"Mak, Along dah siap – siap kemas barang dah ni" ujarku dalam kepenatan mengemas barang
– barangku keluar dari asrama sekolah. Bondaku tersenyum manis sambil memegang surat tawaran ke sekolah baharu.
"Anakku, ini sekolah baharu ikhtiar mak dan abah. Semoga Along suka belajar tempat sini". Aku mampu tersenyum sahaja selepas bondaku dan ayahandaku berkenan untuk menukarkan sekolahku.
'Syukur, dapat pengalaman baharu' getus jiwaku kepada diri ini.
"Hai, aku Wan. Tak kisah kau panggil aku apa asalkan baik – baik panggilannya". Momen pertama kali daripada aku yang kekok menjadi sebahagian masyarakat pelajar sana. Kini, aku bersama Razzi, Faiz, Fariz menjadi sahabat semeja sama – sama berusaha untuk mencapai menara gading di sekolah itu. Bermula perbincangan semeja atas soalan – soalan mencabar sehingga mengajar sesama sendiri. Justeru, dengan adanya sahabat tiga kerat ini, aku bersyukur kepada Allah SWT ke atas kurnia-Nya dapat berpeluang untuk mengubah diriku yang mungkin alpa dengan pelajaran semasa di sekolah terdahulu wasilah bimbingan sahabatku.
Hari demi hari, perjalanan permulaan aku ke sekolah semakin menemui 'zon selesa'. Semakin akrab diriku dengan mereka. Dari zaman kekok di tingkatan empat sehinggalah ke tingkatan lima ini aku menemui zon itu. Ada sahaja berlaku momen menjengkelkan dalam kalangan kami. Ada yang suka menanam 'bom' di dalam kelas sampai naik pening jadinya. Ada juga momen markahku sama tinggi di dalam kelas dengan Fariz dan seumpamanya. Rasanya banyak momen menjengkelkan daripada momen biasa jadinya.
+ + +
Di kala kelas persediaan yang renggang, ketika aku mengulangkaji apa yang dipelajari dalam kelas pagi, tiba – tiba aku disergah oleh Razzi. Nasiblah kerusi kayuku dapat menampung beratku daripada terjatuh ke lantai.
"Kau buat apa ni? Rajin sangatlah kau". Aku tercengang sambil merenung Razzi. Adakah dia sudah buta? Sedangkan jelas tengah mengulangkaji bukannya melukis atau mengukir kayu
"Sekurang - kurangnya Ustaz tahu aku ni rajin dari lepak saja" mengharapkan sindiran aku itu kena tepat hatinya.
"Eleh, itu je kau mampu sindir? Dasar bocah!", Kami pun bergelak ketawa dikala kelas masih sepi tiada pelajar ingin 'class prep'.
"Tidak mengapa Razzi. Mungkin benda ini memerlukan tempoh, kita sendiri pun tidak tahu. Ada yang cepat, ada juga yang lambat. Nasib tidak baik, ditinggalkan".
Sejujurnya, aku adalah remaja yang tidak kisahkan ehwal hubungan dengan perempuan. Apa – apa khabar yang didengari oleh telingaku hanyalah sekadar hembusan angin memasuki telinga kanan ke kiri. Aku lebih cenderung kepada tidak mahu menjawab soalan berkenaan hubungan atau aku cuba mengubah topik lain. Bukannya aku tidak peduli kehidupan, cumanya aku memikirkan masa hadapanku; peperiksaan SPM semakin dekat dan agak rugi jika aku melayaninya.
"Benda dah lama takkan tak terima aku kot. Tapi aku rapat dengan bapaknya". Aku agak kagum dengan Razzi dalam bab rancang – merancang. Memang semuanya jadi. Jarang tak menjadi apa yang dirancangnya. Apa yang aku mampu kata adalah permulaan yang baik untuk mendekati pujaan hatinya. Bagiku, hendak menambat hati anak dara orang kena menambat ibu bapanya terlebih dahulu. Biar mereka tahu rupanya ada orang memuja hati anak dara mereka selama ini kemudian bolehlah melakukan langkah seterusnya ke jenjang pelamin.
"Tapi, aku tak tahulah macam mana nak tambat si dia". Dia tanya aku yang tiada ilmu perhubungan memang aku hanya menangkat bahu sahaja.
"Aku nak tanya kau lah. Mengapa kau asyik mengadu aku tentang soal hubungan? Bukan kau sedia maklum aku tiada pengalaman bahkan tidak ambil peduli tentangnya?". Dia menyandar kebelakang sambil membetulkan posisi duduknya, "Kau memang bijak dalam akademik, tetapi kau punya naluri mendengar yang kuat lebih dari orang lain".
YOU ARE READING
Dakwat Dari Kopi
Short Storysecawan kopi menemaniku mendengar melodi hujan dimalam hari. bayu malam berselubung di asrama membuatkan ahli asrama lain tidur dengan nyenyak. hanya secawan kopiku dan rembulan dimalam hari menyaksikan anak adam gundah - gulana dimalam hari qalbuny...