baru. Bercinta dan bernikah dengan golongan seperti kau.” kata Adi dengan senyuman lembutnya.

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now