Part 25🌷

602 14 4
                                    

"termenung nampak"- tegur amylia kepada dhia yang tengah duduk termenung di atas pondok kecil yang berada dekat dengan kolam rumah rayyan.

"Tak dak la saja tengok air dekat kolam ni,jernih jer"- kata dhia

"Memang la jernih sebab tuan Rayyan tak suka kotor-kotor"- kata amylia

"Boleh amy duduk sini"

"Buat apa nak minta izin, duduk ja la"

Amylia duduk bersimpuh di sebelah dhia

"Dhia okay"- soal amylia tiba-tiba

"Okay, kenapa? Nampak macam dhia tak okay ka"- dhia tersenyum ke arah Amylia walaupun senyuman itu tersembunyi sesuatu keperitan untuk dhia

"Kadang-kadang amy selalu nampak dhia termenung sendiri. Dhia....."- Amylia mengambil tangan dhia dan mengelusnya perlahan

"Kalau ada apa-apa, cerita ja dekat amy sebab kalau kita ada masalah kita perlu luahkan dekat orang yang kita percaya dan barulah kita rasa beban yang kita alami ni akan berkurang, bila kita kongsikan dengan orang lain"- sambungnya lagi

Dhia terdiam seketika, dia pun tidak tahu macam mana nak kongsikan masalahnya sekarang ini sebab orang lain tak hadap apa yang dia hadap ini

"Entahlah...dhia tak boleh lagi nak share kan masalah dhia sekarang ini dengan orang lain"- kata dhia

"Berdoa dekat Allah supaya Allah dapat menolong untuk meringankan beban kita. Insyaallah, Allah akan makbulkan doa untuk setiap hamba-hambaNya"- Amylia memberi kata-kata semangat untuk dhia

"Insyaallah"- ucap dhia dan segera memeluk Amylia

"Bersabar ya"- Amylia membalas pelukan Dhia dengan erat.

"Kalau ada apa-apa share ja dengan amy tau"- pesan amylia lagi

Dalam mereka tengah berpelukan, ada orang yang sedang memerhati dan mendengar segalanya

"Ehemmm"

Satu suara garau yang berjaya menyentakkan mereka dan segera melepaskan pelukan mereka tadi

"Tuan Rayyan"- amylia segera bangun dan menunduk tanda hormat di hadapan rayyan

Dhia yang ble itu hanya ikut sahaja

"Pergi masuk kecuali kau"- arah rayyan dan menunjuk ke arah dhia untuk stay di situ lagi

Amylia berlalu pergi dan meninggalkan dhia di situ bersama Tuan Rayyan

Dhia duduk kembali di tempatnya tadi tapi kali ini dia agak kekok sikit kerana ada rayyan di sini

"Malam ni ikut aku pergi makan"

Tersentak dhia apabila rayyan mengajaknya. ' telinga aku tak pekak lagi kan '- monolog dhia

"Jangan lambat"- arah rayyan

"Ssayya nak pakai apa"- tanya dhia. Dia datang sini pun sehelai sepinggang ja dan baju yang dia pakai sekarang ini dari pemberian amylia tetapi kekadang rayyan pun ada jugak beli dekat dia hoodie atau t-shirt

"Bikini"- ringkas sahaja jawapan rayyan dan dia terus berlalu pergi

Terus cuak muka dhia apabila mendengar jawapan rayyan tadi. ' gila ka dia ni '- monolog dhia








.







.









.
Mereka bertiga tiba di hadapan Mansion lucas yang berada di dalam hutan

"Aku tak faham dengan orang gila ni boleh duduk dalam hutan"- kata amir sebelum turun dari kereta

"Nak buat macam mana, dah dia dari keturunan binatang"- balas Eiyad

Kanz Rayyan CarlWhere stories live. Discover now