⤜⸙͎۪۫⸙͎۪۫⤛
Danee mengeliatkan badannya tetapi matanya masih terpejam. Tangannya dibuka seluas-luasnya sehingga tertekan wajah seseorang.
"Aduh.." aduh seseorang. Tercelik luas mata saat mengetahui ada orang berada disebelahnya. Dengan perlahan-lahan dia menoleh ke sebelahnya.
Dan cak! Wajah Yeonjun menyinar permandangannya.
"HUGRHHH KAU BUAT APA KAT AKU!"
Yeonjun dengan gelabahnya bangun kerana terkejut mendengar Danee menjerit dengan gaya mahu bertumbuk dengan orang tetapi matanya masih tertutup rapat. Mengantuk sangat semalam dia berjaga kerana Danee asyik meracau.
Sedang Yeonjun membersihkan rumah yang tunggang-langgang. Bekas makanan dan tin minuman berselerak sana sini, dia terdengar Danee menjerit.
"Mama! Mama jangan tinggalkan Danee lagi please!"
Terus bertegas dirinya menuju ke biliknya dan melihat Danee mengigau menyebut-nyebut mamanya dengan air mata yang tidak berhenti mengalir di pipi gebu itu. Lantas dia menghampiri gadis itu, lalu menepuk-nepuk lembut bahu gadis itu seperti menidurkan bayi yang terjaga. Namun ianya masih tidak berjaya, Danee masih menangis dalam tidurnya.
Yeonjun mengaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Dah macam jaga bayi ja aku ni."
Tanpa banyak berfikir dia naik ke katil itu dan baring dia sebelah Danee. Selepas itu ditariknya badan kecil itu masuk ke dalam dakapannya. Lalu lagu trust fund baby dia nyanyikan untuk Danee. Dia tidak tahu lagu apa yang sesuai hanya lagu milik kumpulan tomorrow by together itu yang terlintas di otaknya ketika ini. Harapnya si Danee ni tidak terjagalah bila mendengar suaranya itu.
Lama kelamaan matanya pula yang terasa berat tetapi ditahannya untuk tidak tertidur. Pada awalnya dia berjaya menahan kantuknya tetapi akhir-akhirnya dia kecundang. Maka tertidurlah dia sambil memeluk Danee.
Begitulah ceritanya mengapa Yeonjun boleh ada sekali di atas katil itu.
Yeonjun yang duduk dengan masih dalam keadaan yang mamai itu dibalingnya dengan bantal oleh Danee supaya lelaki tersedar.
"Choi Yeonjun bangun!!"
Barulah Yeonjun sedar sepenuh setelah mendengar jeritan Danee tambah lagi dengan balingan bantal tepat di kepalanya.
"Oh? Kau dah bangun hmm baguslah. Pagi ni aku nak bawa kau gi mall beli barang-barang kau, kau pergi lah mandi. Tuala ada kat almari sana pastu. Pakaian, kau ambil lah mana-mana baju dengan seluar aku yang muat kat kau," katanya dengan suara serak kerana baru bangun tidur.
Setelah berpesan kepada Danee, dia terus keluar dari bilik dan terus ke dapur tanpa memperdulikan Danee yang sudah terpinga-pinga dengan kelakuannya.
"Dia pergi macam tu ja?"
"Cepat Danee, aku bagi kau 5 minit mandi kalau tak aku yang mandikan kau nak?" laung Yeonjun yang kedengaran dari dapur itu, dia tak tutup pun bilik tadi tu yang Danee boleh dengar.
"Yelah dasar pak cik gatal! Nak mandilah ni!"
"Apa kau kata tadi? Pak cik gatal! Aku ni baru 27 tahun tau masih muda lagi!"
Dapat dia dengar tapak kaki Yeonjun mula datang ke arah bilik itu.
Terus Danee mengambil tuala dan pakaian Yeonjun dari almari lelaki itu. Selepas itu dia memecut masuk ke bilik air. Takut pula si Yeonjun itu datang semula, tak pasal-pasal perang ketiga tercetus nanti.
"Tahu pun takut," ucap Yeonjun setelah masuk semula ke bilik.
Kemudian dia mengorak langkah ke pintu bilik air.
"Pakaian dalam kau tu jangan dibasahkan, aku tak ada pakaian dalam perempuan. Kalau boxer aku, kau nak pakai kah?" saja berkata sebegitu, mahu mengusik Danee.
"Otak kau aku nak pakai! Memang taklah!"
Terkekeh-kekeh Yeonjun mendengar respon daripada Danee.
"Kau jangan mandi lama sangat. Aku nak mandi juga. Kalau lebih 5 minit kau mandi, aku tak akan teragak-agak terjah masuk ke dalam," usiknya lagi.
"Kalau nak rasa pelempang free kau buatlah."
"Oh ya? Kau cabar aku kah? Jangan main-main dengan aku ya, kalau orang dah cabar tu aku buat betul-betul nanti," Yeonjun berpura-pura ingin masuk ke dalam bilik air dengan memulas-mulas tombol pintu tersebut.
"Woihh janganlah gila. Aku main-main ja tadi!"
Disebabkan usikan Yeonjun itu belum sampai lima minit Danee sudah siap berpakaian lengkap.
"Cepat betul kau mandi, mandi ni bersabun tak?"
Danee menjeling tajam Yeonjun yang tengah menayangkan wajah mengejeknya. Dengan tanpa segan silu Danee menumbuk perut lelaki itu. Akhirnya dapat juga dia tumbuk si Yeonjun, puas dia tahan dari semalam lagi.
"Sakit?"
Soalan itu tidak dijawab Yeonjun yang tertunduk kerana kesakitan ditumbuk gadis itu. Jangan dibuat main dengan penumbuk Danee, walaupun tangan kecil tapi berbisa.
"Sakit lagi hati aku ni tengok kau hmmph!" Sambung Danee lalu melimpaskan rambutnya ala-ala diva gitu sebelum beredar meninggalkan Yeonjun.
"T-tak g-guna budak ni arkhh dia makan apa sampai sesakit macam ni tumbukan dia..."
⤜⸙͎۪۫ tbc ⸙͎۪۫⤛
YOU ARE READING
[SU] 𝑼𝒏𝒆𝒙𝒑𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝑺𝒐𝒖𝒍𝒎𝒂𝒕𝒆 : 𝑪𝒉𝒐𝒊 𝒀𝒆𝒐𝒏𝒋𝒖𝒏
Фанфик" 𝘠𝘢𝘩 𝘧𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘬𝘪𝘴𝘴 𝘢𝘬𝘶 ! 𝘚𝘪𝘢-𝘴𝘪𝘢 𝘫𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘴𝘪𝘮𝘱𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘣𝘢𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘶𝘢𝘮𝘪 𝘢𝘬𝘶. 𝘒𝘢𝘶 𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨-𝘴𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨 𝘤𝘶𝘳𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘨𝘬𝘰𝘳𝘢𝘬 𝘣𝘦𝘵𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘬𝘢𝘶 𝘯𝘪 !!! " " 𝘊𝘏𝘖𝘐 𝘠𝘌𝘖𝘕𝘑𝘜𝘕 𝘈𝘒𝘜 𝘉...